
Hakim Alizatul Khair Osman Khairuddin berkata beliau bersetuju dengan Sulaiman Abdullah, peguam utama bagi Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail, bahawa SPR gagal meyakinkan mahkamah berhubung isu keadaan luar biasa bagi mewajarkan permohonan itu dibenarkan.
Katanya, alasan mengenai implikasi kewangan yang dinyatakan oleh peguam kanan persekutuan Datuk Kamaruddin Md Said, yang mewakili SPR, tidak boleh ditakrif sebagai satu keadaan luar biasa.
"Mengikut undang-undang, menguruskan pilihan raya merupakan tanggungjawab biasa SPR dan suruhanjaya ini tidak merujuk mana-mana undang-undang kes untuk menyokong hujahnya," kata Alizatul.
source:Bernama

Persoalannya siapakah yang lebih berkuasa SPR atau UMNO. Sepatutnya SPR perlu akur dengan keputusan tersebut dan jangan jadi hamba UMNO.
Bukankah UMNO/BN berkata depa sudah bersiap sedia untuk menghadapi pilihanraya kecil DUN Kota Seputeh. Jika benar mereka sudah bersedia, maka kenapa perlu merayu untuk mempertahankan seorang wakil rakyat"kaki ponteng" itu?
Masalahnya di Kota Seputeh tak banyak undi pos seperti di Bagan Pinang. Ini yang merisaukan UMNO.
Seharusnya UMNO/BN sepatutnya rasa gembira kerana dapat menggantikan seorang wakil rakyat yang malas dengan yang baru................
cheers.
No comments:
Post a Comment