25 July 2014

Hadi Awang sokong Khalid tapi Khalid masih dok pikiaq2...


Saya sokong Khalid kekal MB - Presiden PAS...

Berikut sidang media dan soal jawab Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bersama pihak media di kediamannya Rusila, Marang selepas kuliah pagi Jumaat, pagi tadi.

Saya menyokong kenyataan Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad yang menegaskan supaya diteruskan jawatan Menteri Besar Selangor kepada Tan Sri Khalid Ibrahim. Berdasarkan kepada perlu diambil kira tentang rakyat Selangor dan Sultan Selangor itu sendiri. YB Iskandar adalah wakil PAS Pusat yang dilantik oleh PAS Pusat mengikut Perlembagaan untuk mengendalikan urusan PAS negeri Selangor.

Kenyataan beliau adalah sebagai kenyataan wakil kita (PAS) di Selangor. Dan saya sendiri telah membuat penelitian melalui beberapa pihak sama ada dalam PAS atau di luar PAS dan membuat kaji selidik. Di mana, didapati bahawa majoriti rakyat Selangor masih bersetuju dengan Tan Sri Khalid menjadi Menteri Besar.

Kedua, kita tidak boleh membelakangi Duli Yang Mulia Sultan Selangor dan kita (PAS) serah kepada bagindalah untuk menentukan dan tidak boleh dibelakangi baginda dalam isu (MB) ini, itu (keputusan) terpulang kepada baginda (Sultan).

Ketiga, alasan-alasan mahu menukar Menteri Besar ini tidak kukuh. Di mana, saya melihat tidak setuju dengan Tan Sri Khalid ini tidak melibatkan amanah-amanah yang besar. Jika sekiranya, beliau (Khalid) terlibat dengan skandal, terlibat dengan pecah amanah, salah guna duit Selangor itu boleh kita tukar. Tapi, jika alasan yang lain itu boleh kita urus dan bukan dengan tukar Menteri Besar. Ini kerana, kita anggap masih dalam 'perjalanan' dan tidak boleh 'dipintas' dalam perjalanan, kena tunggu hingga habis tempoh penggallah. 

Itu pandangan saya berdasarkan apa yang saya dapat dari Pesuruhjaya PAS negeri Selangor dan rakan-rakan Exco (kerajaan) Selangor dan wakil-wakil rakyat Dun Selangor dari PAS.

Soalan (S): Adakah Tok Guru dan PAS sendiri kekal dengan keputusan untuk mempertahankan Khalid Ibrahim?

Jawapan (J): InsyaAllah, itu sikap saya dan saya harap seluruh pimpinan PAS akan bersama dengan keputusan bersama ini. Walau pun  di sana ada pandangan berbeza dan hujah berbeza dan saya dengar semua hujah-hujah ini, saya kumpul dan dapati semua hujah-hujah ini. Akhirnya, saya berpendapat majoriti akar umbi PAS bersetuju dengan Tan Sri Khalid Ibrahim ini dikekalkan jawatan Menteri Besar. (Ini) di atas konsep Amanah, beliau menunaikan amanah (tangggungjawab) ini.

(S): Tidakkah Tok Guru, ini melebarkan perpecahan dalam pakatan pembangkang?

(J): Itu perkara akan datang dan kita (PAS) boleh bincang dan boleh berunding. PAS akan terus bersama dengan Pakatan Rakyat. Perdapat berbeza itu biasa sejak dari dahulu lagi.

(S): Ini dilihat sebagai jalan akhir untuk Datuk Seri Anwar ke Putrajaya?

(J): Perjuangan kita (PAS) bukan perjuangan untuk peribadi. Iaitu perjuangan untuk menyelamatkan negara dan ini bukan untuk saya (Abdul Hadi), bukan untuk Anwar Ibrahim dan bukan untuk sesiapa, tapi untuk rakyat semua.

(S): Mungkin akan ada (usul) undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor terhadap Tan Sri Khalid?

(J): Benda (perkara) yang akan datang saya tidak boleh jawab, nanti berlaku dulu.

(S): Kecelaruan yang berlaku sekarang ini telah membabit Datuk Seri Wan Azizah sebagai Menteri Besar. Adakah kerana PAS melihat isu wanita itu menjadi masalah?

(J): Berbeza pendapat itu bukan hanya berlaku di kalangan kita (Pakatan Rakyat) tapi dalam Barisan Nasional (BN) pun berlaku? Menteri Besar Terengganu tidak selesai sampai ke hari ini. Yang (berlaku) di Terengganu, yang Johor, yang Pahang. Saya tahu semua dan Umno-BN juga ada masalah.

(S): Adakah PAS tidak menyokong Langkah Kajang?

(J): Langkah Kajang itu benda (perkara) yang lepas dan kita (PAS) sedang bekerja dan kita (telah) menang dalam Pilihan Raya Kecil di Dun Kajang itu.

(S): Datuk Seri, adakah kerana isunya calon (Menteri Besar) itu wanita?

(J): Isunya adalah isu 'Amanah', menunaikan amanah memimpin dan kita (PAS) dapati Tan Sri Khalid tidak khianat. Ini tidak sampai ke peringkat khianat terhadap amanah ini. Dengan sebab itu salah kita turunkan beliau dengan sebab tidak ada kesalahan yang mencalarkan perkara amanah. Itu (alasan) yang lebih besarnya.

(S): Jadi pendirian pemimpin PAS di Selangor adalah sekata dengan Tok Guru?

(J): Saya ambil (pendapat) Pesuruhjaya PAS Selangor, wakil kita (PAS).

(S): Tok Guru, adakah PAS akan mengajak MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim untuk melompat parti (PKR) kepada PAS. Berikutan dalam PKR sendiri telah ada calon lain selain Tan Sri Khalid?

(J): Itu bukan cara kita (PAS). Sejak awal lagi kerusi kita 15 (Dun), kerusi lebih dari PKR tapi kita (PAS) beri kepada PKR kerusi (MB) Selangor itu. Kita beri kepada dia (PKR) dan kita beri kepada Tan Sri Khalid atas asas dia masih lagi ahli PKR.

(S): Dalam isu mempertahankan Tan Sri Khalid ini kenapa tidak bertindak untuk melantik wakil PAS sendiri menjadi Menteri Besar Selangor?

(J): Macam saya sebut tadi kita (PAS) beri kepada PKR tadi kerana kita sudah ada (kerajaan) Kelantan. Itu menunjukkan semangat kerjasama kita dalam Pakatan Rakyat.

(S): Datuk Seri, setakat ini ada hasrat untuk mengajak Tan Sri Khalid menyertai PAS?

(J): Sehingga ini tidak berhasrat dan terpulang kepada peribadi beliau (Khalid) sendiri.harakahdaily

Abdul Hadi yang membingungkan

Azi Nang - Dng kenyataan seperti ini dari Hadi Awang, jelas menandakan kehancuran PR sdh bermula, sepatutnya agenda pribadi di ketepikan dan konsensus PR, di utamakan, PKR sdg bermasaalah dan berusaha sebaik munkin utk menyelesaikannya, sebagai rakan di dlm PR, Hadi sepatutnya mengutamakan kesepakatan di dlm PR dan bersama2 menyelesaikan masaalah.

Dng mempertahankan Khalid Ibrahim, Pas bkn tolong menyelesaikan masaalah tetapi sengaja mencurahkan myk petrol kedlm api dan menyebabkan masaalah semakin bertambah.

Jelas kini, jika kedepan ini PR berkecai, maka Hadi adalah orgnya yg menyebabkan kehancuran itu terjadi, sejarah akn menulis begitu.

Shafril Nizam - Tak mungkin Anwar buat hal nak jatuhkan Selangor.. Visi paling penting adalah utk merampas Putrajaya pada PRU14. Selangor sebagai garisan panduan kemampuan PR utk mentadbir Persekutuan. Jadi adalah penting ia diuruskan dgn lebih baik. Khalid nampak baik sebab Khir Toyol terlalu teruk. Tapi beliau tidak cukup baik utk membawa Selangor ke arah lebih optimum. Mmg Anwar telah mengetahui sikap bongkak dan angkuh Khalid lebih2 lagi beberapa isu penting yg membelakangi kehendak kehendak rakyat Selangor serta PR tanpa rundingan dgn pemimpin parti dan PR. Jika Khalid dikekalkan, PR akan tumbang di Selangor pada PRU14 seperti mana di Kedah. Khalid juga terlalu lembik dgn mainan politik UMNGOK.. Itu sebabnya, tetibanya puak macai umngok, BaNgang, kini Utusan menjadi penyokong kuat Khalid pulak.. Heran tak?? Fikir2lah..

Khalid dok 'pikiaq-pikiaq'

Ketika Pakatan Rakyat sudah bersedia untuk melaksanakan "Langkah-Kajang" untuk menukar MB Selangor, gurkah-gurkah politik di'port' tidak menolak kemungkinan pilihanraya negeri akan berlaku.

Kalau Khalid Ibrahim merasa nak keluar dari opis MB dengan cara 'jahat' dia boleh saja membubarkan DUN Selangor.

Tapi kalau difikir-fikir tentang niat jahat dia ini (kalau dia ada niat laa..) memang tak patut! Sebab ianya bukan saja akan membebankan rakyat Selangor tetapi juga terpaksa mengeluar belanja yang besar.

PR, jika boleh tidak mahu perkara yang sebegini berlaku kerana ini yang Najib,umno dan BN dok tunggu-tunggu. Jika Khalid nak juga ia berlaku, umno/BN berpeluang untuk menyerang habis-habisan, sebabnya hingga hari ini ada banyak juga isu-isu yang masih tak selesai yang boleh mendapat perhatian daripada rakyat Selangor apabila dihasut nanti dan di 'jolok' dengan fulus al'mahfuz.

Jika dilihat kepada Khalid Ibrahim yang sedang 'frust menonggeng' dengan layanan dan tekanan-tekanan dari kawan-kawan nya dalam PKR , gurkah-gurkah politik di'port' ini berani bertaruh yang Khalid Ibrahim akan lawan balik (walaupun dalam keadaan yang ter'gagap-gagap) dengan kuasa sebagai MB yang ada dalam tangan dia.

Dengan banyak isu-sisu yang masih gagal diselesaikan olih kerajaan negeri, Sultan Selangor pasti akan sokong Khalid Ibrahim dan bersetuju dengan pembubaran jika dia minta perkenan baginda untuk membubarkan DUN.

Sampai saat ini Khalid masih lagi dok 'pikiaq-pikiaq' macam mana dan apa cara dia nak buat.

Memandangkan dia memang tak boleh pandang Azmin Ali, tambahan pula kalau Azmin yang akan ganti dia, rasa-rasanya dia mungkin akan jumpa Sultan untuk minta perkenan baginda.

Kalau Khalid buat juga,memangKhalid Ibrahim ni musibat besar!!! dollah yankee - dollahyankee.blogspot

Kemelut MB: Pilihan yang ada di tanganmu, Khalid


PAS deals a blow to PKR, Hadi backs Khalid...

PAS president Abdul Hadi Awang has delivered a blow to PKR by throwing his weight behind embattled Selangor Menteri Besar Khalid Ibrahim.

According to Bernama, he said Khalid had not betrayed the trust given by the people.

"That is my stand and I hope all PAS leaders are with me," he said, adding that the decision was made after considering the views of majority of the PAS grassroots.

He said majority of PAS grassroots agreed that Khalid should remain as menteri besar.

However, this would depend on the sultan of Selangor, he told reporters when met at his house in Marang, Terengganu.

PKR had nominated its president Dr Wan Azizah Wan Ismail to replace Khalid, a move which is believed to have the backing of DAP as well.

Hadi said Khalid's track record, in helming Selangor, and retaining the state in the 13th general election could not be denied, despite problems in Pakatan Rakyat.

He said he could not accept the grounds given by some quarters in wanting Khalid to step down.

"If he is involved in a scandal, breach of trust, misappropriation of government funds, then we can change, but if it is because of other reasons, it is not by changing the menteri besar.

"Let him complete his term," he was quoted as saying.

Asked on the possibility of PAS inviting Khalid to join the party, Hadi said PAS had no intention of doing so.

"That is not our way and since the beginning, although we have 15 seats, which is more than PKR, we give PKR the menteri besar seat because we already have the (menteri besar) seat in Kelantan.

"That shows the spirit of cooperation in Pakatan Rakyat," he added. - mk


Joseph Koh  - Have not learn from the loss of Terengganu. Then, did not do anything and lead to the loss of Kedah. Now, Selangor ? 

Anonymous #63753867 - Hadi, you from PAS. You had Terengganu in your hands in 1999. In 2004 what happened. PAS had Kedah in 2008. What happened in 2013. khalid ibrahim is not the same man when he first became the Menteri Besar of ASelangor. Lately he had is Bank Islam claims settled, then his actions are for umno projects. He tries to bulldoze a lot of things. He is sleeping with najis/umno. He cannot be trusted. Else Selangor will go the way of Terengganu in 2004 and Kedah in 2013. Hadi you just pray. Let the able ones be in politics and rule.

Ckl0001 - Khalid in PKR, Hadi in PAS, in names only. In reality, they both are umno people for their actions are strengthening umno's position by causing disunity in PR coalition. By the way, Hadi, don't you have eyes to see what's wrong with Khalid. He's a changed man after some king of settlement out of .... 

hello - PAS is playing the JOKER and is holding the other 2 parties in Pakatan to ransom! Its ignoring the majority decision in Pakatan! This kind of situation will occur again and again in future! Its time for PKR and DAP to bite the bullet and go for a no confidence motion, if PAS is recalcitrant on this issue! If not the support from the Selangor constituencies for PKR and DAP will be eroded further!

Kawak - Well, this is the beginning of the fall of Pakatan Selangor government. UMNO is laughing all the way. Sometimes, what UMNO said about Pas and other Pakatan parties as a marriage of convenience is true. They have diverged political ideology and values. PKR has the most internal problems with uncommitted members and leaders. Many of the jump ship. It just reflects the leadership of the party. Tok Guru Hadi himself failed to show leadership when Trengganu went back to UMNO/BN just after his one term in office.

tanteo - Selangor will end up like Kedah,with an MB more like an UMNO clone than PR. Who suported the Kedah MB when the senior PAS Excos wanterd him to step down?History is repeating itself.



cheers.

No comments: