23 October 2017

Mustafa Ali minta PAS berunding dengan UMNO...


Veteran PAS, Mustafa Ali hari ini meminta parti itu menyambut cadangan rundingan yang dibuat oleh Umno demi kepentingan negara ini.

Dalam satu sidang media khas di Kuala Terengganu hari ini, bekas pengarah pilihan raya PAS itu berkata, PAS wajar berunding dengan Umno. 

"PAS wajar menyambut tangan yang dihulurkan Umno," katanya merujuk kepada kenyataan Ketua Penerangan Umno Annuar Musa sebelum ini.

Bagi beliau, PAS tidak semestinya masuk Barisan Nasional (BN) selepas berunding tetapi perlu berunding secara rasmi untuk bekerjasama dengan Umno.

Menurut Mustafa yang selama ini berusaha agar PAS bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH), cadangan ini diberikan selepas presiden PAS, Abdul Hadi Awang menyifatkan PAS dan PH tidak ada 'chemistry' lagi.


Bagi beliau, pendekatan PAS yang mahu menjadi 'king maker' sebelum ini tidak sesuai kerana sistem pilihan raya di negara ini tidak akan membolehkan PAS berjaya.

"King maker hanya boleh berperanan apabila negara dalam keadaan 'hung parliament' (parlimen tergantung) tetapi kita sekarang mahu menyertai pilihan raya yang ada kerajaan dan pembangkang," katanya.

Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), veteran pilihan raya PAS yang tidak lagi disambung perkhidmatannya itu yakin parti itu boleh menambahkan undi popular dalam pilihan raya ini.

"Tetapi ia tidak semestinya penambahan kerusi untuk PAS," katanya.

Oleh itu, katanya, melalui kerjasama dengan Umno, PAS boleh menambahkan kerusi dalam pilihan raya nanti.

"Atas dasar itu, saya mahu lihat PAS bekerjasama dengan Umno kerana kedua-dua parti ini mewakili undi Melayu yang menjadi pengundi tunggak dalam negara ini," katanya yang bercakap atas pendapat peribadi beliau bukan atas nama PAS.



Mustafa yang memimpin PAS sejak 1974 selepas menang kerusi parlimen Kuala Terengganu dalam pilihan raya umum tahun itu tidak memegang sebarang jawatan selepas Muktamar PAS di Alor Setar beberapa bulan lalu.

Namun, selepas itu beliau dilantik menjadi Pengerusi Lembaga Penasihat PAS ketika Tuan Ibrahim Tuan Man memangku jawatan presiden ketika Abdul Hadi bercuti rehat selepas menjalani pembedahan jantung di Institut Jantung Negara (IJN).

Sebelum ini, Annuar Musa berkata, PAS dan Umno mempunyai DNA yang sama.

"Oleh kerana daripada DNA yang sama, maka saya berkeyakinan ada titik pertemuan. Maka, bagi kita marilah kita meraikan titik persamaan ini.

"Ini tidak bermakna PAS masuk Umno, Umno masuk PAS, tidak bermakna PAS semestinya menyertai BN (Barisan Nasional)… tetapi titik kebersamaan ini, matlamat perjuangan itu menjadi lebih penting," kata ahli parlimen Ketereh itu. 


Menurut Mustafa, beliau akan memberikan kenyataan kedua selepas ini apabila kedua-dua pihak iaitu PAS dan Umno memberikan pendirian masing-masing berkaitan kenyataan beliau ini.

Ketika ditanya wartawan bahawa Umno yang kelihatan beria-ia mahukan kerjasama ini manakala PAS pula tidak berminat, beliau bersetuju dengannya.

"Sebab itu bagi saya PAS perlu jelaskan perkara ini," katanya.

Bagi beliau, jika kedua-dua pihak bersetuju untuk berunding, orang tengah tidak diperlukan. 

"Orang tengah, tidak perlu. Umno dan PAS kena runding terus saja dengan lantik wakil masing-masing," katanya. – themalaysianinsight

Form pact with UMNO if you dont want HARAPAN or PAS will perish...

Apandi to sue Raja Petra 'till kingdom come'...

The country's top prosecutor Mohamed Apandi Ali is not holding back and has threatened to sue blogger Raja Petra Kamaruddin.

This was after Raja Petra wrote an unflattering article about Apandi on Friday, titled: "Strong Rumours Surrounding The AG: Part 1", "Strong Rumours Surrounding The AG Part 2" in the section, The Corridors of Power, on the blog Malaysia-Today.

“It is all rubbish and highly defamatory. I intend to sue the writer till kingdom come.

“I am seriously going to sue and (I) am consulting my lawyer friends in the United Kingdom. This is nothing but fake news done with evil intention,” Apandi is quoted as saying by The Star today.

Raja Petra is living in exile in the UK after fleeing sedition and criminal defamation charges in Malaysia in 2006, over a string of stories he published linking Prime Minister Najib Razak and wife, Rosmah Mansor to the gruesome murder of Mongolian model and translator Shaariibuugiin Altantuya.

Raja Petra also wrote about a purported meeting in 2015 between senior judges – namely former Chief Justice Arifin Zakaria, Chief Justice Md Raus Shariff and Court of Appeal president Zulkefli Ahmad Makinudin – with a senior politician on an alleged plot to topple the government.

Before he became the country’s top prosecutor two years ago, Apandi had a colourful legal career and was a senior judge.

Apandi denied the allegations made by Raja Petra in the article, including claims that he was allegedly involved in corruption.

He also denied getting his job as the country's top prosecutor through inappropriate means.

Before becoming attorney-general, Apandi served as a Federal Court judge.

He was a deputy public prosecutor before he was taken into the judicial service.

Apandi was also a former Kelantan Umno treasurer. - mk

Appandi timbang saman Raja Petra


SYABAS partai AMANAH yang telah mencapai usia lebih 2 tahun. 
Ramalan pak lebai tersasar lagi...


cheers.

No comments: