24 July 2014

Kalu Khaid Ibrahim tu baguih sangat, pasai apa Saifudin Nasution lari malam...

Andainya Khalid dapat berkompromi setahun lalu...

Pada 11 Julai 2013, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifudin Nasution Ismail menunjukkan surat yang diterima daripada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kepada saya, iaitu surat melantiknya sebagai ketua staf Pejabat Menteri Besar Selangor. Sebagai ketua staf, semua kakitangan pejabat MB perlu menerima arahan daripadanya.

Serentak dengan kemasukan ketua staf, Khalid melantik dua setiausaha politik baru iaitu Azman Bidin yang membantunya di kawasan Parlimen Bandar Tun Razak dan Mustapha Mohd Talib bagi menggantikan Faekah Husin yang dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif Perbadanan Menteri Besar atau MBI.

Namun, walaupun ketua staf pejabat menteri besar, pejabat Saifudin diletakkan di tingkat 5 bangunan SUK bukan tingkat 21, iaitu pejabat Khalid. Walaupun tidak lagi menjadi setiausaha politik, pejabat Faekah kekal di tingkat 21.

Sebaik saja melaporkan diri di pejabat MB, Saifudin diberikan tugas sebagai koordinator Projek Pembangunan Luar Bandar oleh Khalid. Walaupun agak pelik, Saifudin menerima dengan baik tugasan itu dan memberikan fokus mengambil hati dan minda (heart and mind) penduduk di lima kawasan Parlimen luar bandar yang gagal dimenangi Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Kawasan itu adalah Tanjung Karang, Sabak Bernam, Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Banting. Walaupun bertembung sedikit dengan exco PAS yang menjaga pembangunan desa, Saifudin cuba mengambil kesempatan itu untuk melaksanakan amanah berdasarkan pengalamannya sebagai Pengurus Tabung Tok Kenali ketika beliau bertugas di Kelantan sebelum itu.

Namun beliau tidak boleh bertahan lama. Tidak sampai sebulan selepas itu, beliau terpaksa meninggalkan pejabatnya. Yang sedihnya, beliau terpaksa 'lari malam' apabila keluar dari pejabat MB tanpa salam.

Majlis pelancaran projek pertama yang beliau uruskan terpaksa diboikot kerana segala apa yang beliau rancang dan susun tidak boleh dilaksana dan dihentikan oleh Khalid atas 'nasihat' para pegawai kanannya.

Ketika itu, Ketua Umum PKR yang juga Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu menjadikan Saifudin sebagai 'jambatan' antara partinya iaitu PKR dengan Pejabat MB. Ini kerana, PKR sangat tidak berpuas hati dengan Pejabat MB Selangor sedangkan Khalid adalah MB daripada PKR.

Bagi PKR ketika itu, Saifudin juga boleh menjadi 'jambatan' kepada PAS dan DAP dengan Pejabat MB kerana Saifudin mempunyai hubungan baik dengan ramai pemimpin kedua-dua parti itu.

Namun ekoran sabotaj yang dilakukan kepadanya, Saifudin(pix,bawah) terpaksa 'lari' dan tidak datang lagi ke Pejabat MB.

Ramai beranggapan jika Saifudin berjaya menjalankan tugasnya dengan baik dan menjadi penghubung Pejabat MB dengan Pakatan Rakyat, apa yang berlaku hari ini tidak akan berlaku.

Namun ia berlaku. Ia berlaku kerana pihak di Pejabat MB tidak boleh menerima 'orang yang kalah dalam PRU13' datang untuk memberikan nasihat kepada 'pasukan yang menang di Selangor'.



Dalam PRU13, Saifudin kalah di Parlimen Kulim Bandar Baru selepas berpindah dari Parlimen Machang, Kelantan. Saifudin kalah bersama kalahnya para pemimpin PAS dan PKR yang lain di Kedah sehingga kerajaan Pakatan Rakyat yang dibina di negeri itu jatuh.

Setahun selepas kejadian sedih dalam karier politik setiausaha agung PKR itu, berlaku apa yang berlaku hari ini. PKR tidak boleh bersabar lagi. Usaha mereka untuk menyelamatkan keadaan sudah tidak diendahkan.

23 Julai 2014, kira-kira setahun selepas Saifudin 'lari malam' dari Pejabat MB, Anwar selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR mengumumkan pemilihan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bakal pengganti Khalid sebagai MB Selangor.

Rakyat tidak senang dengan keputusan ini kerana mereka tidak tahu apa berlaku kepada hubungan antara PKR dan Pejabat MB Selangor khasnya Anwar sendiri. Pimpinan PR pula sentiasa memuji Khalid dalam ucapan mereka.

Bagi rakyat, Khalid menjalankan tugas dengan baik sebagai MB Selangor. Mereka tidak tahu Khalid tidak bertindak sebagai anggota pasukan PR yang memerintah Selangor. Mereka tidak tahu Khalid tidak berunding dengan pemimpin PR apabila menjalankan tugas sebagai MB Selangor tetapi lebih bergantung kepada pasukan yang dilantiknya sendiri.

Bagi mereka Khalid adalah yang terbaik dengan apa yang beliau buat untuk rakyat Selangor.

Mereka juga tidak tahu bagaimana tiga pemimpin Pakatan Rakyat, satu dari setiap parti yang dilantik untuk menjalankan tugas menasihatkan Khalid dalam isu penstrukturan semula industri air di Selangor tidak pernah dapat bermesyuarat dengan Khalid sehingga kini.

Dr Dzulkefly Ahmad daripada PAS, Rafizi Ramli (PKR) dan Tony Pua (DAP) dilantik Majlis Presiden Pakatan untuk membantu Khalid dalam penstruktoran air di Selangor itu. Di samping mereka bertiga, seorang peguam kanan dalam urusan kontrak perniagaan ini, Tommy Thomas juga dilantik. Namun, pentadbiran Khalid tidak pernah menghormati pelantikan ini apabila mereka tidak pernah diajak berunding.



Setahun selepas PRU13, kajian UMcedel menunjukkan sokongan kepada PR jatuh 15% di Selangor iaitu kepada 35% sahaja. Ia dibandingkan dengan kajian pada hujung 2012 di mana sokongan pada PR ketika itu adalah 50%.

Saya yakin, jika ada data sokongan kepada PR menjelang PRU13, sudah tentu kadar sokongannya lebih 50% berdasarkan jumlah kerusi yang diperolehi PR iaitu 44 kerusi dari 56 kerusi DUN Selangor dalam PRU13. Ia membayangkan PR mendapat sokongan 78% rakyat. Jadi kadar kejatuhan kepada PR bukan setakat 15% sahaja bahkan lebih teruk lagi.

Dengan kejatuhan 15% itupun Pengerusi DAP Selangor Tony Pua sangat terkejut dengannya. Beliau menjangkakan memang akan ada penurunan tetapi tidak menjangka ia seteruk itu.

Kini semua sudah kacau-bilau di Selangor. PKR sudah umumkan Wan Azizah sebagai ganti Khalid. Ia dimaklumkan secara rasmi kepada mesyuarat Majlis Presiden PR semalam, 23 Julai yang diadakan di bangunan Parlimen.  Pemimpin PR pula mengaku hakikat PKR berhak berbuat demikian.

Namun berjayakah ia dilaksanakan?

Bagi saya, PAS atau Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bukan faktor penghalang dalam usaha ini sebagaimana yang digembar-gemburkan sesetengah pihak. Penghalang pertukaran ini adalah Khalid dan Istana Selangor.

Jika Khalid tidak mahu berundur dan istana tidak bersedia untuk menukar Khalid, Wan Azizah tidak boleh diletakkan sebagai MB Selangor yang baharu. Jadi sebelum menekan PAS, lebih baik PKR khasnya Anwar membersihkan 'laluan' ke majlis angkat sumpah MB baru ini. Selagi laluan ini tidak 'bersih', sokongan sebulat suara PAS pun tidak akan membawa ke mana.

Jika dipaksakan juga, besar kemungkinan Khalid akan menasihat sultan untuk mengisytiharkan DUN Selangor dibubarkan dan satu pilihan raya semula terpaksa dibuat. Apakah PR akan menang lagi? Agak sukar berdasarkan pengalaman Terengganu dan Kelantan sebelum ini.

Dan yang pasti, jika Khalid dan pasukannya bersedia untuk berkompromi setahun lalu, semua pihak akan selamat kini. Tetapi kerana tiada kompromi, jadilah apa yang berlaku hari ini, semua pihak sedang rasa tidak selamat.

Daripada rugi seguni setahun kalu, kini semua pihak akan berdepan kerugian sepenuhnya, hilang segala-galanya. Semoga ia belum terlambat untuk diperbetulkan. – Zulkifli Sulong,tmi

Going by Selangor ruler’s criteria, Khalid should quit as MB... 

Tan Sri Khalid Ibrahim has to stand down as Menteri Besar of Selangor if he applies the three criteria set by the Sultan of Selangor for administering the country's richest state to himself.

Khalid (pic) said the sultan reminded him that the state must be run in a trustworthy, firm and responsible manner.

Of the three, let's assume that being trustworthy is the most important.

Someone who is trustworthy is someone deserving of trust and confidence, and able to be relied on to be honest. You get a better sense of the moral value attached to the word trustworthy by looking at its synonyms.

Upright. Principled. Ethical. Virtuous. Incorruptible.

This is a high bar and rightly so because the man or woman who holds high political office wields much power, controls vast sums of taxpayers funds and influence the lives of millions with the stroke of a pen.

A leader can only be viewed as upright and trustworthy if he does not have a million-ringgit asterisk next to his name. This is where it gets tricky for Khalid. He belongs to a select group of three individuals who have seemingly obtained three surprising and controversial out-of-court settlements.

The first individual was former Malaysia Airlines boss Tajuddin Ramli.

Sometime in 2012, the then de facto Law Minister Nazri Aziz wrote to government-linked companies asking them to cease any legal proceedings they had against Tajuddin.

To say that this was a shocker would be an understatement. After all, Danaharta had won a judgment of more than RM580 million against him, and seemed poised to cement that win even at the appeal stage.

What prompted the government to go wobbly in the knees is anybody's guess because till today the Finance Minister has declined to lift the veil on that deal.

Some say Tajuddin's threat to disclose in depth former prime minister Mahathir Mohamad's role in his purchase of the national carrier send shivers down the spine of Umno politicians.

The second out of court resolution saw another cabinet minister, Hasan Malek, intervene and tell the Bank Rakyat management to give carpet dealer and friend of the First Family, Deepak Jaikishan, a serious discount on the money he owed the financial institution.

The businessman, who had been making threats about spilling more dirt on the murder of Mongolian model Altantuya Shariibuu, received a one of a kind deal where he did not have to pay interest on the loan taken and could settle the outstanding amount by post-dated cheques over a 10-year period.

Why did he merit this special treatment? No one knows.



Just like no one knows why Bank Islam suddenly withdrew its court action to recover some RM70 million from Khalid. By all accounts, it was an open and shut case and the bank had pursued Khalid doggedly for several years.

And just like that, on one fine day, there was an out-of-court settlement between the bank and Khalid. Even more surprising was the fact that the lawyers for both parties were not involved in this deal.

Till today, Khalid has not disclosed even to his senior party members how this out-of-court settlement was reached, who suggested it and what were the terms.

The grapevine has been rife with stories of the involvement of a lawyer known as the Umno fixer during the halcyon days of Malay corporate captains.

Is this true? Who knows. Khalid, who is quick to talk about good governance and proper process, has been silent on this deal.

The Selangor Mentri Besar has even warned Pakatan Rakyat that the state could be lost if the vexing question of the leadership of the state is not resolved well. That is certainly true.

Also true is the fact that anyone who wants to lead the state must not have serious question marks hanging over his head. – tmi

Kalu Ibrahim katak buat provokasi macam ini, OK, jangan pembangkang atau rakyat biasa nanti disiasat bawah akta  Hasutan....


cheers.

1 comment:

Anonymous said...

Takan korang tak tahu yang Saifudin ni penipu besar. Saifudin adalah jentera pengadu domba fitnah PKR dan Pakatan Rakyat.

Cuba korang tengok macamana kronologi fitnah pakatan rakyat kepada Felda...hujung2 Harakah dan orang2 PAS yang turut menjadi penfitnah ditinggalkan kena saman sendirian.


Berikit petikan laporan mahkamah yg disiarkan di sinarharian;
"Defendan ketujuh (Saifuddin) dengan ini menerima dan mengakui bahawa Felda Iffco Oil Product Sdn Bhd, pada Mac 2010, membuat penghantaran ke Palestin dan bukan Israel, dan Felda tidak pernah menjual minyak sawit mentah kepada Israel atau mana-mana syarikat milik Israel," katanya sambil menambah Felda dan Felda Iffco Oil Product Sdn Bhd merupakan dua entiti yang berbeza.