23 April 2007

Jokes baru kat Ijok......

Malam tadi dua orang musuh politik kaum India berbaik semula atas nama nak bagi BN menang mudah. Kehadiran Samy Vellu dan S.Pandithan di atas pentas berkempen untuk calon BN Parthiban membawa berbagai macam tanda tanya? Samy Vellu yang begitu marah terhadap tindakan S.Pandithan yang melancarkan mogok lapar di hadapan pejabat MIC membawa bersama-samanya sebuah keranda kosong melambangkan demokrasi dalam MIC dah mati,telah memecat S.Pandithan pada 1988 lalu. Sejak dari itu kedua-kedua musuh politik ini memang tidak sehaluan,malah sikap angkuh Samy Vellu menyebabkan permohonan parti S.Pandithan,IPF untuk memasukki gabungan BN ditolak mentah-mentah hingga sekarang. Apakah tindakan berbaik-baik semula antara Samy Vellu dan S.Pandithan,akan membolehkan parti IPF,S.Pandithan menyertai BN? atau pun ini hanya satu gimik politik atau drama Samy Vellu? Siapa tak kenal Samy Vellu!!! Selepas ini Samy Vellu nak peluk siapa pula...S.Subramaniam??

Satu lagi drama menarik yang berlaku di Ijok baru-baru ini ialah dengan secara tiba-tiba muncul si-Rosmah Mansor bini Najib Tun Razak,menafikan tuduhan-tuduhan yang dilemparkan oleh pembangkang terhadap suami tersayangnya itu,sambil berkata," saya yakin suaminya adalah seorang pemimpin yang sentiasa menjaga nama baiknya dan keluarga". "Apa yang dia (pembangkang) nak cakap biarlah dia cakap...mereka akan terima balasan dari Tuhan". Em....sejak bila pula si Rosmah teringat kat Tuhan ni??

Sungguhpun ramai pemimpin-pemimpin UMNO-BN begitu yakin akan kejayaan BN di Ijok,tetapi sekurangnya ada juga pemimpin BN lain seperti Dr.Koh Tsu Khoon,pemimpin parti Gerakan yang agak pesimistik terhadap kedudukan BN sambil berkata, “It is a tough fight, we (Barisan Nasional) are up against a big shot (Parti Keadilan Rakyat candidate Khalid Ibrahim)

My bet is 55-45 for PKR. Namun apa-apa pun,peluang PKR merampas Ijok dari BN bukanlah satu joke lagi!

cheers

No comments: