20 July 2017

Allah tahu Apandi penipu...


Ya, AG (Peguam Negara) tidak perlu takut kepada saya. Dia perlu takut kepada Allah SWT. Tetapi yang jelas dia tidak takut kepada Allah.

Jika benar tidak ada apa-apa kesalahan yang telah dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, apa sebabnya laporan-laporan oleh Bank Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan laporan Ketua Audit Negara disembunyi daripada orang ramai.

Menyembunyi laporan dari orang ramai tentulah kerana kenyataan yang dibuat oleh Apandi tidak benar. Ini bermakna Apandi membohong dan Allah SWT tahu Apandi bohong.

Tuhan tahu Apandi cuba lindungi Najib daripada dihadapkan ke mahkamah setelah melakukan jenayah. Ini adalah suatu penipuan dan pemecahan amanah oleh seorang Peguam Negara. Perbuatan pecah amanah berdosa.

Tetapi Apandi tidak takut buat dosa; iaitu tidak takut Allah SWT. Pengakuan bahawa dia hanya takut kepada Allah Ta’ala tidak benar. Ini juga berdosa.

Apandi membuat banyak dosa dalam kes ini; dosa kerana membohong, dosa kerana melindungi perlakuan jenayah oleh Najib, dosa kerana menyatakan hanya takut kepada Allah sedangkan perbuatan, kenyataan dan pembohongannya menunjuk yang ia tidak takut buat dosa, tidak takut Allah.

Tetapi Apandi boleh bersihkan dirinya dengan mengambil wuduk, menjunjung Al-Quran dan bersumpah dalam masjid bahawa tidak ada apa-apa dalam laporan-laporan yang diterima olehnya dari Bank Negara, SPRM dan laporan Ketua Audit Negara yang menyatakan Najib bersalah berkenaan wang sebanyak RM2.6 billion dalam akaun banknya datang dari 1MDB dan penyerahan balik RM2.3 billion kepada seorang Arab Saudi adalah tidak benar.

Semasa bersumpah Apandi perlu disertai dengan beberapa imam masjid dan saksi lain supaya sumpahnya dan pengakuan niatnya tidak berbeza antara mulut yang menyebut dan hatinya.

Dan dianya mengaku bahawa akan berdosalah dia jika sumpah yang dilafaz itu adalah pembohongan kepada makhluk dan dia akan terima balasan di akhirat dalam api neraka. -  chedet,mk

Photo published for Kit Siang bacakan 2 ayat Quran kepada Apandi

Sementara itu,pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang hari ini mengingatkan Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali kepada bait-bait ayat al-Quran.

Lim berbuat demikian setelah Apandi berkata beliau hanya takut pada Allah, bukan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu memanggilnya jika Pakatan Harapan membentuk kerajaan baru.

“Jika benar Apandi takutkan Allah, beliau tidak sepatutnya menjadi peguam negara untuk kleptokrasi sedunia,” kata Lim yang juga anggota parlimen Gelang Patah.

Lim justeru membariskan petikan dua ayat al-Quran daripada surah al-Baqarah daripada ayat ke-42 dan ke-60, yang berbunyi:

“Dan janganlah kamu campur-adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.” (al-Quran 2:42)

“… dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi.” (al-Quran 2:60)


Mahathir kelmarin berkata, jika HARAPAN menang pilihan raya, mereka akan memanggil Apandi untuk menjawab dakwaan bahawa beliau menyembunyikan bukti jenayah berhubung skandal 1MDB menggunakan Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Apandi menafikan perkara itu dan berkata beliau hanya gentar pada Allah dan bukan sesiapa pun, termasuk Mahathir.

Apandi telah membersihkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun bank peribadinya dan skandal SRC International.

Apandi juga menolak pertuduhan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat bahawa dana 1MDB diselewengkan. - mk

No automatic alt text available.
The ghost of Altantuya Shaaribuu 
rises again after 11 years...     

To Mr.MO1, his really ugly wife, all the cronies and fellow kleptocrats, please take note. 

You are reopening the BNM Forex scandal over 25 years after it happened.  

Now the French have indicted two former executives for corruption in the Scorpene scandal.  The wheels of justice take a long time to move but they do move. Sooner or later they will come and get you too. 

Dont say I did not tell you so.

The Scorpenes were sold FIFTEEN YEARS AGO in 2002.
Altantuya Shaaribuu was murdered ELEVEN YEARS AGO in 2006.
Suaram filed the complaint SEVEN YEARS AGO in 2010.  

Now in 2017 the French have indicted TWO people for corruption.

More will come out of this. 

It may take another 5, 10, 15, 20 years but that Altantuya murder will be solved. 

Who gave the order to those poorly educated policemen to shoot her.
Then to destroy all traces of her body. 

When the deed was done, the Policemen had to report to someone.
They had to say, 'Mission accomplished' or 'Job is done'.

Who did they call that nite?

The same with 1MDB.  1MDB will not take 10 years or 25 years.

1MDB will come and bite you on your ass much, much sooner.
What a miserable fate for you. You dont know just when the phone will ring. 

Its too late. You have already committed the crime. 
Now you must do the time. It is just a matter of time.- ostb


Photo published for More bad news for Bandar Malaysia
More bad news for Bandar Malaysia
Story kat SINI dan SINI  

Image may contain: text
Biaq dia syiok sendiri...

No automatic alt text available.

cheers.

No comments: