01 September 2009

Meerdekaaa !!!!!!! Harga petrol naik..............


Sebagai hadiah merdeka 1Malaysia,"Rakyat didahulukan,
Pencapaian diutamakan", gomen mengumumkan kenaikkan harga minyak petrol sebanyak RM0.25 sen.Harga RON95 - RM 1.80 seliter dan RON97 - RM 2.05 seliter.

Kenaikan harga minyak petrol ini boleh dijadikan sebagai alasan peniaga menaikkan harga barang dan perkhidmatan mereka. Contohnya, harga gula yang dikawal gomen dengan harga RM1.50 kini sukar di dapati, kalau dapat pun kena bayar di antara RM1.70 hingga RM1.80.

Kalau ye pun kenapa gomen tak boleh tunggu sampai selepas hari raya untuk berbuat demikian? Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Ismail Sabri Yaakob telah berbohong mengatakan bahawa harga minyak dunia setong $80.00,walhal harga sebenarnya hari ini(ketika rencana ini ditulis) baru $69.93 setong. Kalau dihitung,harga minyak petrol sebenarnya adalah...

Harga minyak mentah - $70.00 setong; 1 tong = 159 litres ; 1.00 USD = RM 3.6

Harga sebenar minyak - $70.00/159 = $0.44 per litre ; 0.44 x 3.6 = RM1.44 per litre

Subsidi Gomen - 30cents/litre. Ini bererti harga petrol sebenarnya adalah RM1.44 - RM0.30= RM1.14

Harga petrol sekarang = RON95 - RM 1.85 dan RON97 - RM 2.05 sen. Sapa kata gomen rugi? Gomen nak perbodohkan sapa? Sebaliknya gomen meraih keuntungan sebanyak 71 sen seliter bagi RON95 dan 91 sen seliter bagi RON97.

Rakyat didahulukan,Pencapaian diutamakan adalah slogan kosong dan hangat-hangat taik ayam saja. Lebih baik tukar kepada "Rakyat dibelakangkan,Keuntugan diutamakan"



cheers.

No comments: