21 March 2009

Ali Rustam - jawab macam budak darjah 2, nak jadi TPM konon......

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Melaka ke Pejabat Ketua Menteri selepas solat Jumaat kelmarin untuk meminta Ali Rustam meletak jawatan Ketua Menteri. NTV7, semalam juga menunjukkan bagaimana, kereta yang membawa si Ali Rustam diserbu dan dijerit-jerit oleh penyokong-penyokong AMK meminta Ali Rustam letak jawatan. NTV7,kemundian menunjukkan Ali Rustam memberi komen tentang gesaan dia meletak jawatan sebagai satu gimik politik pembangkang yang tidak perlu dilayan.

Bila ditanya pemberita, Ali Rustam dengan muka yang tersengih-sengih macam badut tua menjawab,“Saya nak pi menyuarat, tiba-tiba mereka berkumpul disini selepas sembahyang jumaat, apasal Lim Guan Eng dulu kena 2 tahun penjara sekarang dia boleh jadi Ketua Menteri Pulau Pinang, apasal Anwar Ibrahim kena 6 tahun penjara sekarang boleh jadi ahli parlimen dan ketua pembangkang?, ”

Bila aku dengar komen Ali Rustam sebegini, terfikir pula apakah pemimpin macam ini, UMNO nak angkat jadi TPM? Nak kata bodoh boleh jadi Naib Presiden UMNO, nak kata bangang boleh jadi Ketua Menteri Melaka... Jawapan macam budak-budak darjah 2 SRJK(T).

Lim Guan Eng masuk penjara kerana membela budak perempuan Melayu 14 tahun yang diperkosa oleh Rahim Thamby Chik,bekas KM Melaka dulu. Lim Guan Eng telah yang membela budak perempuan Melayu itu terpaksa meringkuk 18 bulan dalam penjara, sedangkan siperogol terlepas dan bebas.

Anwar pula meringkuk dalam penjara selama 6 tahun atas kesalahan rasuah olok-olok rekaan Mahathir yang tidak melibatkan sesen pun. Kedua-dua mereka ini juga tidak dibenarkan terlibat dalam politik selama 5 tahun. Mereka telah membayar harga 'kesalahan" mereka dan tidak ada undang-undang yang boleh melarang mereka terlibat dalam politik atau memegang apa-apa jawatan. Ali Rustam, macam mana nak jadi Naib Presiden UMNO,merangkap Timbalan Perdana Menteri kalau undang-undang pun tak tau?

Kalau Ali Rustam nak samakan takdirnya dengan Lim Guan Eng dan Anwar serah saja kes ini kepada SPRM dan bawanya ke mahkamah dan jika mahkamah mendapati Ali Rustam bersalah bolehlah dia merasai apa yang Lim Guan Eng dan Anwar rasa beberapa tahun dalam penjara.

Beranikah UMNO serah kes Ali Rustam dan beberapa tokoh lain yang terlibat dengan politik wang ini kepada SPRM? Sebaliknya pula SPRM ada teloqkah hendak bertindak segera terhadap perasuah-perasuah UMNO ini, seperti mana SPRM begitu pantas membuat sisatan terhadap pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat?

Istilah 'rasuah' bagi UMNO itu dikatakan 'politik wang'. Kerjanya sama tapi deberikan label berbeda- beda supaya penyamun-penyamun UMNO boleh terlepas begitu saja.

Berapa lamakah orang-orang Melayu hendak diperbodohkan oleh UMNO?

Bagi Ali Ketam, janganlah bercakap besar bak kata orang sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga........

cheers.

1 comment:

Anonymous said...

Ini Ali Rustam Molo punya kaki. Pergi u pun umur 40. Bukan nak hina tapi mmg tak layak nak jd TPM Malaysia. Sila siasat betul tak saya punya celita ni.