18 May 2016

P93 Sungai Besar PAS mungkin hilang 3000 undi...


"Ini bukan analisis cara penganalisis hebat2 di dalam PAS. Ini analisis simple cara orang kampung. Dalam Parlimen Sungai Besar ada dua DUN. Iaitu DUN Sungai Panjang dan DUN Sekinchan. 

Dalam PRU Parlimen Sungai Besar yang lalu, konon PAS sangat bangga hanya tewas dengan majoriti tipis 399 undi. Padahal jika kita perhatikan jumlah undi di kedua2 DUN di dalam Parlimen tersebut, maka kita akan fahamlah PAS ni memang perasan je lebih. 

Aku jangka PAS akan kalah tiga ribu undi kalu hanya PAS bertanding lawan BN  kali ini dan aku memang sangat berharap PKR, DAP atau Amanah tidak kacau daun.

DUN Sungai Panjang,kawasan tradisi bekas MB Selangor,Dr.Khir Toyo, dimenangi oleh Budiman bin Mohd.Zohdi. Majoriti pengundinya adalah orang Melayu. Ketika PRU13, wakil PAS kalah lawan BN dengan majoriti lebih dua ribu undi. Ringkasnya di kawasan Melayu pun PAS kalah.

DUN Sekinchan kawasannya adalah 60% pengundi Cina dan PRU 13 DAP mengalahkan BN lebih dari dua ribu undi. Ringkasnya di kawasan Cina DAP menang. Dah tentu pengundi2 Cina tak kan mengundi calon PAS lagi.

Jadi PAS kalah dua ribu, DAP menang dua ribu mengikut pecahan DUN dalam parlimen Sungai Besar.



Secara ringkasnya dalam dua2 DUN tersebut, untuk rumusan parlimen, tidak adapun kekuatan PAS yang boleh dibangga banggakan. Jelas sekali PAS tewas nipis dalam Parlimen yang lalu bukan kerana kekuatan PAS langsung. Ia adalah kekuatan bukan melayu yang pada masa itu menyokong Pakatan Rakyat.

Jelas sekali pilihanraya Parlimen Sungai Besar ini adalah sesuatu yang sangat ditakuti oleh PAS. Ia boleh menjadi ukuran sebenar samada pengkhianatan PAS terhadap Pakatan Rakyat akan diajar cukup2 oleh rakyat Selangor atau rakyat dapat memahami apa yang dibuat oleh PAS.



Pada pendapat saya, adalah lebih baik PKR, DAP ataupun Amanah tidak bertanding. Supaya keputusannya nanti dapat jadi rumusan yang jelas kepada PAS dan PH. Andaikata PAS menang maka jelaslah PH perlu berhati-hati dan muhasabah yang menyeluruh. 

Andaikata PAS kalah, PH boleh berrnafas lega kerana jelas penerimaan rakyat terhadap pakatan rakyat yang mendorong PAS tewas tipis PRU parlimen lalu.

Lagipun, momentum sokongan rakyat terhadap PH jangan dibiarkan menurun. Jangan dicipta hatrik kekalahan selepas PRU Sarawak. Ini akan menjejaskan moral PH andaikata parti dari PH masuk bertanding dalam P93 dan kalah. Kekalahan itu nanti pasti sahaja akan menambah rasa putus asa di dalam perasaan rakyat. Seolah-olah apakah betul PH tidak akan mampu melawan BN.

Jika berlaku pertandingan tiga penjuru, keputusannya mungkin berbeza. Tetapi ia hanya berbeza dari segi jumlah undi. Yang akan dapat bernafas lega pastilah BN.

Jika ini berlaku, senyum Najib akan bertambah lebar strateginya memecahkan pembangkang telah berhasil sepenuhnya.- ramziredang

Putera Arab Saudi tak tahu menahu mengenai derma RM2.6 bilion...

Arab Saudi tidak pernah menyalurkan atau memberi sumbangan wang kepada pihak lain dengan niat untuk menyusahkan mana-mana pertubuhan politik, kata seorang kerabat diraja negara itu, Putera Sultan bin Salman.

Anak kepada Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud itu juga berkata, Kerajaan Arab Saudi tidak berniat untuk menyebabkan suasana politik tidak stabil di mana-mana negara dengan menyalurkan sumbangan politik.

“Arab Saudi tidak pernah memberi wang untuk menyusahkan mana-mana rejim politik, walaupun kami tidak bersetuju dengan mereka,” katanya yang juga Menteri Pelancongan Arab Saudi, pada sidang media selepas menandatangani perjanjian dengan Kementerian Pelancongan di sini, hari ini.

Menjawab soalan mengenai sumbangan yang kononnya dikatakan diberi oleh Arab Saudi dan dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berjumlah RM2.6 bilion, Putera Sultan bagaimanapun berkata, beliau tidak tahu menahu mengenai perkara itu.

“Saya benar-benar tidak mempunyai latar belakang mengenai isu ini. Ia adalah isu dalaman bagi Malaysia, dan saya pasti mereka akan mendapat menyelesaikannya,” katanya.

Beliau yang dilihat terganggu dengan soalan mengenai sumbangan itu berkata, Arab Saudi menyedari tanggungjawab pada peringkat antarabangsa dan menjadi negara terbesar dalam memberi bantuan kepada negara Islam lain.

Katanya, hubungan antara Arab Saudi dan Malaysia sentiasa baik dan sejarah menunjukkan Riyadh sentiasa memberi sokongan kepada Kuala Lumpur.

Sebelum ini, akhbar Wall Street Journal (WSJ) mendedahkan wang yang masuk ke akaun Perdana Menteri berasal daripada anak syarikat pelaburan negara yang mana Najib menjadi Pengerusi Lembaga Penasihatnya, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Najib bagaimanapun menafikannya dan mendakwa wang itu adalah sumbangan daripada keluarga diraja Arab Saudi.- ismaweb.net

Why didn't Najib answer question related to his alleged corruption in the 1MDB scandal to the British press? Are we proud of our PM bring hounded by British pressman and what they get is silence. What does silence means? You answer that.
Story kat SINI dan SINI   


Mengapa hanya kerajaan Malaysia saja bermati-matian cuba menutup isu/skandal ‪#‎1MDB‬ dengan mengatakan ia FITNAH sedangkan 8 buah negara lain termasuk SWITZERLAND, SINGAPORE, HONG KONG, AMERIKA SYARIKAT, UNITED KINGDOM, AUSTRALIA, LUXEMBOURG & SCOTLAND sedang sibuk giat buat siasatan terhadap skandal berkaitan 1MDB? Antaranya,S'pore telah ambil tindakan spt pembekuan asset dan dakwaan 2 org yg terlibat sedang dijalankan skrg malah YANG TERKINI pula pihak S'pore telah mendakwa SRC International pun terlibat sama dlm siasatannya sekarang..Kalau fitnah, kenapa tak saman jer 8 buah negara tersebut!!!

PAS must move on, or get out...

If PAS wants to continue to exist as an “effective” Opposition party and keep its support, it needs to move on with the times and leave its “old machineries” behind.

On several occasions, its president Datuk Seri Abdul Hadi Awang mentioned that the Sungai Besar and Kuala Kangsar by-election seat contests rightfully belonged to PAS and had warned respective stakeholders to stay out of its way in the upcoming by-elections.

This includes its fellow Opposition parties which have expressed possibilities of fielding their candidates.

Hadi claims that the party still has strong support from grassroot members in both the constituency and is confident of wresting back both the Sungai Besar and Kuala Kangsar seats.

In Sungai Besar, PAS was defeated by a margin of 399 votes and in Kuala Kangsar with 1,082 votes in GE13, while in the eyes of Hadi this was quite a fair performance, he needs to remember that the constituency was held by the late Datuk Noriah Kasnon for three consecutive terms.

If Hadi’s claims over strong grassroot support for PAS is true, and as per the 2013 General Election (GE13), why did the part lost the seats to Barisan Nasional (BN) then?

While Hadi is determined for the party to contest on its own without the help of Opposition coalition Pakatan Harapan, he might need to reanalyse if PAS’ votes in GE13 were collateral effects its existing collaboration with Pakatan Rakyat then.

Voters in both 2008 and 2013 General Election gave their votes to the Opposition coalition with hopes to put a stop to BN’s continuous corruption and rulling of the country.

No matter how much he refuses to accept ‘help’ from PKR and DAP, Hadi must remember that non-Malay votes made 33% of Sungai Besar votes while Kuala Kangsar 31%.

On the other hand, if a three-cornered-fight were to occur, PAS only has 66% of Malay votes in Sungai Besar and 68% votes in Kuala Kangsar to meddle with, bearing in mind that it has to “fight over” these votes with BN and PKR.

For non-Malays constituents, they are likely to vote for PKR or DAP, although in the recent Sarawak Election there seem to be change of hearts resulting in BN’s gain.  

But this scenario may still change among the non-Malays after possibly feeling the sense of ‘betrayal’ by BN in Sarawak when its deputy chief minister post was not given to a non-Malay as previously promised.

It seems rather impossible for PAS to produce a similar or better performance as it did in GE13 if a three-cornered-fight happens with the Malay votes split three ways.

Whereas, if PKR and DAP works hard enough to secure non-Malay voters, a Pakatan candidate may have more potential for a win in both the by-elections.

Credit, however, has to be given to Hadi for having accepted the ‘ugly truth’ that without PKR and DAP’s help, it may not even secure the same number of votes it garnered in GE13.

No matter where Hadi brings the party to, he must remember that PAS is after all an Opposition party and should not be seen as wanting to topple its fellow Opposition “colleagues”.  

If Hadi wants to win the by-elections, he needs to come to terms that voters’ sentiments have changed since post-Merdeka – even though PAS used to contest in those seats.  

He should no longer rely on the reminiscence of the past, depending on the mindsets and support which existed back in the day that may no longer exist to date.

PAS should therefore move with the times, and work to get the votes, or move out of the game completely. - theheatmalaysia

Flight TUDM terhempas di pekan Pahang.
Story kat SINI SINI dan SINI    



cheers.

No comments: