22 March 2012

Nak bankrap Awang Brader Hussin masih kata 'tidak apa'...

Hutang negara belum berada pada tahap kritikal atau membimbangkan,walaupun ia hanya dua peratus sebelum mencecah had pinjaman yang dibenarkan oleh perlembagaan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussin.

NONE"Ia tidak berada pada tahap yang kritikal pada masa ini. Had kita adalah 55 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), kita kini cuma berada pada paras 53 peratus. Jadi tidak perlu bimbang tentang hal itu," katanya semasa sesi soalan di Dewan Rakyat hari ini.

Awang Adek menjawab soalan tambahan daripada Datuk Saifuddin Nasution (PKR-Machang) mengenai apa yang dilakukan oleh kerajaan untuk mengawal hutang kerajaan yang semakin meningkat.- malaysiakini


Sementara itu,Kerajaan harus bertindak dari sekarang bagi mengurangkan hutang negara dan mengelakkan negara daripada bankrap.

Pakar ekonomi PAS, Dr Rosli Yaakob berkata, adalah tidak wajar kerajaan mengambil sikap 'tidak apa' walaupun hutang negara hanya dua peratus sebelum mencecah had pinjaman yang dibenarkan oleh perlembagaan.

Malaysia mencatatkan 53 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), iaitu dua peratus sebelum mencecah had 55 peratus daripada KDNK.


"Satu perkara yang tidak sihat apabila kerajaan menganggap kadar hutang negara belum berada pada tahap kritikal walaupun cuma kurang dua peratus daripada had yang ditetapkan.

"Sedangkan Malaysia mengalami sejak 10 tahun yang lepas. Kalau perbelanjaan terus defisit, hutang negara akan terus bearada pada tahap bahaya," katanya kepada Harakahdaily hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussin semalam bahawa Hutang negara belum berada pada tahap kritikal atau membimbangkan,walaupun ia hanya dua peratus sebelum mencecah had pinjaman yang dibenarkan oleh perlembagaan.

Dr Rosli juga berkata, kerajaan harus menentukan piawaian yang selamat bagi hutang negara iaitu ia tidak harus melebihi 30 hingga 35 peratus dariapda KDNK.

"Negara-negara maju yang berhemah dalam perbelanjaan tidak akan membenarkan hutang negara melebihi 30 hingga 35 peratus.

"Contohnya negara Jerman, Norway, Sweeden, mereka mengamalkan urusan ekonomi yang bagus menyebabkan hutang negara tidak pernah melebihi paras ini," katanya yang juga bekas pegawai Bank Negara.

Justeru, untuk memastikan hutang negara tidak terus meningkat, kerajaan harus mula mengawal perbelanjaan negara dan mengelakkan pemborosan.

Ia katanya termasuk tidak meneruskan projek-projek mega dan projek gajah putih yang tidak memberi manfaat kepada negara.

"Kerajaan juga harus melaksanakan tender terbuka dalam setiap projek yang dibangunkan bagi langkah penjimatan dan apa yang lebih mustahak, elakkan terus membuat pinjaman luar negeri," katanya.- harakahdaily


Hutang sebenar negara lebih 53 peratus KDNK – Azan Ismail



'Don't worry, our debt only 2% short of critical level'

Malaysia’s national debt is not at a critical or worrying level, says Deputy Finance Minister Awang Adek Hussin, despite it being only two percent shy of the constitutionally allowed government borrowing limit.

"It is not at a critical level at the moment. Our limit or threshold is 55 percent of the Gross Domestic Product (GDP), we are now at 53 percent.


"So you don’t have to worry about it," he said during Question Time in the Dewan Rakyat today.


Awang Adek (above) was answering a supplementary question from Saifuddin Nasution (PKR-Machang) on what the government is doing to control the rising government debt.

Saifuddin claimed that the rising trend in national debts will soon lead to the country owing up to 100 percent of its GDP, citing financial records from 2008 onwards that exhibited rising debts year on year.

“We have the threshold at 55 percent, which we shall not pass. If we don’t pass 55 percent then we will never reach 100 percent,” argued Awang Adek, saying that as a responsible government, they will never allow expenditures and borrowings to exceed the set threshold.

The matter of Malaysia’s rising national debt has been opposition fodder in Parliament, with the government moving to deflect such accusations.

‘Subsidy cuts to continue’

Meanwhile, Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism Deputy Minister Rohani Abdul Karim told the House today that the government will continue to take away subsidies from the public.

“Subsidy is not a long term solution to the (woes of the rakyat)... subsidy restructuring shall continue to be implemented,” she said in answer to a question from Azan Ismail (PKR-Indera Mahkota) on whether the subsidy cuts will continue.

She explained however, that any projected subsidy cuts however shall take into consideration things such as the cost of living, and other factors that may impact the rakyat’s livelihood, so as not to cause too much of a burden.

Rohani also added that the formation of the KR1M or Kedai Rakyat 1Malaysia cooperative was one government initiative tailored to help reduce the rakyat’s burdens in the face of the rising cost of living.

The government has implemented several cuts on subsidies for essential goods like fuel, electricity and sugar in the last year, citing the lack of revenue to finance the rising cost required to maintain the subsidies in the face of rising global prices.

However, the opposition has blamed empty public coffers caused by a spendthrift government as the cause.- malaysiakini


cheers.

1 comment:

Anonymous said...

Awang ni bukan cerdik sangat,pakai hentam tembak macam 'brader'nya juga.