24 February 2009

DUN Batang Ai, Sarawak - pilihanraya kecil..........

Dublin Unting Ingkot ADUN Batang Ai merangkap Timbalan Menteri Sukan dan Petanian bagi negeri Sarawak meninggal dunia jam 1.26 pagi tadi.

Unting adalah Naib Presiden kepada Parti Rakyat Sarawak (PRS). Beliau koma apabila diserang stroke tahun lalu selepas ditemuramah oleh stesen radio tempatan.

Dijangkakan SPR akan mengadakan pilihanraya kecil di Batang Ai selepas 60 hari.

Kerusi DUN Batang Ai terletak dalam bahagian Parlimen Lubok Antu, Sarawak.

ADUN dua penggal itu mempertahankan kerusinya pada 2006 dengan menewaskan calon Parti Nasional Sarawak (Snap), Bawin Anggat.

Perkembangan terbaru ini membuka laluan kepada pilihan raya kecil dalam masa 60 hari memandangkan tempoh mandat semasa kerajaan negeri Sarawak hanya akan berakhir pada Mei 2011.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof ketika dihubungi mengesahkan sudah memperolehi maklumat mengenai perkembangan terbaru ini.

cheers.

1 comment:

Anonymous said...

There was this 2 bukits, then another bukit just wait,wait..

But out of the blue comes this batang,
Batang who.....Batang Ai......

In Perak evely one ready ma..
State election in sight soon
People confuselah which MB ha!
the white one or the black one?
They said white one got cina blood
and the black one got mamak blood

Wah,syiok ma, let two fight,fight
and avely one confuse!!!!

I dont care one,coz I vote the white one ma!!!!!