05 March 2013

Ops Sulu: Malaysia lancar serangan melalui darat dan udara...

Security forces have moved in to attack the Filipino militants holed up in Lahad Datu on Day 24 of their intrusion into Sabah.


video
Lahad Datu - terkini

video



Malaysia lancar operasi besar-besaran hapus militan di Lahad Datu...

Tepat jam 10 pagi tadi, pasukan keselamatan Malaysia telah mula melancarkan operasi besar-besaran menumpas penceroboh di Lahad Datu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Najib dalam ucapannya ketika perhimpunan Ulama, Umara dan Asnaf di sini menegaskan, operasi bermula dengan serangan udara melalui pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) diikiti dengan ledakan mortar menggempur militan Filipina tersebut.

“Pada saat saya sedang berucap ini, tentera darat dan polis dalam kereta perisai dengan anggota yang mengikuti di belakang kereta perisai sedang melakukan tindakan memberkas dan menumpas militan yang melanggar kedaulatan negara,” katanya di hadapan 16,000 peserta di Stadium Putra Bukit Jalil di sini.

Najib dengan Sultan Sulu sangat kamceng

Jelasnya, tindakan berhemah yang diambil Malaysia sebelum ini adalah cuba untuk mengelakkan pertumpahan darah di Sabah, namun tindakan militan yang mendakwa mereka adalah Tentera Kesultanan Sulu itu membunuh anggota keselamatan, dengan kejam menyebabkan beliau selaku ketua negara mengambil keputusan untuk menggempur mereka dengan segala kekuatan yang ada.

“Soal kedaualatan keamaanan negara, kita tidak akan membiarkan seinci pun tanah bumi Malysia tergugat dinodai sesiapa pun.”-malaysian insider


Pasukan keselamatan lancar serangan ofensif di Kg Tanduo...

Pasukan keselamatan melancarkan serangan ofensif ke atas penceroboh kumpulan bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu, pada 7 pagi ini.

Gerakan ke atas penceroboh dimulakan dengan serangan udara.

Pada awalnya kedengaran bunyi jet mengisi ruang udara kampung itu diikuti dengan bunyi tiga letupan setengah jam kemudian.

Serangan ofensif udara dilakukan jet pejuang F18 dan Hawk diikuti mortar dan gerakan di darat oleh anggota tentera.

Pasukan komando di barisan hadapan yang mengepung kawasan itu dilihat merapati kawasan perkampungan diikuti dengan Pasukan Gerakan Am.

Wartawan Bernama yang berada di Felda 16, kira-kira 20 kilometer dari Kampung Tanduo, melaporkan letupan ketiga paling kuat sehingga menggegarkan cermin kafe Residental Felda Sahabat tempat beliau menginap.

Dua helikopter Nuri kelihatan melalui ruang udara kawasan itu.

Penduduk Kampung Labian dan Kampung Batu berhampiran Kampung Tanduo dipindahkan malam tadi dan polis dijadual mengadakan sidang akhbar pada pukul 10 pagi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kenyataan hari ini berkata kerajaan mesti mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menjaga maruah dan kedaulatan negara sebagaimana yang dituntut rakyat memandangkan usaha kerajaan mengelakkan pertumpahan darah di Lahad Datu tidak berjaya.

“Sebaliknya, anggota pasukan keselamatan kita diserang dan dibunuh, rakyat Malaysia, khususnya di Sabah, bimbangkan keselamatan mereka,” katanya.

  Aziz Shamsuddin,petualang projek IC Sabah dengan Sultan Sulu

Najib berkata Jumaat lepas, penceroboh kumpulan bersenjata dari selatan Filipina yang mendakwa diri mereka sebagai “Tentera Sulu” di Sabah telah melepaskan tembakan ke arah anggota polis yang bertugas di kawasan itu menyebabkan dua anggota pasukan keselamatan terbunuh, sehari kemudian enam lagi anggota polis dibunuh oleh penceroboh di Semporna.
 
“Setelah serangan yang pertama, saya telah menegaskan bahawa penceroboh mesti menyerah diri dan jika mereka enggan, pihak berkuasa negara ini akan bertindak,” katanya.

Najib berkata sejak pencerobohan kumpulan bersenjata di Lahad Datu pada 12 Feb lepas, kerajaan mengambil pendekatan untuk menyelesaikan konflik ini tanpa pertumpahan darah.

“Polis telah mengadakan pertemuan dan rundingan dengan harapan penceroboh akan bersetuju keluar dengan aman tanpa dikenakan sebarang tindakan undang-undang yang serius,” katanya.

Najib berkata sebagai negara Islam yang cintakan keamanan, dan mengangkatkan perjuangan penyelesaian konflik scara perundingan, usaha untuk mengelakkan pertumpahan darah di Lahad Datu tidak berjaya.

“Semakin lama pencerobohan ini berlanjutan, jelas kepada pihak berkuasa bahawa penceroboh tidak berniat untuk keluar dari tanah Sabah,” katanya. — Bernama


Kesultanan Sulu tidak bincang dengan pembangkang...

Di sebalik bermacam tuduhan oleh kerajaan kononnya kehadiran penceroboh di Sabah ada kaitan pembangkang, Kesultanan Sulu pula tampil menafikannya.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan portal berita interaksyon.com semalam, anak kepada Sultan Jamalul Kiram III, Puteri Jacel Kiram menafikan ada hubungan dengan pembangkang Malaysia.


 
Ianya termasuk laporan berita yang disiarkan akhbar Utusan Malaysia pada 2 Mac lalu dengan tajuk Ketua Pembangkang dikaitkan dengan pencerobohan?’ manakala Buletin Utama TV3 pula menggunakan istilah dalang bagi mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pencerobohan itu.

Pada masa sama Puteri Jacel Kiram juga menolak dakwaan Presiden Benigno Aquino III, kononnya ada ‘dalang’ membiayai pelayaran kira-kira 200 pengikut ke Sabah untuk menuntut wilayah itu. 
“Kami tiada hubungan dengan pembangkang Malaysia. Kami tidak adakan perbincangan dengan mereka,” katanya kepada agensi berita online Filipina itu.

Penafian itu sekaligus menolak dakwaan kerajaan Malaysia sebelum ini kononnya kedatangan penceroboh yang mendakwa penyokong “tentera diraja” Kesultanan Sulu atas 'pelawaan' pembangkang.

Interaksyon.com adalah laman berita bagi saluran TV5, rangkaian radio dan televisyen komersil utama di Filipina yang dimiliki dan dikendali ABC Development Corporation.

Mengikut laporan itu, Jacel Kiram turut membidas dan mencabar Aquino untuk menamakan dalang yang didakwa membantu pelayaran pengikutnya ke Sabah.

Dalam satu taklimat media, jurucakap Kesultanan Sulu, Abraham Idjirani pula berkata, perjalanan itu dipanggil ‘KKB’ – singkatan pada ‘kaniya-kaniyang bayad’ yang bermakna semua menyumbang kepada perbelanjaan perjalanan.-harakahdaily



Malaysia attacks Filipinos to end Sabah siege...

Malaysian security forces using fighter jets attacked nearly 200 Filipinos in Sabah on Tuesday to end the armed group’s three-week occupation of a Borneo village that has left 27 people dead.

Prime Minister Najib Razak confirmed the assault was launched Tuesday morning after clashes in Lahad Datu in Sabah this past week killed eight policemen. He had earlier declared that security forces were authorized to take any action deemed necessary.

“At 7 a.m. this morning, security forces launched an attack on Tanduo village,” Najib said, adding that negotiations with the “royal army” of the Sultanate of Sulu, believed to number 100 to 300 and holed up in a farming village, had failed.

The main group of Filipinos comprises members of the clan of Sultan Jamalul Kiram III of Sulu, some bearing rifles and grenade launchers, who slipped past naval patrols last month, landed at a remote coastal village in Sabah’s Lahad Datu district and insisted the territory was theirs.



Nineteen Filipino gunmen have also been slain in Lahad Datu and another Sabah coastal district involving a smaller group of Filipinos since Friday. The skirmishes shocked Malaysians unaccustomed to such violence in their country, which borders insurgency-plagued southern provinces in the Philippines and Thailand.

“The government has to take the appropriate action to protect national pride and sovereignty as our people have demanded,” Najib said in a statement issued through the national news agency, Bernama.

Authorities made every effort to resolve the siege peacefully since the presence of the group in Lahad Datu district became known on February 12, including holding talks to encourage the group to leave without facing any serious legal repercussions, Najib said.

“The longer this intrusion persisted, it became clear to the authorities that the intruders had no intention to leave Sabah,” Najib said. “As a peace-loving Islamic country that upholds efforts to settle conflicts through negotiations, our struggle to avoid bloodshed in Lahad Datu did not work.”

Violence first erupted on Friday when a shootout between security forces and the Sulu gunmen left 12 Filipinos and two police officers dead.

Another gunbattle Saturday in the town of Semporna, hours away from Tanduo by road, left six police and six gunmen dead, raising fears of a wider infiltration.

Another gunman was beaten to death there Saturday by villagers, police have said.

Local media reported fighter jets screaming over the stand-off site and explosions were heard. Military trucks were also seen moving into the area, which is surrounded by palm oil estates.

Najib had ordered a doubling of security forces in the area after the weekend violence.

Sabah police chief Hamza Taib confirmed the attack involved ground and air operations conducted by both the police and military, which included bombing the area. He declined to elaborate, saying the operation remained ongoing two hours after it was launched shortly after dawn.

Abraham Idjirani, spokesman for the Sulu sultanate, told reporters in Manila that the Filipino group in Sabah would not surrender and that their leader was safe. The group is led by a brother of Kiram.

Lahad Datu district is a short boat ride from the Philippine province, and the clan members had rebuffed calls to leave, claiming Sabah belonged to their royal sultanate and that Malaysia has been paying a paltry amount to lease the vast territory with many palm plantations.

The Philippine government had asked Malaysia to exercise maximum tolerance to avoid further bloodshed.


In Manila, presidential spokesman Ricky Carandang said Tuesday that Foreign Secretary Albert del Rosario was in Kuala Lumpur meeting with his Malaysian counterpart.

“We’ve done everything we could to prevent this, but in the end Kiram’s people chose this path,” Carandang said.


An undetermined number of other armed Filipinos are suspected to have encroached on other districts within 300 kilometers (200 miles) of Lahad Datu.

Some in Muslim-majority Malaysia advocated patience in handling the Lahad Datu intruders. But the deaths of the Malaysian police officers, including six who were ambushed while inspecting a waterfront village in a separate Sabah district on Saturday, have triggered widespread alarm over the possibility of more such intrusions.

For the second time in two days, President Benigno Aquino III had gone on national TV to urge the Filipino group in Lahad Datu to lay down their arms, warning that the situation could worsen and endanger about 800,000 Filipinos settlers there.

The crisis could have wide-ranging political ramifications in both countries. Some fear it might undermine peace talks brokered by Malaysia between Manila and the Moro Islamic Liberation Front, the main Muslim rebel group in Mindanao

It also could affect public confidence in Malaysia’s long-ruling National Front coalition, which is gearing up for general elections that must be held by the end of June. The coalition requires strong support from voters in Sabah to fend off an opposition alliance that hopes to end more than five decades of federal rule by the National Front.

The US Embassy in Kuala Lumpur has advised Americans to avoid traveling to much of Sabah’s east coast, which includes towns that are embarkation points for nearby diving resort islands, because of the potential for more violence.

Supporters of the Filipino group took their campaign to cyberspace on Monday, manipulating Google listings to post a message backing the incursion.

A number of Philippine sites also were reportedly defaced by pro-Malaysia hackers.-Philippines Daily Inquirer







cheers.

No comments: