
Selain mereka, kesemua pemimpin PAS di peringkat pusat yang lain di samping para pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat juga dijangka akan hadir perarakan calon tersebut. Pusat penamaan calon adalah dewan Institut Kemahiran Belia Negara IKBN Bukit Mertajam.
Sementara itu Kementerian Kesihatan menasihati penyokong parti yang bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir supaya tidak mengadakan perhimpunan besar-besaran pada hari penamaan calon, Isnin ini.
Menterinya Liow Tiong Lai berkata langkah itu bagi membendung penularan wabak influenza A (H1N1) yang semakin meningkat di negara ini. “Saya harap orang ramai yang tidak terlibat dengan hari penamaan calon itu supaya tidak berkumpul beramai-beramai di pusat penamaan calon,”
Kalau begitu perihatin sangat Liow Tiong Lai,kenapa tak nasihat bosnya dan SPR untuk tangguh PRK tersebut? Kalau SPR boleh menangguhkan pilihanraya kecil hanya kerana bertembung dengan pemilihan UMNO. Maka, kenapakah mereka tidak boleh ambil tindakan yang sama terhadap malapetaka yang lebih besar seperti H1N1 ini dan juga menghormati bulan Ramadan?

cheers.
No comments:
Post a Comment