25 May 2016

Saya pun dah tak tahu saya ini Cina ke Melayu...



karoke

Seorang lelaki berbangsa Cina digelar ‘raja’ lagu Melayu oleh penggemar karaoke di sekitar Melaka kerana kehebatannya menyanyikan lagu-lagu Melayu.

Lelaki tersebut yang dikenali sebagai Haw atau nama sebenarnya How Guan Chee, 53, dikagumi ramai penggemar karaoke sekitar negeri bersejarah itu kerana kesungguhannya mempelajari lagu-lagu Melayu.

Haw mendengar dan mempelajari lagu Melayu semasa berusia 15 tahun dan lagu pertama yang didengarinya adalah lagu Sudirman ketika dalam perjalanan ke Singapura.

“Waktu itu saya kurang rakan Melayu dan dulu bukannya fasih sangat, lebih-lebih lagi nak nyanyi lagu dalam bahasa Melayu. Memang tak lah. Tapi sedikit demi sedikit saya dengar dan suka-suka ikut nyanyi,” katanya.

Bapa empat anak itu berkata, selepas bertemu dengan rakannya Lee Yang yang juga merupakan guru vokal, minatnya pada lagu Melayu menjadi semakin mendalam.

“Dia yang ajar saya sikit-sikit dan yang buatkan saya kagum kerana dia boleh ikut suara perempuan. Lagi satu, dia tak pandai cakap Melayu tapi masih boleh ajar saya nyanyi lagu Melayu dengan lenggok dan muziknya sekali.

“Sekarang saya pula tolong dia ajar vokal kepada sesiapa yang berminat,” jelasnya.

Haw berkata, hampir setiap malam beliau akan ke pusat karaoke di sekitar Melaka bersama rakan-rakannya yang berbangsa Melayu.

“Seronok memang seronok dan saya pun dah tak tahu saya ini Cina ke Melayu,” selorohnya.

Katanya, beliau amat meminati lagu era 80-an dan 90-an terutamanya lagu yang bernada tinggi.

Antara lagu yang sering dinyanyikan olehnya ketika pergi ke pusat karaoke adalah Cinta Kain Putih dendangan kumpulan Putra dan Kembali Terjalin nyanyian kumpulan Slam. 

“Sekarang pula saya tengah usaha untuk berentap bersama Siti Nordiana dalam aplikasi Smule,” katanya.- fmt

 Sg Besar, K Kangsar Uji Iltizam Pembangkang...

Dalam tampalan 12 Mei bertajuk “Cabaran Sg Besar dan Kuala Kangsar, antara lain, saya berkata:

“Antara Sungai Besar, di mana kemenangannya kecil, dan Kuala Kangsar, di mana kemenangannya tidak besar, Mohd Najib dan anak kapal penisi Bugisnya sekali lagi dilambung badai. Tetapi jangan terkejut kalau Pahlawan Bugis yang terkenal dengan strategi “cash is king” berjaya mengekalkan kedua-dua kerusi itu.”

Sehingga kita mengetahui kesudahan tarik tali di kalangan parti-parti pembangkang mengenai siapa yang akan bertanding, kesimpulan rambang menjurus ke arah kemenangan Umno/Barisan Nasional.

Tetapi, sekiranya muncul kesepakatan tulen di kalangan parti-parti pembangkang, Umno/BN mungkin terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada dua kerusi itu.

Pembangkang berpecah kepada tiga puak besar. Pertama Pakatan Harapan (PH) yang terdiri daripada PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah), kedua PKR-PAS dan ketiga PAS-Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan).

Walaupun PAS keluar Pakatan Rakyat (PR) dan menolak kerjasama dengan DAP, ia kekal dalam Kerajaan Selangor atas kehendak PKR. Ini menjadikan Selangor unik kerana diperintah oleh gabungan tiga parti di mana dua daripadanya tidak sebulu.

Sekarang dengan adanya Amanah, PAS bermusuh dengan DAP dan Amanah tetapi berpakat dengan PKR. Amanah adalah parti serpihan PAS yang terdiri daripada pemimpin bukan aliran agama yang tersingkir ketika pemilihan parti tahun 2015.

Menjelang PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar, PAS dan PKR bertelingkah kerana PAS mahu mengekalkan pegangan ke atas kedua-dua buah kerusi itu manakala PKR mahu mengambil alih kerusi Sg Besar. Dalam Pilihan Raya Umum 2013, PAS mewakili Pakatan Rakyat di kedua-dua buah kerusi itu dan kalah tipis.

Dalam perkiraan PAS harapannya menang kali ini lebih besar kerana pelbagai skandal dan masalah yang melanda Perdana Menteri (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone), Mohd Najib Abdul Razak, selepas PRU 2013.
  
Semasa PRU 2013 skandal 1MDB, derma RM2.6 bilion dan pengalihan haram RM48 juta duit SRC International Sdn Bhd belum diketahui umum.

Ekonomi pula tidak seteruk sekarang dan kos sara hidup rakyat jelata masih terkawal kerana belum ada GST dan subsidi belum ditarik balik. Itu pun prestasi Mohd Najib lebih teruk daripada Tun Abdullah dalam PRU 2008.

Mohd Najib “Sitting Duck”

Sekarang, dengan pelbagai skandal, kesempitan hidup rakyat jelata akibat kelembapan ekonomi, kejatuhan nilai ringgit dan kenaikan harga akibat pelaksanaan GST dan penghapusan subsidi serta perpecahan dalam Umno, Mohd Najib adalah “sitting duck” – itik kembara yang tunggu untuk ditembak.

Jadi tidak hairanlah kalau PAS mahu bertanding semula di kedua-dua buah kerusi itu. Ia berasa boleh menewaskan Umno/BN dengan lebih mudah.

Seperkara lagi, perkembangan ini mempunyai nilai tambahan kerana sejak akhir-akhir ini Presiden PAS, (Datuk Seri) Haji Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Amnya, (Datuk) Dr Harun Din digambarkan oleh media Umno sebagai sangat akrab dan berahi dengan Mohd Najib.

Maka timbul tanda tanya sama ada PAS benar-benar hendak melawan Umno/BN di Sg Besar dan Kuala Kangsar atau bertanding olok-olok untuk memberi kemenangan kepada calon Mohd Najib?

PKR pula berasa ia mempunyai harapan yang lebih besar untuk menumbangkan Umno/BN di Sg Besar berbanding PAS atas premis ia mengetuai kerajaan campuran Selangor dan lebih akrab dengan DAP. Faktor DAP dan undi orang Cina kritikal bagi merampas Sg Besar.

Kalau PAS kembali bertanding, pengundi Cina mungkin memboikot kerana sejak meninggalkan PR, PAS banyak membuat kenyataan yang memusuhi DAP dan bercanggah dengan aspirasi orang Cina.

Seyogia diingatkan salah satu daripada kerusi DUN Sg Besar iaitu Sekincan dimenangi DAP. Tanpa kerjasama padu DAP, harapan menumbangkan Umno/BN mungkin lebih sukar.

Kemudian fakta Deklarasi Rakyat (DR). Sg Besar dan Kuala Kangsar akan turut menjadi arena menguji implikasi Deklarasi Rakyat ke atas sentimen pengundi, khususnya penyokong Umno/BN.

Mohd Najib dan konco-konconya akan melakukan apa saja untuk memang. Ini adalah permulaan kepada perjuangan hidup mati mereka. Tidak ada beras, gandum, dedak, duit, kain batik, projek dan janji yang tidak akan mereka  taburkan untuk mengekalkan dua kerusi ini.

Tetapi kalau PAS tidak khianat dan pembangkang bersatu padu untuk tempoh PRK itu, kita mungkin menyaksikan Sg Besar dan Kuala Kangsar menjadi permulaan kepada kekalahan Umno/BN dalam pilihan raya umum akan datang.- a.kadirjasin

The alternative mess offered to rakyat...

In deciding to contest, Amanah the new party may think it has proven its courage to contest against two “giants” but in return it has created a three-cornered-fight – a scenario which no party likes in a by-election.

Looks like it will be a Sarawak state election-situation all over again in the upcoming Sungai Besar and Kuala Kangsar by-elections then. However, critics say it is only a ‘save face’ move by Pakatan Harapan since PKR has ‘failed’ to negotiate a cooperation with PAS.

In the previous by-elections, both the seats were fielded by PAS candidates in the 2013 General Election (GE) against Umno, losing only by a very small majority. DAP advisor Lim Kit Siang say PAS only managed such support as it was part of Pakatan Harapan then.

Lim also said that PAS’ one-to-one fight with Umno may lose them votes due to the stigma attached to it after it broke away from Pakatan Rakyat. The hudud issue will also not gain PAS any non-Muslim votes.

With the ‘rift’ that Pakatan Harapan caused in the Sarawak state election, voters in Sungai Besar and Kuala Kangsar may not forgive the Opposition coalition its mistakes, which cost DAP some big time seats in Sarawak.

Meanwhile, PAS President Datuk Seri Abdul Hadi Awang’s looks like he is going to risk his new found friendship with Umno by vowing to take Barisan Nasional (BN) down.

Hadi had declined to give in despite Umno’s information chief Tan Sri Anuar Musa's comment who requested for PAS to give way to BN in the by-elections as how BN once gave a ‘free victory’ to PAS in the Cempaka constituency,

"We have to take account every opinion given by political parties without inhibiting any political party.

"PAS has its own message that it wishes to convey to the constituencies and the party feels that it has the responsibilities to send an even stronger message out in the upcoming by-election.

"In light of that, we are determined to walk away victorious in both Sungai Besar with Kuala Kangsar,” Hadi said.

"The government will mobilise government machineries, government officers and method hence creating an unbalanced election and an unleveled battle field.

"However it is not impossible to win. We have won in Arau, we have won in Kuala Terengganu several places more," he said, an indication that these were BN strongholds.  

Will voters get past the element of disunity among the Opposition parties in the coming by-elections in Sungai Besar and Kuala Kangsar to vote Amanah or PAS? Or would Amanah come to its senses and back down? Soo Wern Jun,theheatmalaysia.com






cheers.

No comments: