
a. Pada 20/07/07 20 pelajar darjah 4 dari Sekolah Kebangsaan Gayang,Tuaran,Sabah telah ditampar oleh Guru Besar sekolah tersebut kerana pelajar-pelajar tersebut tidak menyiapkan kerja rumah.
b. Pada 22/07/07 seramai 200 pelajar perempuan Tingkatan 1-5 sekolah berasrama SMK Bawang Assan,Sibu dihukum berendam dalam kolam ikan yang kotor,kerana kesalahan seorang daripada mereka membuang tuala wanita di dalam mangkuk tandas asrama perempuan sekolah itu.
c. Pada 22/07/07 seramai 7 orang pelajar SMK Long Lama,Miri dirotan sebanyak 10 kali dan dua daripadanya pula kena 20 kali rotan kerana didapati merayau-rayau di hostel.(Lihat kesan rotan pada gambar di bawah ini).

Bukankah di tiap-tiap sekolah itu ada garispanduan bagaimana hendak mengenakan hukuman yang setimpal bagi pelajar-pelajar yang melakukan kesalahan? Mungkin,garispanduan itu tersimpan dalam laci meja Guru Besar/Pengetua,oleh itu guru-guru tidak tahu langsung hal tersebut.
Balik kepada cerita cikgu-cikgu dan guru besar yang suka mendera ini,kadang-kadang pelajar-pelajar pun melampau juga. Cikgu-cikgu juga tension dengan pelbagai masalah yang dihadapi mereka,bukan saja soal P & P yang harus dihadapi,perkara-perkara remeh-temeh seperti menyediakan dan mengisi pelbagai jenis borang boleh memeningkan kepala mereka. Begitu juga dengan media massa yang hanya tahu nak cari dan sensasikan kesalahan guru-guru saja,kebaikkan mereka jarang-jarang sekali disiarkan.
Namun demikian bagi guru-guru yang "maniac" ini aku cadang KPM tubuh saja sebuah institusi khas yang boleh membantu dan menempatkan cikgu-cikgu dan guru besar-guru besar bermasalah ini,bagi menerima nasihat dan rawatan yang secukupnya sebelum mereka dimasukkan semula ke sekolah.
cheers.
*(saya tidak akan blog selama seminggu akan datang,kerana sebab2 yang tak dapat dielakkan,maaf ya,see U later)
No comments:
Post a Comment