
Yang sedih, pagar diharapkan, pagar yang makan padi. Orang Melayu menaruh harapan kepada UMNO untuk menjaga kepentingan bangsa; tetapi dibawah sistem DEB yang dikorupkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO, ada juga beberapa orang Cina yang berjaya meraih kekayaan. Ini termasuk Vincent Tan, Francis Yeoh, anak muda 28-tahun Jho Low (Low Taek Jho) dan Liew Kee Sin dari SP Setia.

Encik Liew(kiri), yang penuh dengan pujian untuk DEB, mengakui bahawa beliau adalah salah seorang yang berjaya melalui DEB. Beliau adalah pegawai biasa dalam salah satu bank dagangan yang kecil sehingga beliau berkawan dengan dua orang peguam – Rashid Manaf and Zaki Azmi (sekarang Ketua Hakim Negara). Kedua, Rashid dan Zaki tidak mempunyai latar belakang dalam alam perniagaan. Syarikat perundangan mereka pun besar tapi tidak lah boleh membuat seseorang rakan kongsinya kaya. Tetapi apabila mereka dilantik sebagai peguam untuk UMNO, dan bersahabat dengan pemimpin-pemimpin UMNO seperti Mahathir Mohamad, Daim Zainuddin dan Ketua MIC Samy Vellu, maka perniagaan mereka pun mulai mengalami kecemerlangan.
Bukankah SP Setia sebelum ini dipunyai SPK yang dikendalikan oleh sahabat Mahathir iaitu Abdullah Ahmad (Kok Lanas) dan Ramli Khushairi? Liew, Zaki dan Rashid membeli syarikat ini, dengan habuan diberi kepada Dollah Kok Lanas, dan yang lain itu, seperti kata orang, "the rest is history". Perlu di ingatkan bahawa satu ketika dahulu, SPK adalah kooperatif yang mana pegawai kerajaan dan ahli-ahli UMNO menjadi tuan yang punya.
Tetapi beliau memilih orang Melayu untuk menjadi partner beliau - anak saudara Mahathir yang ketika itu bertugas sebagai pengurus besar agensi berita Nasional, Bernama. Anak saudara Mahathir ini baik orangnya tetapi tidak lama selepas itu, beliau menamatkan perkongsian itu dan saya rasa beliau tidak dapat apa-apa pun. Inilah nasib orang Melayu yang menjadi rakan kongsi orang Cina yang pintar saperti Vincent Tan. Vincent semestinya harus disenaraikan sebagai salah satu cerita kejayaan DEB, seperti juga Liew.
Ayah kepada Francis Yeoh, Yeoh Tiong Lay, memulakan syarikat pembinaan yang tidak begitu menyerlah selama 30 tahun. Tetapi ini semua bertukar apabila Francis, yang berkawan dengan Mahathir, berjaya dapat kontrak membina hospital di Semenanjung Malaysia pada tahun 1980-an. Kemudian, Mahathir memberi kontrak paling mewah kepada keluarga YTL - IPP dengan bayaran yang paling lumayan sehingga kini dalam sejarah pengswastaan tenaga elektrik. Tenaga Nasional terpaksa membeli eletrik dari YTL dengan harga tinggi itu, biar tenaga itu diperlukan atau tidak. Macam mana tak buat duit? Pelanggan terpaksa beli, mahu atau tidak, dengan harga paling tinggi.

Kata orang bahawa pemuda 28 tahun Jho Low adalah sahabat baik Perdana Menteri Najib Razak; atau pun isteri beliau; atau mungkin pun anak sulung Rosmah. Beliau berada di sana, sini dan mana-mana. Di sini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada akhbar The Star kerana berjaya mendapat temuramah eksklusif dengan anak muda yang berjaya ini. Entah siapa yang mengarah mereka membuat temu-ramah ini....

Dan sekarang ini kawan kawan dalam sektor Bank bercakap tentang kononnya dalam akaun tahunan 1MDB menunjukkan bahawa hanya masih ada RM4.3 bilion dari jumlah asal RM5 bilion. Di mana agaknya RM700 juta dibelanjakan? Itulah dia - Jho Low, suatu lagi kejayaan Dasar Ekonomi Baru (NEP).
Jadi orang orang Cina tahu sebenarnya bagaimana mahu mendapat untung besar dengan menggunakan Dasar Ekonomi Baru. Tak payahlah Liew Kee Sin bimbang. Tetapi berapa ramaikah orang Cina yang ada kaitan dan hubungan intim dengan pemimpin besar UMNO untuk mendapat peluang ini? Itulah persoalannya.

Read 'NEP and the Chinese success stories — Zaid Ibrahim' here.
Read 'A case against the NEP: Sports Toto, the inside story' here.
Read 'The MCA Economic Congress' here.
Baca 'Kah...kah...kah...Melayu atau Cina?' di sini.
Baca 'Perkasa beri kata dua kepada Najib' di sini.
source:Merdeka Review
Dan Perkasa Ibrahim Ali 'the katak' masih dok melalak tak habis-habis.....
cheers.
1 comment:
Bukan Ibrahim the katak Ali tu kerja bersama Mahathir. Tentu dia tahu pasal tipu muslihat Mahathir dengan Vincent Tan,Ananda Krishnan dll. Jadi yang dia dok melompat macam katak tu buat apa?
Post a Comment