24 August 2009

N11 Permatang Pasir - Tuan Guru Nik Aziz tuntut 3 media terbabit tarik balik kenyataan........

Penasihat Undang-Undang PAS Mohamed Hanipa Maidin pagi tadi menjelaskan Nik Aziz mahu ketiga-tiga media terbabit menarik semula kenyataan ‘isu Surga dan Islam Palestin’ serta memohon maaf secara terbuka dalam masa tujuh hari kepada anak guamannya itu; sekiranya tidak mahu saman itu diteruskan.

Masa yang diberikan adalah prosedur biasa dalam perundangan dan Hanipa menjelaskan bahawa tuntutan guamannya itu tidak terikat pada masa pilihanraya kecil Permatang Pasir; iaitu sehingga 25 Ogos depan. Nik Aziz sudah memohon injunksi supaya kenyataan-kenyataan yang memfitnah dirinya tidak lagi disiarkan media-media terbabit.

“Jadi, kita harap dengan pendedahan terbaru Tv3 tentang apakah rakaman sebenar yang dibuat Tok Guru (Nik Aziz), supaya menghentikan segala serangan peribadi ke atas Mursyidul Am PAS.”

Hanipa turut menafikan bahawa anak guamannya berkata – ahli-ahli Umno tidak akan pergi syurga ataupun mengatakan Umno melaksanakan ‘Islam Palestin’.

“Beliau (Nik Aziz) tahu apa yang beliau cakap. Beliau tidak akan menggunakan perkataan ahli-ahli Umno bila bercakap isu ini,” katanya.

Kenyataan TG.Nik Aziz seperti yang disiarkan TV3:

‘‘Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO."

‘‘Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar.’’

Berikut ialah transkrip rakaman audio yang disiarkan oleh Buletin Utama:

‘‘Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO.

‘‘Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar.’’

Kenyataan TG.Nik Aziz yang dilaporkan oleh Bernama:

Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, anggota UMNO tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin. Katanya, terdapat perbezaan antara Islam yang didakwah oleh Pas dan Islam yang diamalkan oleh umat Islam daripada kalangan anggota UMNO.

“Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka,” katanya kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini hari ini selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.

Meanwhile, Information, Communications and Culture Minister Rais Yatim, who visited the Permatang Pasir constituency today, said that the Nik Aziz was welcomed to pursue the law suits.

“Nik Aziz can take any number of lawsuits, perhaps longer than his turban... what matters really at the end of the day is his credibility,” said Rais.

“To say that another fraction of the society is not true Muslim or to say that he is more Islamic than the rest, it is up to the public to judge,” he said.

“He has been saying a lot of things, but I think (there are) a lot of the things he has forgotten. If he has forgotten, it is about time he remembers again,” said Rais.

Sementara itu, seekor lagi katak,Adun Lunas, Mohd Radzhi Salleh bertindak keluar PKR dalam satu sidang media mengejut di sebuah hotel di Kuala Lumpur hari ini dan menyatakan sokongan kepada kepemimpinan Datuk Seri Najib Razak. Dia,yang juga exco pelancongan Kedah, dilaporkan mengisytiharkan sebagai Adun bebas tetapi tidak mahu melepaskan portfolio ahli majlis mesyuarat kerajaan dan sekarang sokong BN/UMNO.

source:malaysiakini

Rais Yatim also has been saying a lot of things and I wonder whether he still remembered when he said,"telah ku bakar jambatan untuk kembali kepada UMNO" Therefore if he has forgotten, it is about time he remembers again.........

Mana ada terbit ungkapan ahli UMNO tak boleh masuk syurga dan Islam palsu dari Palestine? Yang palsu,hanya laporan-laporan Utusan Meloya,Berita Harian dan Bernama. Saman,jangan tak saman, sampai depa bankerap habis!!

Pasai katak,aku rasa katak macam ini, lebih baik tembak bagi mampuih saja...........

UNDILAH CALON PAS




dan ramai




cheers.

No comments: