19 July 2010

Bila PAS minta mufti Perak jadi orang tengah.....

PAS hari ini menafikan pihaknya pernah menghantar wakil untuk bertemu dengan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria agar mengaturkan perbincangan bersama Umno bagi membincangkan usaha menyatupadukan orang Islam dan Melayu.

“Tidak, PAS tidak pernah menghantar wakil untuk bertemu dengan Tan Sri Harussani sama ada rasmi ataupun tidak rasmi... saya menghadiri banyak mesyuarat peringkat pusat, setahu saya tiada perbincangan untuk menghantar wakil jumpa beliau,” kata Ketua Penerangan PAS pusat Idris Ahmad.

Idris yang dihubungi The Malaysian Insider memberitahu, Harussani kemungkinan bercakap berdasarkan perbualan tidak formal dengan beberapa pemimpin PAS tetapi ia tidak direstui oleh parti itu.

“Tak tahulah beliau bercakap di atas kapal terbang, kedai kopi atau semasa kenduri kahwin atau di tepi jalan, tetapi secara rasmi atau formal, memang tiada langsung.

Bagi PAS, perkara berbincang dengan Umno sudah tutup, tak berbangkit lagi,” tambah beliau.

Malah kata Idris, sesi pemukiman PAS di Port Dickson baru-baru ini juga tidak menyentuh soal perbincangan dengan Umno untuk membincangkan soal perpaduan Melayu dan umat Islam. Sehubungan itu Idris meminta Harussani memfokus isu-isu lain yang berkaitan dengan beliau, bukannya menjadi “orang tengah” sebagaimana dilaporkan.

“Apa sebab hendak menjadi orang tengah, Umno hanya memikirkan mengenai PAS bila berada dalam keadaan sukar.

“Ada banyak perkara besar, isu-isu yang perlu dibincangkan dan diatasi oleh mufti... Tan Sri Harussani harus menyelesaikan masalah besar yang lain, tak perlu jadi orang tengah bagi Umno-PAS,” katanya.

“Ketika ditanya sama ada ada pemimpin yang mengusahakan pertemuan antara Umno-PAS dengan meminta Harussani sebagai orang tengah, Idris berkata:

“Kita tidak tahu siapa mereka... tapi PAS tidak meminta mereka adakan perbincangan. Kalau ada pun mereka tidak memaklumkan kepimpinan pusat.”

Semalam, Harussan mendedahkan bahawa beliau mahu terus menyatupadukan orang Islam dan Melayu di negara ini walaupun terdapat pihak yang tidak menyenangi usaha murni beliau ini.

Namun beliau berkata beliau tidak pernah berputus asa demi mengekalkan kebaikan dan perpaduan umat Islam di negara ini, khususnya antara parti Umno dan PAS.

source:malaysian insider

Aku rasa biarlah kerja-kerja politik diurus oleh orang politik saja.

Tuan mufti patut fokus kepada kerja2nya saja tak payahlah sibuk2 pasal politik.

Kenapa tuan mufti tak jemput PKR bersama, bukankah PKR juga majoriti ahli adalah orang2 Melayu?

Awat, tuan mufti ingat UMNO tu baik sangatkah, bila dalam kegawatan baru nak merangkak kat PAS, cakap pasal perpaduan itu dan ini. Tapi soal bayaran royalti kepada gomen Kelantan, UMNO buat tak peduli saja.......

cheers.

No comments: