16 December 2017

Satu lagi skim "cepat kaya" UMNO dilonkangkan...


Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Mas Ermieyati Samsuddin (pix,atas) hari ini berkata beliau tidak tahu apa-apa tentang penglibatan bukan Bumiputera dalam syarikat yang bertanggungjawab melaksanakan sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS).

Mas Ermieyati berkata demikian selepas sistem yang diperkenalkan kementerian itu mendapat aduan pelbagai pihak dan dibatalkan hari ini selepas diumumkan semalam.

“Malah sehari sebelum pitching (pembentangan) saya tanya lagi pegawai saya, ada tak (melibatkan) bukan Bumiputera dan sebagainya?

“Daripada maklumat yang saya terima, tak ada,” kata Mas Ermiyati dalam sidang media di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic) di Kuala Lumpur petang tadi.

IMAMS adalah syarikat baru 3 bulan. 
Headed by RyanLoh. Masih muda lagi.Another JhoLow?

Sidang media itu diadakan beberapa jam selepas Kementerian Pelancongan mengumumkan pembatalan IMAMS.

Mas Ermieyati yang kelihatan sebak juga berkata hanya beberapa jam selepas sidang medianya semalam beliau dimaklumkan berkenaan salah seorang pegawai eksekutif atasan adalah bukan Muslim.

Sidang media semalam diadakan untuk mengumumkan pelaksanaan sistem itu yang dikatakan bertujuan membanteras penipuan pakej umrah. Baca seterusnya...



Pak Lebai suruh tolak DAP pasai tak bersih,awat BN tu bersih sangatkah?
Story kat SINI dan SINI  

Dalam UMNO BN Ada MCA Ada Gerakan Dan macam2 lagi ...APA cerita...Kan lebih mudah kalau PAS bergabung terus dengan UMNO.. janganlah nak menakut nakutkan pengundi... pengundi bukan bodoh untuk diperbodohkan. - Zainudin Bin Ahmad Ahmad 

Dulu hang gesa kat ahli-ahli PAS suruh mereka sokong DAP sebab hang kata PAS boleh dapat untung kerjasama dengan DAP. Bila DAP tolak muka tua hang daripada jadi calon perdana menteri, terus hang kata DAP ni kotor kerana bukan Muslim. Habis yang hang berkerjasama dengan Penyangak MO1 yang sebat berbilion-bilion ringgit tu bersih sangat kah ??? Ni lah manusia munafik yang boleh menjahanamkan rakyat Malaysia kalau ikut ajaran sesat dia.- Nordin Kcd

PAS dan Umno ini tak habis-habis nak bodohkan rakyat Malaysia. Tak ada fakta bahawa Lim Kit Siang atau mana-mana pemimpin Dap nak jadi PM. Nak laksana Islam tetapi dengan cara fitnah dan bohong. Islam apa yang dibawa? Memalukan agama dan umat semata2. - Izham Hashim 

Isn't him saying "only" Islam is fair to all an insult to other religions? And talk about unclean govt, who tried to silence husam musa 's questions about Ktan illegal logging and other "irregularities"? Who told the muktamar to keep quiet about 1mdb and the nasha allegation? Hmmm - Ultimately

This shows that Pas and Umno have the same DNA. Hadi Ada Wang is now an Umno guy despite the fact he called them disbeliever in the past. Get rid of Pas together with Umno. He has sold his soul to the devils; he has destroyed the party built up by honest people like the late Tok Guru Nik Aziz - Hank Marvin

The political bankruptcy of Umno has already been amply demonstrated by the recent Umno General Assembly which seemed to have been transfixed by the fear of the country being over-run by DAP with Lim Kit Siang over lording all. Does any sensible Malaysian really believe in such shocking nonsense? I think not. Now, Hadi has belatedly jumped onto the same Umno bandwagon, singing the same tune, as if he doesn’t want to be left out of the fun. Considering both Umno and PAS are the two largest Malay Muslim parties, which until recently had exerted powerful pull on the Malay electorate, their current confluence on such a silly notion does present an interesting scenario. - Kim Quek


PRU14 - PH yakin boleh belasah BN...

Malaysia akan mempunyai kerajaan baru sekiranya UMNO kalah 40 kerusi di Semenanjung Malaysia kepada Pakatan Harapan. Jika 50 peratus pengundi Melayu memilih Harapan, pakatan pembangkang malah akan menubuhkan kerajaan dengan dua per tiga majoriti. Ini adalah realiti.

Justeru, saya terkejut dengan hakikat bahawa sesetengah penganalisis politik dan ahli politik enggan memahami dinamik pilihan raya dan demografik berkenaan faktor yang akan menentukan keputusan pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Klise politik dan realiti

Masalah paling besar di kalangan yang kononnya cerdik pandai ini adalah mereka suka mengulangi klise yang mereka sendiri tidak faham.

Sesetengah mereka tidak anggap pengundi Melayu akan menukar undi secara beramai-ramai. Penilaian mereka ini menggunakan hujah bahawa meskipun pengundi Melayu mengundi pembangkang sebelum ini, tiada pertukaran undi yang ketara di kalangan pengundi Melayu yang tetap mengundi Barisan Nasional dalam dua pilihan raya umum yang lalu.

Dengan itu, mereka cuba menjustifikasikan teori mereka. Mereka melihat Sabah dan Sarawak sebagai agen perubahan dan bukannya Semenanjung.

Menurut perkiraan saya pula, perubahan di Sarawak tidak ketara kerana gambaran yang diberikan kerajaan Sarawak yang seolah-olah mengamalkan politik pro-autonomi, selain keadaan muka bumi negeri itu.

Sementara Sabah pula mempunyai situasi yang menarik. Pada PRU 2013, pembangkang cuma menang 3 kerusi parlimen. BN menang beberapa kerusi dengan kurang daripada 50 peratus undi popular yang disebabkan oleh pertembungan lebih daripada dua penjuru. Kini dengan kehadiran Datuk Seri Shafie Apdal sebagai pemimpin pembangkang baru di pantai timur, serta mendapat sokongan dari kalangan Kadazan-Dusun-Murut, pembangkang sebenarnya mampu menang sehingga 10 kerusi parlimen. Bagaimanapun, pertarungan utama masih lagi di Semenanjung.



Pertarungan merebut Semenanjung

Dalam PRU lalu, UMNO menang 88 kerusi parlimen seluruh negara. Empat belas daripada jumlah itu adalah di Sabah dan satu di Wilayah Persekutuan Labuan.

Daripada 73 kerusi di Semenanjung, kira-kira 30 daripada jumlah itu merupakan kawasan parlimen yang sangat kecil, selalunya sama saiz dengan jumlah peneroka Felda, selain terletak di kawasan pedalaman. Meskipun dengan pertukaran undi yang besar di kalangan pengundi Melayu, tidak mudah Pakatan Harapan memenangi kerusi-kerusi ini.

Lebih 40 kerusi yang lain adalah kerusi campuran dengan majoriti Melayu yang mempunyai jumlah pengundi bukan Melayu yang agak besar menetap di kawasan itu. Kebanyakan kerusi ini terletak di kawasan separa bandar di mana sejumlah besar generasi mudanya tinggal di Kuala Lumpur dan kawasan metropolitan lain.

Pada PRU 2013, Pakatan Rakyat memenangi 80 daripada 165 kerusi. Ketika ini, PAS memegang 14 kerusi yang tidak lagi boleh dianggap kerusi Pakatan Harapan. DAP pula kalah di Teluk Intan dalam pilihan raya kecil pada 2014.

Ketika ini, Pakatan Harapan memperoleh Parlimen Pagoh melalui penyertaan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam barisan pembangkang. Wakil Harapan keseluruhannya menyandang 66 kerusi di Semenanjung.

Cabaran pilihan raya untuk Pakatan Harapan adalah untuk memenangi 100 daripada 165 kerusi di Semenanjung. Sekiranya berjaya dicapai, ia bererti pertukaran undi yang besar di kalangan pengundi Melayu yang juga bereti pemilihan lebih ramai ahli parlimen Melayu berbanding bukan Melayu. Kedua-dua situasi ini penting bagi berdepan cabaran selepas pilihan raya dalam penubuhan kerajaan yang stabil oleh Pakatan Harapan.

Dengan kemenangan Pakatan Harapan ke atas 100 atau lebih kerusi di Semenanjung, dengan 15 hingga 20 kerusi tambahan dikongsi bersama Harapan dan parti sekutu di Sabah dan Sarawak, ia dapat menjamin sebuah kerajaan baru ditubuhkan.



Mampukah Harapan memengangi 100 kerusi di Semenanjung?

Meskipun tanpa mempertimbangkan kerusi di Kelantan dan Terengganu, sudah ada sekurang-kurangnya 40 kerusi yang dimenangi BN dengan majoriti kecil di pantai barat Semenanjung yang boleh dimenangi Harapan. (Demi menjaga kepentingan strategi, saya tidak akan namakan kerusi-kerusi ini, namun pembaca boleh membuat kajian sendiri untuk mengetahui kerusi-kerusi ini.)

Kelompok 1 – Perlis/Kedah – 10
Kelompok 2 – Pulau Pinang/Perak Utara – 7
Kelompok 3 – Selangor Utara/Perak Selatan – 8
Kelompok 4 – Muar (Johor) – 5
Kelompok 5 – Johor Selatan – 6
Kelompok 6 – Pahang – 4

Kerusi di Perlis dan Kedah kebanyakannya adalah kerusi dengan majoriti besar Melayu. Dengan faktor Mahathir, Kedah akan mempunyai dinamiknya sendiri.

Kerusi marginal BN di pantai barat yang selebihnya adalah kebanyakannya mempunyai maksimum 65 peratus pengundi Melayu, yang bererti ia merangkumi jumlah pengundi bukan Melayu yang agak besar. Bagi kerusi pantai barat, faktor PAS boleh diabaikan.



Pertembungan tiga penjuru merugikan UMNO

Saya sebelum ini berhujah bahawa UMNO akan mendapati strategi pertembungan tiga penjuru akan menutup peluang UMNO berbanding Pakatan Harapan untuk menang di kerusi marginal.

Di kerusi campuran dengan majoriti Melayu, pengundi bukan Melayu lebih cenderung mengundi calon Harapan berbanding UMNO atau PAS.

Sekiranya sentimen antikerajaan di kalangan pengundi Melayu ketika ini bertahan, sesetengah penyokong UMNO dan PAS pada PRU 2013 akan turut mengundi Harapan. UMNO pula memerlukan penyokong setia Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mengundi calon UMNO berbanding memberikan undi kepada PAS di kerusi pantai barat yang mana PAS tidak mempunyai peluang untuk menang.

Tidak mengejutkan sekiranya dalam masa terdekat ini UMNO yang akan mengarahkan agar strategi tiga penjuru tidak digunakan. Perdebatan tentang tiga penjuru ketika ini, termasuk di kalangan penyokong pembangkang, sebenarnya hanya membuang masa.

Timbalan Perdana Menteri yang juga merupakan Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz masing-masing memberi amaran secara terbuka berkenaan strategi tiga penjuru yang mungkin merugikan UMNO. Difahami, kerusi Bagan Datoh (kerusi Zahid) dan Padang Rengas (kerusi Nazri) merupakan kawasan pantai barat seumpamanya yang saya gambarkan di atas.

Kejutan lain buat UMNO adalah apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengadakan mesyuarat dengan pemimpin UMNO Kelantan baru-baru ini di kediaman Tengku Razaleigh Hamzah.

Dalam mesyuarat itu, Najib diberitahu bahawa UMNO Kelantan tidak berhasrat bertembung dengan PAS di setiap kerusi. Keengganan pemimpin peringkat negeri UMNO untuk bekerjasama dengan PAS telah membantutkan strategi rapuh pertembungan tiga penjuru Najib.



Medan pertempuran separa bandar

Memandangkan Harapan (dan begitu juga sebelum ini Pakatan Rakyat) sebelum ini lebih berpengaruh di kawasan bandar, memahami jiwa pengundi separa bandar adalah penting bagi menjamin kemenangan pembangkang.

Harapan perlu mencipta pakatan pembangkang mesra rakyat yang berpotensi menang yang mampu menarik sekurang-kurangnya separuh daripada pengundi Melayu dan melonjakkan sokongan yang besar daripada bukan Melayu.

Saya tidak pernah kata ia kerja mudah. Apa yang saya kata adalah UMNO dan BN kini sangat rapuh di kawasan separa bandar di pantai barat, iaitu kerusi campuran dengan majoriti Melayu yang dimenangi BN dengan majoriti tipis pada PRU 2013.

Dari satu sisi, kawasan-kawasan ini ibarat “Rust Belt” pembangkang, iaitu kawasan yang dulunya mempunyai industri yang pesat membangun namun kini terjejas akibat ekonomi.

Jika UMNO kalah lebih kurang 40 kerusi ini dengan pertukaran undi yang memihak kepada Pakatan Harapan, semestinya ia akan melahirkan sebuah kerajaan baru.- Liew Chin Tong,Roketkini.com


Dr.M - Kami ada sampai pelan C...
Story kat SINI dan SINI  

Proton dealers tutup kedai... 

Proton has been sold to China's Geely. Geely is cracking the whip.  First they called Proton's local  parts suppliers and told them to cut prices 20% across the board.   I think most of the local suppliers are now shitting bricks already.

Then Proton / Geely said they will source parts from anywhere that is cheap and of acceptable quality.  Local suppliers will be shitting bricks again.

Now Proton / Geely is putting the pressure on local Proton dealers to sell at least 50 cars a month. The dealers complain they can only sell 20 cars a month. 

I say brader-brader dealer Proton. Dengar baik-baik ya. Geely kira macam ini bro...

Katakanlah "demand" untuk Proton dalam satu kawasan adalah  1000 biji kereta sebulan. Lets say ada 50 dealer Proton dalam kawasan itu,  tiap seorang boleh jual 20 biji kereta sahaja sebulan. Total = 1000 kereta sebulan.

Geely pikir macam ini.  Increase minimum sales jadi 50 biji kereta sebulan bagi setiap dealer. Ramai dealer akan mati sebab demand masih 1000 kereta sebulan sahaja di kawasan itu. Demand tak akan naik pagi esok sebab Kepala Bapak masih pegang kuasa ok.  

So, no choice - dealer Proton yang kurang mahir jual kereta akan terpaksa tutup kedai.  Lets say 30 dealer akan tutup kedai. Yang tinggal 20 dealer sahaja. Sebab demand still 1000 biji kereta sebulan sahaja di kawasan itu, maksudnya 20 dealer yang survive itu sekarang boleh lah jual 50 biji kereta setiap seorang setiap bulan. (Ini kira cincai sahaja but you get the idea). 

Demand tetap 1000 kereta sebulan. Demand tidak akan naik sangat overnite. 

Maksudnya this taktik by Proton / Geely bukan untuk tambahkan jualan kereta.This taktik  by Geely adalah untuk MENGURANGKAN bilangan dealer Proton yang memang ramai. Mungkin terlalu ramai.  It is a cost cutting measure.  

Kenapa tak lantik Syed Akbar Ali jadi CEO Proton?  Saya sudah menjelaskan cara untuk menyelamatkan Proton dalam buku saya "To Digress A Little"  pada tahun 2005. 12 tahun sudah.  You never listened to common sense. 

Sekarang pi jual Proton kepada Geely pula. And Geely is doing exactly what I said in my book.  Anyone with common sense will do the same thing. Tak payah Geely, tak payah Jepun atau German. We can do it ourselves. 

Tetapi kekawan ketuanan kena guna kepala otak untuk memikir.  Jangan memikir dengan menggunakan kepala lutut, atau kepala bapak.

Sekarang supplier Proton nak belanja pi ke reban ayam di Medan sudah tak boleh. Sekarang sudah jual Proton kepada Geely, bebudak ketuanan nak melanc_p pun dah tak boleh.  Why are you all so stupid?- ostb

Image may contain: one or more people and text
Rafizi - Jumpa di mahkamah
Story kat SINI SINI dan SINI  




Negeri China dah beli sikit demi sikit...

Wang Kertas RM60(terhad)

Wang Kertas RM600(terhad)

cheers.

No comments: