16 February 2009

Bila SPR berfikir macam budak-budak...........

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan jurang tempoh hampir dua bulan berlangsungnya pilihan raya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau dipengaruhi ataupun kerana tekanan Umno dan Barisan Nasional (BN).

Sebaliknya, SPR menjelaskan, bulan Mac tidak sesuai untuk diadakan kedua-dua pilihan raya kecil berkenaan disebabkan pelbagai faktor termasuk keperluan suruhanjaya itu sendiri membuat persediaan.Sambil mengakui ini kali pertama sesuatu pilihan raya kecil diadakan dalam tempoh agak lama, hampir dua bulan sejak wujudnya kekosongan, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, hari pengundian 7 April merupakan masa yang sesuai dan selesa bagi semua pihak.

"Kita ada 60 hari (untuk mengadakan pilihan raya kecil), mengapa tidak menggunakan dengan baik 60 hari dan membolehkan semua orang gembira dan selesa membuat persiapan menghadapi pilihan raya kecil.

"Bulan Mac sebenarnya tidak sesuai kerana faktor keselamatan dan ketegangan serta banyak aktiviti dijalankan bulan depan," katanya beliau kepada mStar Onlinelewat malam tadi.

Mesyuarat penggal kedua Parlimen ke-12 bermula esok.SPR memutuskan tarikh pilihan raya kedua-dua kerusi berkenaan Jumaat lalu.Kedua-dua pilihan raya kecil berkenaan akan diadakan serentak pada 7 April dengan hari penamaan adalah 29 Mac iaitu sehari selepas berakhirnya Perhimpunan Agung Tahunan Umno.

Ketika ditanya sama ada keputusan SPR itu bertujuan memihak kepada Umno dan BN, Wan Ahmad berkata: "Itu tidak betul... ia tidak memberi kelebihan kepada BN, Umno."

"Itu tanggapan tidak betul, bahawa tempoh yang panjang ini memihak kepada BN sahaja, tetapi ia memberi peluang kepada mana-mana parti yang akan bertanding untuk bersedia dan menghadapi pilihan raya (kecil) ini," ujar beliau.

Malah tegas beliau, SPR memutuskan tarikh-tarikh berkenaan bukan kerana adanya tekanan daripada Umno dan BN.

"Faktor untuk mewujudkan keselesaan kepada semua, tidak kira kepada BN dan Umno.

"Semua pihak harus lihat dari sudut positif kerana keputusan SPR memberi kebaikan dan keselesaan kepada semua," katanya.

Beliau mengakui bahawa pihaknya juga mempertimbangkan laporan dalaman bahawa persekitaran semasa di Perak yang agak tegang tidak sesuai untuk mengadakan pilihan raya kecil.

"Suasana di negeri Perak... kita ada maklumat keadaan politik yang tidak stabil dan aktiviti politik yang panas, aktiviti kempen akan meningkat dan boleh mengancam ketenteraman awam kalau betul-betul tidak bersedia," katanya.

Beliau juga mengakui bahawa pihaknya mengambil kira pemilihan dan perhimpunan tahunan Umno hujung bulan depan.

"Kalau orang faham betul-betul... kita hendak semua orang selesa... Umno mengadakan pemilihan parti, jika BN menghadapi dalam keadaan tidak selesa... kita hendak semua parti selesa dan menghadapi pilihan raya dalam keadaan yang tenang," katanya.

Dari segi logistik, jelas Wan Ahmad, pihaknya memerlukan masa untuk melatih pekerja pilihan raya yang 90 peratus terdiri daripada guru. Katanya, sebahagian besar guru terbabit merupakan mereka yang baru diambil bertugas sempena pilihan raya kecil, pekerja-pekerja berkenaan memerlukan latihan secukupnya.

"Pegawai pilihan raya negeri telah meminta agar diberikan masa yang secukupnya untuk melatih mereka, yang akan melalui dua pusingan latihan iaitu latihan teori dan latihan amal sebab ramai pekerja pilihan raya adalah muka baru.

"Oleh itu, SPR juga mengambil kira aspek ini bagi membolehkan mereka menjalankan tugas dengan baik dan penuh keyakinan," katanya.

Kerusi Parlimen Bukit Gantang melibatkan 650 pekerja manakala kerusi Bukit Selambau pula kira-kira 450 orang.

source:mStar online

SPR boleh mengadakan PRK pada 21/3,22/3,28/3,29,4/4,5/4...semuanya tarikh hari sabtu dan ahad tetapi kenapa pilih 7/4?

Kononnya, 60 hari membolehkan semua orang gembira dan selesa membuat persiapan menghadapi PRK adalah alasan yang paling biol. Samada 60 hari,30 hari atau 10 hari orang tak pernah gembira dan selesa menghadapi sesuatu PRK.

Satu lagi alasan yang diberi SPR ialah bulan Mac tidak sesuai untuk diadakan kedua-dua pilihan raya kecil berkenaan disebabkan pelbagai faktor termasuk keperluan suruhanjaya itu sendiri membuat persediaan. Hellooooooo...tugas SPR adalah mengendalikan pemilu atau PRK dan mendaftar pemilih. Itu saja kerja SPR. Pemilu 5 tahu sekali. Pendaftaran pemilih ongoing dan PRK jika keadaan memerlukan. Jadi apakah jadah dibuatnya sepanjang masa ini? Cakap sajalah tak boleh buat bulan Mac,pasai UMNO nak adakan AGM....cukup!

SPR berkata"Pegawai pilihan raya negeri telah meminta agar diberikan masa yang secukupnya untuk melatih mereka....." Helloooo...pegawai pilihanraya ini 99% adalah orang yang sama,nak latih apa lagi? Mungkin SPR nak melatih macam mana nak menipu kot!

Kenapa hari mengundi dibuat pada hari Selasa 7 April 2009? Hari itu bukanlah hari yang sesuai kerana hari Selasa itu "a working day" dan sudah tentu majikan tak akan lepaskan pengundi untuk balik mengundi. Datuk Wan...U punya otak letak kat mana?

SPR boleh cakap apa saja,tapi yang jelas tingkahlaku SPR sememangnya menjadi pak turut UMNO/BN. Alasan yang Datuk Wan bagi tu macam budak-budak sekolah yang masih berhingus........... Pendek kata semua ini adalah diatur untuk memberi advantage kepada UMNO/BN, jangan dok mai kelentong di sini............

cheers.

2 comments:

Anonymous said...

Dalam keadaan sekarang UMNO kena play safe.... dah kalah dua kali dalam PRK sudah. Jadi kalau kalah sekali lagi di mana bakal PM kita nak sorok muka dia?

Anonymous said...

Nak kata apa orang SPR ini semua makan gaji dari gomen tak kanlah depa nak mengigit tangan yang menyuap mereka?