09 December 2010

JKKKP - UMNO nak tunjuk siapa tuan di negeri2 pemerintahan PR....

TPM Muhyiddin Yassin berkata, Kerajaan Persekutuan hanya mahu memastikan peruntukan yang kewangan disalurkan kepada negeri diuruskan dengan berkesan. Malah beliau juga memberitahu penghulu-penghulu bahawa Putrajaya juga mengekalkan pejabat pembangunan sendiri di Selangor, yang diketuai oleh Pegawai Pembangunan Negeri Datuk Abdul GhaniSalleh.

Selangor sudah pun menjadi negeri maju, tetapi kerajaan persekutuan terus menyediakan peruntukan, sebab itu kita ada Datuk Ghani di sini bagi memastikan wang dibelanjakan dengan baik,” kata Muhyiddin.

Menurut beliau, pelbagai pelantikan persekutuan di negeri itu tidak bermaksud memperlekehkan kerajaan Selangor.

“Apa yang lebih penting, bagi kami projek-projek yang telah dirancang dilaksanakan dengan baik,” kata beliau pada sidang media selepas menyampaikan ucapan. “Saya tidak melihat ada apa-apa masalah,” kata Muhyiddin.

Penyaluran dana secara langsung oleh Putrajaya kepada jawatankuasa kampung di negeri-negeri yang kini diterajui Pakatan Rakyat, hari ini secara terbuka bertukar menjadi ‘debat panas’ antara Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Exco Kerajaan Negeri Selangor Yaakob Sapari, yang mendakwa kerajaan pusat mencampuri hal ehwal pentadbiran negeri.

Yaakob mengecam tindakan kerajaan pusat mewujudkan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP)di Selangor dan negeri-negeri lain yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat sejak Mac 2008.

“Ini tidak seharusnya berlaku. Dan, ia hanya bermula selepas pilihan raya umum ke-12 apabila Pakatan memenangi Selangor, dan ini mengakibatkan persaingan tidak sihat,” kata Yaakob yang mewakili Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim pada majlis itu.

JKKKP ialah satu badan yang diwujudkan oleh kerajaan persekutuan selepas 8 Mac 2008. Ia bertindan dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung sedia ada yang ditadbir oleh kerajaan negeri. Ketua kampung menjadi pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung. Biasanya setiap kali mesyuarat JKKK, penghulu akan turut hadir.

Di empat kerajaan negeri Pakatan Rakyat, kerajaan pusat telah melantik lebih 3,000 anggota JKKKP - satu langkah yang dilihat sebagai usaha Barisan Nasional (BN) mahu mengawal pemimpin-pemimpin akar umbi di negeri-negeri terbabit.

source:malaysian insider

Mahyuddin kena ingat duit yang disalurkan kepada JKKKP bukan duit UMNO atau duit awak,tapi adalah duit rakyat.

Sepatutnya rakyat keseluruhannya harus menikmati penyaluran dana tersebut. Kenapa duit ini disalur kepada penghulu2 yang merupakan kroni2 UMNO saja? Apa jaminan bahawa duit tersebut dibelanjakan secara adil?

Mahyuddin kata,“Selangor sudah pun menjadi negeri maju, tetapi kerajaan persekutuan terus menyediakan peruntukan, sebab itu kita ada Datuk Ghani di sini bagi memastikan wang dibelanjakan dengan baik,” Ini adalah satu statement yang paling BODOH dibuat oleh seorang TPM...

cheers.

No comments: