15 July 2010

UMNO memerintah kerana sokongan orang2 bukan Melayu.....


Berikut adalah terjemahan daripada artikel Raja Petra Kamaruddin dalam Malaysia Today, "UMNO rules because of the non-Malays", baca artikel asal di sini. (Maaf sekira terjemahan tersebut kurang sempurna.)

PM Najib Tun Razak berkata bahawa UMNO tak perlu PAS dan UMNO adalah kuat untuk bertahan tanpa PAS. Ada juga orang dalam UMNO yang memperkecil-kecilkan MCA,MIC,Gerakan,dsbnya dan telah mencadangkan UMNO lebih baik tanpa parti-parti bukan Melayu itu -- terutamanya bila orang bukan Melayu ini terlalu sangat membuat berbagai tuntutan.

Fakta telah membutikan bahawa UMNO jika bersendirian sememang akan terkubur. UMNO perlukan PAS kerana UMNO sedar bahawa UMNO memerintah negara ini dengan bantuan orang bukan Melayu. Tanpa orang bukan Melayu UMNO akan mampus. Jadi bagaimana UMNO boleh mengaku bahawa mereka mewakili orang Melayu, sedangkan orang Cina,India dan orang Malaysia Timur yang memberikan kuasa kepada mereka untuk memerintah?

UMNO perlukan PAS kerana UMNO mahu secara rasmi mengaku bahawa UMNO adalah parti orang Melayu. Buat masa ini UMNO tidak mempunyai hak untuk mengaku demikian. Sebenarnya, orang bukan Melayu yang mengekalkan kuasa untuk UMNO memerintah, bukan orang Melayu.

Dalam pemilu yang lalu,UMNO hanya memperolehi 29.33% undi dan 35.6% kerusi Parlimen. Hanya bila anda jumlahkan undi yang diperolehi daripada 13 parti lain dalam gabungannya,maka Barisan Nasional menang 50.27% undi dan 63.1% kerusi.

Itu pun dikira, selepas menimbangkan kaedah persempadanan kawasan pilihanraya serta undi pos yang sentiasa memihak mereka(BN). Tanpa semua tipu daya serta muslihat penipuan dalam pilihanraya ini, Barisan Nasional sudah lama kecundang dan Pakatan Rakyat yang sepatutnya memegang tampuk pemerintahan.

Jadi, sebenarnya, UMNO bukanlah sekuat mana seperti apa yang didakwa oleh PM Najib. Secara bersendirian - tanpa sokongan orang Cina,India dan orang Sabah dan Sarawak - UMNO sudah lama terkubur sejak Mac 2008 lagi. Sebab itulah, sehingga kini,UMNO masih mahu menggoda PAS.

UMNO sedar, sehinggalah UMNO boleh bersatu dengan PAS, masa depannya akan tetap bergantung kepada sokongan orang bukan Melayu. UMNO memang benci hal begini. Tetapi ramai orang Melayu tak sedar akan fenomena tersebut dan sehingga itu UMNO adalah selamat. Tapi, sebaik saja orang Melayu secara tiba-tiba sedar bahawa sokongan orang bukan Melayulah yang kini mengekalkan kuasa untuk UMNO, bencana buruk akan menimpa UMNO.

UMNO mungkin sebuah parti orang Melayu, tapi bukan orang Melayu yang membekalkan kuasa kepada UMNO untuk memerintah. Sebaliknya, kaum pendatang Cina,India dan warganegara kelas kedua daripada Malaysia Timur yang ditakluk UMNO, yang sebenarnya membekalkan kuasa kepada UMNO untuk memerintah.

Bodoh punya Cina,India dan orang Sabah dan Sarawak. Sekurang-kurangnya jalang-jalang dibayar untuk khidmat mereka. Sebaliknya anda(Cina,India dan orang Sabah dan Sarawak) diperkosa dan anda membayar supaya diperkosakan. Sebenarnya anda adalah lebih teruk daripada jalang-jalang tersebut. Saya tidak akan bersimpati dengan orang Malaysia jenis ini. Dan mereka inilah yang banyak membuat berbagai aduan.

Biarlah saya tegaskan sekali lagi. Tanpa orang Cina,India dan orang Malaysia Timur,UMNO dah lama mampus. Andalah yang mengekalkan kuasa kepada UMNO, dan anda dihina kerana sokongan tersebut. Kini, Najib berani mengatakan bahawa UMNO adalah kuat dan tidak perlu PAS. Percaya atau tidak bahawa ada pemimpin-pemimpin PAS yang mahu tidur sekatil dengan UMNO? Benar, bukan hanya orang Cina,India dan orang Malaysia Timur yang bodoh, Melayu pun ada yang bodoh. - Raja Petra Kamaruddin.







cheers.

No comments: