01 February 2009

Politik Perak dah lintang pukang............

These two PKR men are now missing. They have been missing since the last four days and no one knows where they are. But they are not really missing as such. They are safely in the hands of Umno. And Umno wants them to agree to a deal. Accept RM10 million each and cross over to Umno or else go to jail on corruption charges -- the same deal they offered me and which I declined and which resulted in my detention under the Internal Security Act on 12 September 2008.

The day the two PKR men were picked up and kept under ‘protective custody’, one Umno State Assemblyman crossed over to PKR. That spoilt the whole plan. They needed just two PKR State Assemblymen to bring down the Pakatan Rakyat state government in Perak. Now, with their own Umno man crossing over to PKR, two will no longer be possible. They now need three.

They offered the ex-Umno, now-PKR State Assemblyman the post of Menteri Besar. If he crosses back to Umno and Barisan Nasional grabs the state, he will be made the new Menteri Besar. They need him back or else it would be pointless to blackmail the two PKR State Assemblymen now facing the prospects of jail. Even if they took the RM10 million in exchange for jail, Umno would still not be the government in Perak. They are still one State Assemblyman short.

What irony. Even as they kidnap two PKR State Assemblymen and put a sword at their throats, an Umno State Assemblyman crosses over to thwart their plan. They ‘gently persuade’ the ex-Umno man in their efforts to get him to cross back to Umno. “Altantuya was killed and Bala has disappeared,’ they told him. They are ‘worried’ something may also happen to him if he does not cross back to Umno.

Yes, Umno is in the power business. They buy and sell power. They also buy and sell people in their effort to attain or maintain power. But even as they hatch their evil plots, their own people cross over to the other side. And that caught them with their pants down. Those who live by the sword die by the sword. And that is what happened to Umno in Perak.

Terjemahan:

(“Dua EXCO PKR ini telah hilang. Mereka telah hilang sejak empat hari lalu dan tiada sesiapa yang tahu dimana mereka tetapi mereka bukan ‘hilang’, sebaliknya berada didalam tangan pemimpin Umno. Dan UMNO mahukan mereka bersetuju kepada satu perjanjian. Terima RM10 juta seorang dan ‘menyeberang’ kedalam Umno ataupun dihantar kepenjara diatas tuduhan rasuah.

Pada hari dimana dua EXCO PKR ini ditahan dan di lindungi oleh Umno, seorang ADUN UMNO melompat kedalam PKR. Ini menghancurkan rancangan Umno. Mereka hanya memerlukan dua ADUN PKR untuk meruntuhkan Pakatan Rakyat diPerak. Tetapi apabila ADUN Umno menyeberang kedalam PR, perancangan ini tergendala. Sekarang mereka memerlukan tiga.


Mereka kemudianya menawarkan bekas ADUN Umno ini jawatan Menteri besar. Sekiranya dia bersedia kembali kedalam Umno dan BN merampas Perak dari PR, dia akan diberikan jawatan Menteri Besar. Umno memerlukan Nasruddin kembali kedalam Umno, kalau tidak…menahan dua EXCO PKR ini tidak memberi apa-apa makna. Walaupun dua EXCO ini bersetuju menerima RM10 juta, Umno masih gagal merampas Perak dari PR.

Walaupun mereka berjaya menahan dua EXCO PKR ini dan mengancam dengan pelbagai ugutan, Nasrudin telah menghalang perancangan mereka. Kini mereka mengugut Nasrudin..” Altantuya telah mati dan Bala telah hilang.” Apakah Nasrudin akan menerima nasib yang sama?”


Apa yang berlaku?


Perancangan Umno untuk memerangkap Jamaludin dan Osman telah dirancangkan sebaik saja Pilihanraya Kuala Terengganu berakhir. Pada masa itu, Umno tidak menyangka ADUN mereka sendiri akan menyeberang kedalam PKR. Najib mahukan Perak dirampas untuk menutup ‘kemaluan’ beliau yang hilang didalam dua pilihanraya kecil yang lalu.


Jamaludin dan Osman telah ditawarkan sejumlah RM10 juta setiap orang dan tuduhan mereka didalam kes rasuah akan digugurkan. Jamaludin dan Osman sudah bersedia untuk menerima tawaran ini dan hanya menunggu masa yang sesuai.


Walaubagaimanapun, perancangan ini telah dapat dihidu oleh Anwar dan Anwar telah mengarahkan Hj. Ismail untuk mempercepatkan usaha penyeberangan ADUN-ADUN Umno kedalam PKR untuk menghalang perancangan Umno ini.


Jamaludin dan Osman sebenarnya telah pun hilang pada hari Jumaat minggu lepas. Dan apabila mengetahui ‘kehilangan dua EXCO ini, Anwar telah mengarahkan Hj. Ismail membawa Nasrudin keKuala Lumpur dan terus mengumumkan kemasukan Nasrudin kedalam PKR. Ini telah menghancurkan perancangan Najib untuk merampas Perak dari PKR.


Sekiranya Anwar terlewat untuk bertindak, dan Jamaludin dan Osman bertindak lebih awal, maka Pakatan Rakyat Perak sudah pastinya tumbang. Sebenarnya, ada seorang lagi ADUN Umno yang menyertai Nasrudin ke Kuala Lumpur, tetapi hanya Nasrudin yang membuat pengumuman. Pasal apa? Yang tu aku tak dibenarkan cerita. Pandai-pandai la sendiri….


Selepas hari itu, pelbagai usaha telah dibuat oleh Umno untuk memujuk Nasrudin kembali kedalam Umno, malah telah di janjikan jawatan Menteri Besar sekiranya Nasrudin bersedia kembali kedalam Umno. Dan jangan terkejut…tawaran ini dibuat oleh Jamaludin sendiri yang menghubungi isteri Nasrudin!


Tidak diketahui sama ada Jamaludin diugut ataupun dengan kerelaan sendiri ketika membuat tawaran bagi pihak Umno ini. tetapi apa yang jelas, Umno begitu terdesak sehingga sanggup melakukan apa saja untuk merampas Perak dan mengembalikan ‘kemaluan’ Najib yang hilang.


Setakat ini, masih tidak diketahui apakah langkah Umno selanjutnya, dan aku jugak tak boleh nak cerita apakah yang sedang dilakukan oleh PKR. ramai yang menghantar email dan SMS bertanya, malah ada yang terlalu risau. Dan ada yang marah kat aku…bila aku kata ..”Relax!”


No.no.no….jangan risau! kalau setakat lompat melompat…aku tak risau. Ini macam main poker. Dan Anwar ada beberapa kad lagi yang masih belum dibuka.


Kecuali kalau Umno main kotor…. menggunakan kekerasan. Yang tu aku tak tau. Orang yang terdesak macam Najib mampu melakukan apa saja untuk mencapai cita-citanya.


Kalau Altantuya boleh mati…Bala boleh hilang…macam-macam boleh jadi. Mereka juga risau sesuatu akan terjadi padanya sekiranya dia tidak berpatah balik kepada UMNO.

Ya, UMNO sememangnya terlibat dalam urusniaga penentuan kuasa. UMNO jual dan beli kuasa.
UMNO juga terlibat dalam membeli dan mejual ahli-ahli politik dalam usaha mereka memantapkan kuasa. Tetapi,dalam usaha UMNO merancang plot jahat mereka itu, nyata tak disangka ada juga orang-orang mereka yang mahu bertukar kapal. Dalam ertikata lain orang-orang UMNO juga mahu beralih angin. Akibatnya, menyebabkan UMNO terperangkap dalam usaha jahatnya itu. Inilah apa yang sedang berlaku di Perak ketika ini)

source: Raja Petra's article "Live by the sword, die by the sword" in Malaysia Today.(https://mt.m2day.org/2008/content/view/17434/84/ dan Perakexpress.com)

Kedudukan kerusi PR dan BN yang terikat begitu hampir. 32 PR 27 BN sekarang, sekiranya 2 Adun PKR bertukar kapai ke UMNO menjadikan kedudukan kerusi 30 PR 29BN. Perbezaan 1 kerusi amat merbahaya kerana jika 1 lagi ahli PR berpaling tadah ke BN, maka kedudukan akan bertukar menjadi BN30 PR29.

Najib sememangnya bermain peranan yang penting dalam perhitungan ini. 2 exco PKR tersebut terlibat dengan kes rasuah yang akan didengar pada bulan ini. Nampaknya,tawaran Najib kepada 2 exco PKR ini ialah masuk UMNO, kes dibuang, sebaliknya jika kekal dalam PKR, kes akan diteruskan. Bukankah ini rasuah namanya. Kenapa SPRM dok diam saja? tetapi bila Nasaruddin masuk PKR dari UMNO,SPRM dengan lantang bersuara untuk siasat sama ada dia dirasuah.....

These PKR duo were at the centre of a bribery charge last year. Jamaludin and Osman, along with three others, were charged with 16 counts of corruption involving a RM180 million housing project spanning 36 hectares in Sri Iskandar. Their trial is scheduled to begin on Feb 10. If convicted, they could face a maximum of 20 years in jail and a fine of not less than five times the amount of gratification, or RM10,000, whichever is higher.

According to rumours, they were offered to have the corruption charges against them dropped if they switched camps.

Aku rasa,bubar saja Dewan Undangan Negeri Perak dan adakan satu pilihanraya yang baru............

Baca di sini dan sini.

cheers.

4 comments:

mohd ali ismail said...

Apa dah jadi dengan Negeri kita ni.Orang yang gila kuasa tak pedulikan dosa dan pahla.Orang miskin semakin miskin pun tak sedarkan diri yang betul dan yang salah.Orang yang oputunis pula ikut saja mana yang munafaatkan mereka.Inilah punca2 kelamkabut politik di Perak dan di seluruh Negara. Orang melayu dah kehilangan pedoman dengan ajaran Islam.ISLAMIC VALUES diabai dan diketepikan.Selagi kita tak berbalik kapada pegangan Islam selagi itulah kita akan kucar kacir sesama sendiri.

Anonymous said...

Malah yang berpegang kuat pada Islam pun kalau di hulur dengan janji2 manis serta wang ringgit yang banyak,
imannya juga menjadi longlai.

Dalam kes Perak,jelas yang UMNO akan buat apa saja untuk dapat balik negeri tersebut. Bagi UMNO kalau pembangkang lompat masuk BN/UMNO..its OK,halal,moral pun baik!

Mr. Right said...

Ini lah padahnya kalau pengundi berpandukan parti semasa mengundi. Kita sepatutnya memilih calon. Lupakan parti yang dia wakili. Kalau kita kurang yakin dengan peribadi semua calon, lebih baik jangan mengundi.

Najib dan Anwar nak 'main poker' nasib rakyat yang diperjudikan. Sial tul!

Short Talk

Anonymous said...

MALAYSIA MERDEKA SUDAH HAMPIR 50 TAHUN LEBEIH...NAMUN SAYANG SERIBU KALI SAYANG TIADA SEORANG DI ANTARA KITA YANG BELAJAR DARIPADA SEJARAH....MASIH MELAKUKAN KESILAPAN YANG SAMA.......BAK KATA AHLI SEJARAH TERKEMUKA ORANG YANG TIDAK BELAJAR DARIPADA SEJARAH BERPOTENSI MENGULANGINYA....DAN ITULAH SENARIONYA DI NEGARA KITA SEKARANG INI...PERGADUHAN SESAMA BANGSA SAMPAI SANGGUP MENGGADAI MARUAH AGAMA DAN NEGARA....KERANA KETAMAKAN NEGARA JATUH KE TANGAN BANGSA LAIN....KENAPA NEGERI SEMBILAN YANG DAHULUNYA KAYA KERANA MENJADI LALUAN UTAMA PEDAGANG JATUH KE TANGAN INGGERIS KERANA PEMBESARNYA TAMAK DAN BERTELAGAH HENDAK MEMUNGUT CUKAI....KONONNYA BANGSA LAIN DAPAT MENYELESAIKAN MASALAH...TAPI HASILNYA SEMUANYA MENGUTAMAKAN KEPENTINGAN MASING-MASING.TIADA GUNANYA KITA BERTELAGAH SESAMA KITA KERANA BANGSA LAIN SEDANG TERTAWA DAN MENCARI KELEMAHAN KITA.TIDAKKAH TERLINTAS DI BENAK KITA YANG KITA SEDANG DIPERGUNAKAN OLEH BANGSA LAIN..KONONNYA KITA SEMUA DITINDAS OLEH KERAJAAN BN....ADAKAH INFRASTRUKTUR PENDIDIKAN YANG LENGKAP,SUBSIDI UNTUK NELAYAN,LEBIH DARI 50 PERATUS KUOTA KEMASUKAN BUMIPUTERA KE UNIVERSITI DAN SEKOLAH ELIT,RUMAH PPRT,SKIM PINJAMAN DAN SEBAGAINYA ADALAH GAMBARAN RAKYAT MALAYSIA DI TINDAS???BANDINGKAN DIRI ANDA DENGAN BANGSA MELAYU DI SINGAPURA?????ADAKAH MEREKA MENDAPAT SEMUA YANG KITA MILIKI SEKARANG????ATAU MEREKA HANYA MELUKUT DI TEPI GANTANG DI NEGARA SENDIRI....ISU TIDAK BOLEH MEMAKAI TUDUNG KE SEKOLAH????MELAYU HANYA MAMPU TINGGAL DI RUMAH FLAT?? TIDAK PERLU JAUH LIHAT SAHAJA DI PULAU PINANG BUKANKAH PERNIAGAAN, TANAH, RUMAH BANGLO SEMUANYA DIMONOPOLI BANGSA LAIN......MANAKALA BANGSA KITA HANYA MAMPU MENDIAMI FLAT USANG DAN BERNIAGA SECARA KECIL-KECILAN TIDAKKKAH ANDA SEMUA TERFIKIR YANG KITA JUGA AKAN MENGALAMI NASIB YANG SAMA JIKA NEGARA INI TIDAK DIPERINTAH BANGSA SENDIRI ????? INIKAH YANG ANDA MAHUKAN????