06 April 2007

Milik siapa rumah RM 60 juta di Perth?....

Sesetengah pemimpin cakap besar …oh anak saya kaya..mereka cakap tentang rumah mereka yang bernilai AUD 25 juta…itu RM60 juta.Sungguh anih mempunyai rumah begitu besar. “Kita mempunyai seorang pemimpin yang pergi jauh ke Perth untuk menghadiri pembukaan ..apa itu…restoran nasi kandar.Antara berada dalam negara ketika malapetaka dan mengendalikan perasmian sebuah restoran nasi kandar ,mana yang lebih penting?Tentulah nasi kandar." - Dr.Mahathir Mohd.

Rumah yang kononnya milik Pat Lah ini terletak Mosman Park, satu kawasan perumahan yang exclusive. Harganya dikatakan bernilai 60 juta RM saja. Menantu Pat Lah pula berkata setakat ini tiada siapa yang berani kata rumah yang didakwa bernilai RM60 juta di Perth,Australia (dimana Abdullah dikatakan sering menginap waktu bercuti di sana) adalah milik Perdana Menteri.

Soalnya tidak siapa pun kata rumah itu rumah Pat Lah,sedangkan Mahathir pun tidak kata begitu,tetapi daripada ucapan Mahathir,seolah2 rumah 60 juta RM itu rumah anaknya,dan Khairy mengaku rumah itu wujud dan ia adalah milik Kamaluddin Abdullah,anak lelaki Perdana Menteri.

Bagi saya,soal milik siapa rumah ini tidak timbul dan saya juga tidak hairan dari mana anak Pat Lah dapat duit sebanyak itu untuk beli rumah ini. Sebagai seorang bapa dan duda pula saya tak hairan kenapa Pat Lah sering bercuti di Australia bersama anak sulungnya itu.

Apa yang saya khuatir,harap2 Pat Lah tidak lupa akan tugas dan tanggungjawabnya dalam menjalankan tugasnya sebagai PM. Jangan pula dok asyik bercuti saja hinggakan soal negara dibiarkan menantunya mengurus bagi pihaknya,dan jika ini berlaku,teruklah Pat Lah ooi.

Rakyat di Malaysia pun ramai tidak memiliki rumah sendiri. Setiap projek perumahan yang dibuka terdiri daripada rumah2 yang bernilai lebih daripada 300,000 ke atas. Rakyat miskin mana mampu beli rumah2 sebegini? Kalau ada projek perumahan mampu milik pun,bukan semua rakyat miskin berpeluang memperolehinya. Sebahagian daripada rumah2 seperti ini akan dimiliki oleh orang2 tertentu yang mempunyai pengaruh politik dengan gomen. Pemilihan siapa dapat rumah2 mampu milik ini dipengaruhi oleh unsur2 politik dan akhirnya yang memiliki rumah2 ini bukan rakyat miskin tetapi orang2 berada,tokoh2 utama parti,ketua2 cawangan,bahagian dan ahli2 JKKK.

Itulah ceritanya Pat Lah ooi... tolong tengok2 samalah masalah rumah,jangan dok asyik syiok bercuti di rumah anak di Perth saja.

cheers.

No comments: