10 May 2016

S'wak dah pegi, K.Kangsar dan S.Besar ada mali...


undi
Pasca PRN11 Sarawak, pra PRU14...

Rakyat Sarawak bersuara memilih kerajaan negeri baru dengan memberikan mandat besar kepada Tan Sri Adenan Satem dalam PRN11 Sabtu lalu, apabila BN mencatatkan kemenangan di 72 kerusi daripada 82 kerusi yang dipertandingkan.

Walaupun kejayaan besar BN Sarawak itu dibayangi kesedihan tragedi helikopter Eurocopter AS350 Khamis lalu yang mengorbankan semua penumpang termasuk Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon serta Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) yang juga Ahli Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad.

Jelas keputusan PRN11 Sarawak membuktikan betapa isu nasional seperti 1MDB dan derma peribadi RM2.6 bilion terhadap Datuk Seri Najib Razak di Malaysia Barat langsung tidak memberikan kesan kepada rakyat bumi Kenyalang. Dan ketika pemimpin BN Semenanjung mendabik dada dengan kejayaan gemilang di Sarawak, jauh di sudut hati mereka terutama sekali pemimpin UMNO, ujian berdepan dengan rakyat di Semenanjung tiba tahun ini juga sebelum PRU14 yang dijangka diadakan pada 2018.

Kematian Noriah dan Wan Khair-il Anuar membuka laluan kepada PRK di Sungai Besar dan Kuala Kangsar dan inilah medan terbaik menentukan sama ada suara dan keputusan rakyat Sarawak disahut pengundi di Selangor dan Perak.

Dalam PRU13 lalu, allahyarhamah Noriah sekadar mencatatkan kemenangan dengan majoriti 399 undi manakala allahyarham Wan Khair-il pula mencatatkan kemenangan majoriti 1,082 undi dan ia membuktikan betapa kedua-dua kawasan ini boleh dikategorikan sebagai kawasan hitam serta kelabu untuk UMNO.

Ironinya, kedua-dua kerusi Parlimen ini dikuasai Umno dan dengan pelbagai persepsi negatif serta krisis keyakinan rakyat terhadap parti pra merdeka yang sering dilaungkan pembangkang serta pemerhati politik Semenanjung, parti terbesar orang Melayu ini sudah pasti sedar mereka tidak boleh menjangkakan laluan mudah menanti mereka seperti di Sarawak.

Malah, satu kawasan Parlimen terletak di Selangor yang dikuasai Pakatan Harapan dan PAS dengan Menteri Besarnya, Datuk Seri Azmin Ali yang pernah bersama Umno dan bukan rahsia lagi beliau masih mempunyai jaringan kuat dalam Umno Selangor serta mahir dalam segala strategi digunakan Umno.

‘Padang’ PRK Sungai Besar berubah buat Umno yang akan menjadi pembangkang manakala Pakatan Harapan menjadi kerajaan dan rakyat sudah pasti menyaksikan pertembungan dua jentera kerajaan iaitu kerajaan pusat dan kerajaan negeri dalam PRK ini. Untuk rekod, kali terakhir PRK berlangsung di Selangor adalah di Kajang pada Mac 2014 dengan menyaksikan PKR menang menewaskan BN.

Parlimen Kuala Kangsar yang diwakili arwah Wan Khair-il buat pertama kalinya dalam PRU13 juga bukan mudah untuk dipertahankan selepas sejak sekian lama ia diwakili bekas wanita besi Umno, Tan Sri Rafidah Aziz yang kini menjadi antara pengkritik utama pentadbiran Najib.

PRK Kuala Kangsar ini juga akan menjadi medan ujian terhadap kepimpinan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang mempunyai ramai pemimpin kerajaan pusat daripada Umno dan sama ada jentera parti negeri berkenaan benar-benar dapat dikemudi Zambry.


Perak kini, mempunyai bilangan pemimpin pusat daripada Umno yang ramai dan semuanya pemimpin ‘heavyweight’ dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengetuai senarainya diikuti Datuk Seri Nazri Abdul Aziz, Datuk Hamzah Zainuddin selain Datuk Tajuddin Rahman.

Umno Perak sedar kedudukan pembangkang di negeri berkenaan juga amat kuat dan dengan bilangan kerusi di peringkat DUN di negeri itu, hanya menyaksikan perbezaan tiga kerusi apabila BN menguasai 31 kerusi manakala pembangkang 28 kerusi. Atas sebab itu, PRK di Sungai Besar dan Kuala Kangsar inilah sebenarnya menjadi penentu aras sokongan rakyat kepada BN terutama sekali kepada Umno dan presidennya.

Pembangkang tidak sekali-kali patah semangat dengan apa yang berlaku di Sarawak memandangkan ‘level of playing field’ di Sarawak ternyata tidak menyebelahi mereka dengan pelbagai sekatan yang diterima pemimpin pembangkang sepanjang tempoh berkempen PRN11.

Percakaran dalam pembahagian kerusi PRN11 antara PKR dan DAP akan cepat dilupakan kerana matlamat untuk mengalahkan Umno di dua kerusi Parlimen ini lebih kuat dan amat lumayan sebelum PRU14 menjelma.

Sudah pasti kedua-dua PRK ini menjadi medan terbaik untuk ‘menyembelih’ Umno di mata dan hati rakyat dengan membangkitkan isu nasional yang amat dekat di hati pengundi Semenanjung iaitu 1MDB dan derma peribadi RM2.6 bilion.

Mungkin ketika dalam kempen PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar ini juga, rakyat akan menyaksikan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad turun berkempen untuk rakyat bagi meneruskan Deklarasi Rakyat yang diciptanya bagi menggulingkan Najib.

Segalanya penuh kemungkinan dan debaran lebih kuat untuk Najib dan pasukannya kerana ia membabitkan kerusi Parlimen sekali gus membabitkan kuasa politik BN di peringkat persekutuan yang kini hanya berjumlah 133 kerusi.

Jika kalah di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, ia akan merosot kepada 131 saja, jumlah kerusi paling teruk yang pernah dimiliki BN sejak Malaysia merdeka. Di Kuching pula, Adenan dan pasukannya kini boleh tidur lena dengan kemenangan 72 kerusi dalam PRN11 untuk tempoh lima tahun akan datang.- Srihanasham,fmt

Najib PM, Hadi Awang TPM

anwar-hospital

Najib suka kacau dalam urusan GLC...

Saya telah mendapat satu salinan surat dari Tan Sri Haji Shukry Mohd Salleh, Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri kepada Dato’ Ahmad Zaini Othman, CEO Malaysia Building Society Berhad (MBSB) bertarikh 20 Oktober 2015 yang disertakan bersama.

Surat tersebut mengarahkan supaya MBSB mengenepikan notis kebankrapan terhadap Datuk Rizuan Abdul Hamid, Ketua Umno Kepong berhubung pembangunan 10 unit banglo di Bukit Tunku. Selain itu, surat itu secara jelas menyatakan arahan agar MBSB menyelesaikan tuntutan pinjamannya terhadap Datuk Rizuan Abdul Hamid di luar mahkamah.

Datuk Rizuan Abdul Hamid adalah salah seorang Ketua Bahagian Umno yang paling lantang membela Dato’ Seri Najib Tun Razak. Beliau menjadi popular apabila mengikrarkan beliau berani mati untuk Dato’ Seri Najib Tun Razak semasa Mesyuarat UMNO Bahagian Kepong tahun lalu seperti dilaporkan Awani http://www.astroawani.com/berita-politik/saya-berani-mati-untuk-najib-ketua-umno-kepong-70947

MBSB pula adalah sebuah anak syarikat Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) yang memiliki 65% saham di dalam MBSB. Oleh itu, MBSB adalah pembiaya rumah milik rakyat yang perlu dilindungi dari campur tangan politik.

Saya telah membuat semakan awal dan berpendapat surat ini adalah benar dan tulen berdasarkan maklumat yang saya perolehi setakat ini. Baca seterusnya...

Rafizi tells PM to butt out GLC matters

Adrian Lim Chee
Activist tells PKR/DAP how to succeed in East M’sia...

After their dismal performance in the state election, Adrian Lim says West Malaysian politicians must "Ubah" their political approach when dealing with Sabahans and Sarawakians.

Anti-sedition and clean-elections activist Adrian Lim Chee En has, in a post currently going viral on Facebook, bluntly listed seven points the Opposition parties of PKR and DAP must observe in East Malaysia if their humiliating defeat in Sarawak is not to be repeated.

Lim, a Sabahan, said he was merely offering “constructive” criticism because while he believed PKR and DAP were sincere in bringing change, they had to seriously “Ubah” and reform their political approach in how they dealt with the people of East Malaysia.

Adrian Lim Chee3For starters, he advised them against going into the homes of East Malaysians and telling them how under-developed it was. He said criticism like how East Malaysians were less democratic, “less rich, no highway, no water, no electricity” were counter-productive to getting the people’s support.

“Sarawakians are humans, and humans have dignity. The first sense (impression) is ‘why you West Malaysians so arrogant’?” Lim pointed out.

He also advised them against calling East Malaysians stupid just because they voted for Barisan Nasional.

“If you believe in democracy, then you must also respect East Malaysians’ democratic rights to vote BN, whatever the reason of their choice is. You claim to be a democracy fighter, yet when Sarawakians exercise their right to vote BN, you call them stupid. Aint (sic) that oxymoronic?” he asked, noting that voting for the Opposition in East Malaysia may also get a civil servant transferred into the interiors.

He also told PKR and DAP to stop forcing their views upon East Malaysians and added, “Sarawakians and Sabahans know what they want, don’t tell them (what) you think they should have. Time to check whether electricity, roads, water etc is really what they want, and time to check whether they want that from West Malaysians, or do they want that from their own Sarawakians.”

He said it was time local leaders and not West Malaysian politicians, were given space in the media and added, “this is a state election, not a party election.”

He said West Malaysian politicians should understand that Sabah and Sarawak, as well as Peninsular Malaysia, were equal partners under the Malaysia Agreement 1963 and that no one should be seen as “the boss”, and gave an added word of caution by saying, “Never dictate the aspirations of Sarawakians.”

“You must let local leaders take centre stage, because only the local leaders will know what their own people want. Get an engineer to tell a doctor what is best for the patient, get a mathematician to tell a lawyer how to fight a court case, you will be screwed big time.”

Lim said West Malaysians should never assume that issues they struggle with are the same as the issues East Malaysians struggle with as well.

“Anak Melayu, Anak Cina, Anak Iban quotes don’t work in Sabah Sarawak because we never had any racial animosity. It works in the Peninsular because racial & religious animosity is high, and there are many who yearn for harmony.”

Bringing religion to advance political causes was also a no-no, Lim said, pointing out that Sarawak Chief Minister Adenan Satem was a “success” and well accepted even by non-Muslims, “because he does not go around showing how Muslim he is.”

Lim, who is the founder of “Mahawasiswa Gangyang Akta Hasutan”, a coalition of 20 student organisations calling for the repeal of the Sedition Act, was once an intern at Lawyers for Liberty.

At the time of writing, the activist’s post had garnered close to 200 “likes” and had close to 100 shares in just two hours after it was uploaded. - fmt





cheers.

No comments: