06 November 2012

Bila Sooi Lek balun Hudud, UMNO & Jais membisu, tapi bila Nurul bagi komen, depa mengamuk tak tentu pasai...

Umno BN tergamak memainkan isu agama dan mengambil pendekatan keras terhadap golongan bukan Islam semata-mata untuk raih sokongan Melayu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Umum KEADILAN itu mengulas serangan terdesak Umno BN menerusi media kawalannya, Utusan Malaysia dan TV3 terhadap Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar berhubung komennya dalam soal kebebasan agama.

Menyifatkan serangan yang diterima Nurul Izzah itu tidak adil, Anwar berkata, kenyataan tersebut tidak patut dimanipulasi hanya untuk mendapat sokongan politik kerana perihal agama adalah soal keyakinan.

“Apa isunya? Saya baca teks (ucapan Nurul Izzah) dan jelas Perlembagaan (Persekutuan dihormati).

“Mereka pun buat perkara sama terhadap kenyataan saya…ambil satu dua ayat (dan putar belit),” katanya ketika ditemui di Parlimen hari ini.

Semalam, Utusan Malaysia pada muka depannya memanipulasi kenyataan Nurul Izzah di forum ‘Islamic State: Which version? Whose responsibility?’.

Pada hari sama, Nurul Izzah menyanggah tuduhan itu dan menegaskan sama sekali tidak mengeluarkan kenyataan meremehkan Islam.


Dalam perkembangan berkaitan, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dilaporkan mungkin akan memanggil beliau untuk membantu siasatan berhubung kenyataannya.

Anwar berkata, Jais perlu mengambil tindakan kepada umat Islam yang terlibat dalam perjudian dan syarikat arak seperti San Miguel jika benar badan itu ingin menjaga kesucian Islam.

“Tetapi agama diguna jadi alat politik bagi umno, ini saya fikir tidak sihat,” kata Ketua Pembangkang.

Nurul Izzah dalam sidang media sebelum itu menyatakan kesediaannya berjumpa Jais, namun berharap badan itu turut memanggil Utusan kerana mengeluarkan kenyataan fitnah.- keadilandaily


Najib sendiri tidak berani mempertahankan serangan Sooi Lek yang lantang memperlekeh Hudud...

Umno-BN dilihat terdesak apabila kembali memainkan sentimen keagamaan sebagai modal politik serta  menimbukan budaya tidak sihat, tegas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Anwar, isu pluralisma hanya dimainkan untuk mengalihkan pandangan umum terhadap isu kezaliman, rasuah dan penyelewengan yang didiamkan supaya tidak diketahui umum.

Katanya, perkara ini hanya didiamkan oleh ulama Umno-BN dan kejadian memutarbelitkan fakta perlu dipandang serius.

“Saya dah jelaskan banyak tempat, Rasulullah itu diutuskan sebagai rahmat kepada sekalian alam, itu cirinya plural.

“Pluralisma itu ialah menyamakan semua agama. Itu soal akidah. Macam mana saya kata semua agama sama? Saya solat ikut Islam. Saya tidak solat pergi gereja.

“Itu hanya nak dimainkan untuk politik mereka (Umno-BN) padahal kezaliman, rasuah dan penyelewengan ustaz-ustaz Umno mana berani sentuh. Gunanya hanya pluralisma agama sahaja secara umum,” ulas Anwar yang mengakui  beliau antara ‘mangsa’ putarbelit teks kenyataan ucapan berkaitan keagamaan.

Menurutnya lagi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri tidak mampu mempertahankan serangan sekutunya MCA yang dilihat lantang memperlekeh perkara berkaitan keagamaan.

“(Datuk Seri) Chua Soi Lek menyerang berdepan dengan Datuk Seri Najib.

“Berani (Najib) sebut? Najib sendiri tidak berani nak ulas (serangan) Chua Soi Lek. Caranya adalah menyerang kenyataan-kenyataan kita,” katanya.

Tambah Anwar lagi, Jabatan Agama Islam perlu mengambil tindakan terhadap mereka yang mengeluarkan kenyataan menyesatkan serta mereka yang terlibat dengan dengan industri haram seperti judi dan ‘San Miguel’.

“Pluralisma agama kalau seseorang itu meremehkan Islam. Maknanya menolak hukum dan menyatakan semua agama adalah sama.

“Saya tidak pernah sebut (pluralisma). Menghormati agama (lain) apa salahnya?,” soal Anwar lagi.- selangorku



Nurul: Tidak perlu ulas kerana dari Utusan,kataTG Nik Aziz

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) berkata, beliau tidak bercadang untuk mengulas kenyataan naib presiden PKR, Nurul Izzah Anwar kerana ia disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia.

"Saya ditanya tentang isu kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah berhubung isu bebas untuk memilih agama.

"Saya lihat akhbar yang meletakkan isu ini di muka hadapan ialah akhbar yang sudah berkali kali kalah di mahkamah kerana menyiarkan laporan palsu dan tidak tepat.

"Justeru, saya kira amat tidak wajar memberikan ulasan hanya semata-mata berasaskan laporan akhbar ini," katanya.

Nik Aziz berkata demikian melalui kenyataan ringkas yang disiarkan dalam facebooknya hari ini. Dalam masa sekejap sahaja beribu-ribu pengikut facebook beliau share kenyataan beliau itu dalam facebook mereka.
Hampir 2,000 pula memberikan komen mereka mengenainya.

Utusan menjadikan berita Nurul Izzah tentang kebebasan agama di muka depannya.

Nurul dalam kenyataan balasnya menafikan laporan Utusan itu dan akan menyaman kedua-dua akhbar yang memutarbelitkan kenyataan itu.-harakahdaily


Kawal Agama Dijadikan Isu dan Modal Politik



Nurul Izzah to Jais - Dont haul me alone, haul up Utusan, too...

NONEPKR vice-president Nurul Izzah Anwar today said the Selangor Islamic Religious Department (Jais) should also haul up Malay-language daily Utusan Malaysia if it decides to go after her.

"Yes. I hope they will call up Utusan Malaysia as well because it was them who reported a defamation of faith," she told a press conference at the Parliament lobby this morning.

Nurul Izzah was responding to a question on whether she was prepared to give a statement if Jais decides to call her up.

This was in relation to her statement that there was no compulsion in religion for anyone, which subsequently led to accusations that she supported apostasy among Muslims in the Malay daily.

Yesterday, Jais director Marzuki Husin had reportedly said that the department would take action against Nurul Izzah if it had more information about the statement that was made during a forum last Saturday.

However, Nurul Izzah declined to elaborate on the matter, stating that her lawyers are looking at the matter.

“...I have been advised by my lawyers not to make further statements as they will be taking further action,” said the Lembah Pantai MP.

Meanwhile, when approached at the Parliament lobby this morning, PKR supremo Anwar Ibrahim said Jais’ intention to investigate Nurul Izzah appeared to be politically motivated.

“If Jais is doing its job it should be taking action against Muslims involved in gambling or like in San Miguel,” he said in reference to former premier Dr Mahathir Mohamad’s son Mirzan’s purchase of the liquor company.


NONEDefending Nurul Izzah’s statement, Anwar (left) said the attacks on her showed “the extent of religious bigotry”.

“What is wrong? Religion is an issue of faith, you seek the truth, you don’t do be so judgmental and say this fellow is a Muslim or non-Muslim,” he said.

Anwar said Nurul’s statement had been misinterpreted and manipulated, something that he had similarly faced in his speeches at international forums.

He added that such attacks were an attempt to divert attention from critical issues against which Umno dare not speak out.

“When (MCA president Chua Soi Lek) launched attacks (on hudud law) in front of (Prime Minister) Najib Abdul Razak, did Najib dare speak up? he did not even dare to comment,” said Anwar.

‘BN top guns should take on our strongholds, too’

On a separate matter, Anwar said if the ruling coalition was so confident of their electoral chances, their top guns, too, should contest in Pakatan Rakyat strongholds.

“If they are really confident, they should say: I am also prepared to go (and contest in) Marang or Permatang Pauh, that would be a fair deal,” he said.

Anwar was responding to Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin who yesterday welcomed PAS president Abdul Hadi Awang and former Kita president Zaid Ibrahim to contest against the premier in the Pekan parliamentary constituency.

“I remember in 1999, Najib almost lost, but by now of course they have brought in a lot more new postal voters,” he said.- malaysiakini




 cheers.

No comments: