16 September 2009

Kualiti kereta Proton lintang pukang, nak masuk litar F1 pula..........

Malaysia akan membuat penampilan sulung dalam Kejohanan Formula Satu FIA menerusi pasukan sendiri, 1Malaysia F1 Team mulai tahun depan, kata Datuk Seri Najib Razak. Ketika mengumumkan perkara itu di sini petang tadi, Perdana Menteri berkata pasukan berkenaan akan terdiri daripada rakyat Malaysia termasuk yang mengendalikan ‘pit stop’.

Katanya, dua pemandu pasukan Malaysia itu dijangka diperkenalkan pada 31 Oktober ini selepas tapisan daripada enam calon.

“Ini akan pasukan Malaysia dalam erti kata yang sebenarnya, maknanya kereta ini akan direkabentuk, dibuat dan diuji di Litar Antarabangsa Sepang dan adalah kereta buatan Malaysia,” katanya pada sidang media di sini.


Najib berkata, pasukan berkenaan akan dibiayai menerusi gabungan sektor awam dan swasta yang mana pembabitan kerajaan adalah menerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC), Proton Holdings Berhad. Katanya, pasukan itu turut mendapat kerjasama tiga tokoh korporat iaitu Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Datuk Seri Tony Fernandes; Timbalannya, Datuk Kamarudin Meranum, dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Naza, SM Nasarudin SM Nasimudin.

Najib berkata, pasukan F1 Malaysia itu akan menggunakan teknologi Proton dan Lotus dengan bantuan teknikal kepakaran permotoran daripada Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Teknologi Petronas dan pengeluar produk komposit, Composite Technology Research Malaysia Sdn Bhd (CTRM) dengan bantuan SIC dan Persatuan Permotoran Malaysia (AAM).

Ditanya mengenai kos yang akan dikeluarkan oleh ker
ajaan dalam projek itu, Najib berkata: “Ia dilakukan melalui Proton, saya tak tahu kalau mereka (syarikat) hendak berikan angka.” Menjawab soalan, Perdana Menteri berkata usaha itu bukan satu pembaziran kerana ia membabitkan sektor swasta dan akan memberi pendedahan yang besar kepada Malaysia khususnya jenama Proton dan Lotus.

FIA telah menerima kemasukan Malaysia dalam perlumbaan bertaraf dunia itu mulai tahun depan dan seterusnya selama 10 tahun mengikut kontrak.


source:bharian


Ini satu lagi projek mega ala PKFZ Klang. Kadang aku tak faham, kenapa pemimpin-pemimpin UMNO dan gomen ini suka sangat kepada projek-projek mega yang belum tentu tahu untungnya tapi rugi sememangnya sudah terbayang. Dulu kita bertanding dalam litar F1 menggunakan BMW Sauber F1 Team dan menemui banyak kegagalan. Sekarang BMW Sauber F1 Team pun dah kena jual.

Bukankah wang ringgit yang hendak digunapakai bagi membiayai projek FI ini digunakan untuk mempertingkatkan lagi kualiti kereta-kereta Proton dan enjin Campronya. Sudah 25 tahun Proton berada dalam pasaran namun mutu kereta Proton serta enjin Campro tidak setanding dengan kereta-kereta lain, masalah di sana sini, tapi proses pembaikkannya tidak kelihatan.

Tiba-tiba,Proton dan sekutu Najib 1Malaysia berangan-angan nak 'participate' dalam litar F1 pula. Kalaulah kita asyik dapat tempat terakhir saja dalam litar F1 ini, nanti segala kerugian itu akan ditanggung oleh gomen dan saudara-saudari cucu cit akan dibeban membayar hutang sampai ke hari kiamat.........

cheers.

6 comments:

Anonymous said...

Ala....Petronas ala manyak luit ma, kasi itu F1 apa susa!!!

Anonymous said...

Itu lah masalahnya dengan bangsa kita...semua nak express...naik ke angkasa lepas pun express..sebagai pelancung saja pun tak pa...ASALKAN ADA NAMA....alangkah baiknya kalau duit itu digunakan untuk fakir miskin..

Anonymous said...

I predict this will all just be another hype.

Midway thru, after billions have gone down the drain, or into several pockets, they will call off the project saying it's too early or it's too expensive or such.

In the end,the rakyat becomes poorer,while Najib & gang richer.

Anonymous said...

F1 adalah sukan yang terlalu mahal untuk rakyat Malaysia. Nakkan glamour, biarlah rakyat duduk rumah robek. Petronas tak nak bayar royalti kepada kerajaan Kelantan pasal negeri diperintah PAS, tapi buang duit untuk F1 tidak apa. Siapa didahulukan? Rakyat ke imej pemimpin negara? Nilah dikatakan rakyat diHULUkan, pencapaian pemimpin diTUAMAKAN

Anonymous said...

They should put the money to propel other stream of sports which could bring glory to Malaysia rather than pouring into F1 which had cost multi million USD anually for most of the current team. That is why Honda and BMW pull-out.

Hyundai/KIA cars were more quality than Proton but they refrain themselves from F1. I just cud not understand why BN had always made me piss off...tak sedar-sedar lagi ke?

I sincerely hope PR will gain their momentum and strengthen their ties...we MUST give BN the same fate as LDP in Japan in GE13...InsyaAllah..we must get the rakyat to vote for PR and get more youngsters to become a legitimate voters and subsequently cast their vote for PR.

Anwar Ibrahim would have made a better PM for Malaysia...I hope he will..InsyaAllah.

rgds/Ir Fariz Salleh-KL

electrocutioner said...

Local driver will get F1 Super License via Lesen Terbang jPj, always beat the light during start off, accident within first 5 laps and come out crying to the organizer saying they were forced to race in a 'fair' condition instead of their normal 'unfair malaysia boleh' enjoyed for the last 50 years.