30 June 2007

Bila nama anak sulung Tun Razak disebut di mahkamah....

Burmaa Oyunchimeg,sepupu Altantuya Shaariibuu, telah mengamatkan suasana dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi Shah Alam bila mendakwa Altantuya Shaariibuu ada menunjukkan kepadanya sekeping gambar dimana ada sama seorang pegawai Malaysia bernama ‘ Najib Razak’.

Gambar itu dikatakan diambil semasa Altantuya sedang makan bersama Razak Baginda dengan beberapa orang lain.Burmaa mendakwa gambar itu ditunjukkan kepadanya oleh Altantuya di Hong Kong semasa dia kembali dari Peranchis.

Akibat terbongkar kisah itu,pihak pendakwa bermati-matian cuba menghalang nama anak sulung Tun Razak daripada disebut dan diheret ke dalam mahkamah. Apa yang pelik,orang-orang yang sama juga berjanji bahawa mereka akan mengadili kes ini seadil-adilnya,
tanpa melindungi apa-apa fakta dan maklumat.


Budaya menutup,menghalang dan mengampu orang-orang besar dan ternama sudah menjadi amalan gomen kita. Baru-baru ini, pihak gomen telah mengarahkan agar stesen radio dan televisyen milik kerajaan dan swasta supaya JANGAN menyiarkan tentang pembangkang.

Baru-baru ini stesen televisyen swasta, ntv7 menafikan dakwaan parti pembangkang bahawa ia telah menerima arahan supaya tidak menyiarkan komen-komen pihak pembangkang.Sebaliknya berdasarkan kepada surat berikut;sila baca url ini: http://www.malaysiakini.com/others/mcmcletter.html terang-terang pihak gomen membohongi rakyat tentangnya.


Begitulah seterusnya dalam kes-kes lain,sama ada pasal lebuhraya tidak selamat,makmal sains yang bumbungnya sering runtuh atau pasal siling bocor,soal temberang,menyalahkan pihak ketiga dan menipu rakyat sering dibuat kerana gomen berpegang kepada motto "the gomen is always right".
Bukankah arahan-arahan dan amalan-amalan sebegini merupakan satu bentuk diskriminasi terhadap rakyat dan parti-parti pembangkang?

Sampai bila anda rakyat sanggup bertahan dengan perangai gomen kita begini?

cheers

27 June 2007

Eric Chia bebas...rakyat terbeliak biji mata....

"Bekas Pengarah Urusan Perwaja Steel Sdn Bhd (Perwaja Steel), Tan Sri Eric Chia Eng Hock, semalam dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan pecah amanah RM76.4 juta pada 1994." Berita Harian 27 Jun 2007.

Berita kebebasan Eric Chia daripada tuduhan rasuah terpapar luas dalam media massa kita dan puncanya adalah kerana pihak pendakwa tidak dapat menggemukakan bukti-bukti material yang kukuh bagi membabitkan penyamun ini dalam kes rasuah berprofail tinggi tersebut.


Bagi saya,betulkah pihak pendakwah tidak memperolehi bukti-bukti material yang cukup lagi kukuh untuk mendakwa penyamun ini? Dari aspek perjalanan kes ini,jelas nampak usaha yang dilakukan oleh pendakwa tidaklah seserious mana. Bukti-bukti yang diperolehi semuanya boleh dipertikai dan mudah ditepis oleh pihak pembela.


“Saya ke Perwaja setelah Dr. Mahathir Mohamad meminta saya berbuat demikian. Pada 1988, beliau berkata saya perlu balas budi kepada negara ini,” katanya. Balas budi macam mana?...
mungkin dengan melidungi orang-orang yang menyuap nasi kepadanya dulu? atau sebaliknya ?

Apa yang saya dapat andaikan,bahawa kes rasuah Eric Chia memang dirancang demikian bagi mengwujudkan satu situasi win-win bagi pihak gomen dan juga penyamun tersebut. Dengan melemahkan strategi pendakwaan,maka banyak tahi-tahi dalam tong taik gomen tidak meleleh keluar,orang-orang atas ternama tidak perlu datang ke mahkamah untuk beri keterangan dan dengan cara demikian kelemahan gomen dapat dilindungi.


Malah,Datuk Seri Anwar Ibrahim(DSAI) sendiri pernah satu ketika membuat laporan kepada BPR dan pihak polis berhubung dengan kes Eric Chia ini dan beliau menawarkan diri untuk menjadi saksi pendakwa sekiranya dipanggil. Mengapa dan kenapa pendakwa tidak subpina DSAI sebagai saksi utamanya menjadi tanda tanya. Mungkin kehadiran DSAI sebagai saksi pendakwa akan membuka lebih banyak pekong di dada gomen dan dengan demikian tangan-tangan ghaib dan orang-orang yang terlibat dibelakang rasuah ini terpaksa didedahkan.


Seyogia diingatkan bahawa ketika Eric Chua masih menjadi Pengarah Perwaja Steel dahulu,dia adalah orang sangat berpengaruh dan kaya raya. Dalam keadaan begini ramai orang-orang politik khusus daripada UMNO/BN akan terhutang budi kepadanya atas sumbangan-sumbangan yang diberi untuk memastikan gomen ini terus memerintah. Adakah keputusan mahkamah itu satu rahmat bagi penyamun-penyamun lain yang siang malam berdoa agar mereka tidak diheret ke muka pengadilan? atau satu hadiah mengenangkan jasa-jasa dari penyamun ke penyamun?


Saya bukanlah ahli nujum,tetapi tidakkah anih bagaimana mudah wang berbilion-bilion boleh lesap di depan mata dengan begitu mudah sekali? Wang ini adalah wang rakyat dan rakyat harus tahu ke mana perginya wang tersebut.

Adilkah mahkamah menjatuhkan hukuman 2 tahun penjara bagi seseorang yang mencuri 50 sen dari orang lain,sedangkan penyamun yang sapu duit rakyat berbilion banyaknya boleh dibebaskan mahkamah atas alasan tidak cukup bukti dan penyamun pula sambil tersenyum riang berkata,
“Kebenaran menang jua akhirnya. Umpama mencampur air dengan minyak. Selepas seketika, air akan berada di atas dan minyak akan tenggelam,”

Persoalannya di sini siapakah air dan siapa pula minyak? Renung-renunglah.....


cheers.

25 June 2007

Bila Menteri kita ada PR Australia,lafaz taat setia kpd.Malaysia......

Sambutan hari merdeka ke-50 sedang ligat diator oleh gomen dengan berbagai propagandanya melalui akhbar dan media massa. Rakyat digalakkan untuk mengambil bahagian dalam berbagai aktiviti yang ada kaitan dengan kemerdekaan ini, dan salah satu aktiviti yang telah dijalankan kelmarin ialah acara tarian muhibah beramai-ramai anjuran Caucus for Chinese Leaders dan pertubuhan wanita NGO untuk mencatat rekod dalam Malaysian Book of Records yang dirasmikan oleh bini anak sulung Allahyarham Tun Abdul Razak dan Ketua Wanita MCA,merangkap Timbalan Menteri Kewangan Dr.Ng Yen Yan. Aduhai,sakan punya genjok!!!

Tetapi tahukah anda bahawa YB Dr.Ng Yen Yan ini juga merangkap Ketua Wanita MCA ini mempunyai status PR Australia. Yang aneh disamping melafazkan taat setianya kepada DYMM Agung,sebelah kaki satu lagi memijak rapat di bumi Australia. Taat setia kelas ke berapa in? Kalau ini bukan satu sandiwara,apakah jadahnya??


Sedar atau tidak,hampir 70% daripada anak-anak pak menteri dan mak menteri kita menghantarkan anak-anak mereka ke luar negeri untuk mendapatkan pelajaran,sama ada ke Australia,New Zealand,UK dan USA. Mereka mahukan semua rakyat menghantar anak-anak mereka ke sekolah di negara ini tetapi kerana apa mereka pula hantar anak-anak mereka ke luar negara? Mungkin mereka ada duit banyak dan mampu berbuat demikian atau tidak yakin dengan sistem pendidikan Malaysia?

Anak aku semua bersekolah di kampung,al-maklumlah aku ni bukan kaya macam Samy Vellu atau jutawan macam Ananda Krishnan. Walaupun aku ada duit lebih sikit daripada orang lain tapi aku tak pernah lupa daratan. Aku tak pernah terbang ke London,New York atau Melbourne untuk berdarmawisata tiap-tiap tahun. Cukup sekadar bermakan angin di Kodiang,Taman Tasik Titiwangsa dan Batu Ferringgi.

Sungguhpun pena aku ini tajam mengkritik gomen,namun jiwa dan raga aku masih taat kepada negara aku MALAYSIA, ada baik sikit daripada YB.Dr.Ng Yen Yan dan bukan seorang hipokrit macam.......
faham-faham sajalah.

cheers.

24 June 2007

Legasi Alleycats dalam kenangan.....

Pada awal Jun ini Loganathan Arumugam penyanyi utama Alleycats telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya.

Kebolehan Loga meniup flute dan percussion di samping menyanyi dengan nada suara yang merdu bersama-sama abangnya David Arumugam dengan gaya rambut afro mereka dan ucapan terima kaseyyyyyyy...merupakan identiti dan trade mark Alleycats tersendiri yang menjadi ikutan ramai muda mudi pada era itu.


Kumpulan Alleycats sememangnya merupakan satu-satunya kumpulan paling popular pada awal tahun 80'an dan masih mendapat sambutan yang hebat hingga sekarang. Kejayaan Alleycats menempa nama dalam arena lagu-lagu Melayu menunjukkan bahawa lagu-lagu Melayu sememangnya mendapat tempat yang istemewa di kalangan masyarakat bukan Melayu.

Lagu-lagu seperti Sampaikan Salam,Sekuntun Mawar Merah Sebuah Puisi,Andainya Ku Pergi Dulu,Suara Kekasih,Layang-layang Terputus Talinya,Seribu Bintang,Setahun Sudah Berlalu,Kerana,Luka Lama Terguris Kembali adalah diantara beberapa buah lagu yang sangat dan masih digemari ramai hari ini dan sering kedengaran berkumandang dicorong-corong radio.


Sebagai seorang yang telah melalui zaman ini,minat saya kepada lagu-lagu Alleycats juga tiada tolak bandingnya dan antara lagu-lagu yang paling saya gemari adalah,Sampaikan Salam,Setahun Sudah Berlalu, Seribu Bintang,Andainya Ku Pergi Dulu dan Gerimis Senja. Lagu-lagu ini membawa satu nostalgia kenangan zaman remaja yang saya lalui penuh onak dan duri.

Kepada David dan Alleycats saya ucapkan takziah atas pemergiannya itu. Let me share your sorrow through the following lyrics from your evergreen,Andainya Ku Pergi Dulu....

"Andainya engkau pergi dulu sebelumku
Mestikah aku hidup melara

Andainya engkau tiada lagi di sisiku
Mestikah aku kecewa

Ku percaya kau selalu di sisiku
Walaupun jasadmu tiada
Walau dimana kau berada
Kasihku takkan berubah"

cheers....terima kaseyyyyyyyyyyyy!

15 June 2007

Happy Birthday to my son and his spouse...

Today is my son's birthday and tomorrow its his wife's birthday. Seldom do you come across couples having their birthdays on the same day or just a day apart. Probably one in a thousand. They are blessed with a cute daughter...yes my comel cucu wan... that goes by the name of Syasya...
who,whenever I ask her to call me Wan..she
finishes her sentence with...TWO...IGA !!!

Whatever,it is,I hope they will live happily ever after,bringing up and showering Syasya with all the love and care that she needs.


HAPPY BIRTHDAY MY CHILDREN.

cheers.

Antara Sharifah Armani dan Britney Spears......


Dulu orang ramai tidak suka kepada orang yang kepalanya botak. Malah dalam filem-filem Melayuwood watak yang botak itu dikaitkan dengan watak jahat,pembunuh,pencuri dan perogol.

Dalam filem-filem Hollywood pula pelakon botak yang paling terkenal ialah Yul Brynner. Namun demikian watak-watak yang di lakonkan oleh Yul Brynner ini ada sebagai penjahat dan ada juga sebagai hero. Begitu juga dengan Telly Savalas dan Ving Rhames, yang memegang watak Kojak,seorang dektektif berkepala botak di kota metropolitan New York.


Salah satu tradisi orang-orang Melayu adalah untuk menyimpan rambut dengan berbagai gaya. Ada yang gemar rambut lebat,panjang dan kerinting. Ada yang sanggup bayar berpuluh-puluh ringgit untuk kerintingkan rambut yang lurus dan juga yang belanja beratus-ratus ringgit untuk meluruskan rambut yang kerinting,tak kira lelaki atau perempuan.Ada pula yang mewarnakan rambut berbagai-bagai colour serta disental dengan mousse dan gel untuk merapikan lagi rambut mereka.
Dengan rambut yang lebat di atas kepala,berbagai bentuk,rupa dan gaya direka demi menjaga identiti dan personaliti seseorang itu.

Stail rambut yang digila-gilakan dulu adalah stail rambut P.Ramlee,dengan remos yang tinggi di depan dan disisinya disikat lurus ke belakang. Budaya menyimpan sikat rambut di dalam saku menjadi ikutan muda mudi,hinggahlah ianya digantikan dengan handphone kemundiannya.
Kemundian muncul stail rambut afro ala Bob Marley atau David Arumugam dan seterusnya hinggalah sekarang bila membotakkan kepala itu pula kini dianggap sebagai satu gaya moden yang tersendiri.

Sekarang ini ramai bintang-bintang Hollywood,Bollywood dan Melayuwood dah " go botak" dan yang aneh sekali artis-artis wanita juga dah terikut-ikut stail botak ini...macam Britney Spears dan Sharifah Armani.
Bila Sharifah Amani Syed Zainal Rashid, membotakkan kepalanya,berlakulah ribut taufan yang kecil yang menarik perhatian orang ramai dengan gambar-gambarnya terpapar muka hadapan akhbar-akhbar tempatan. Tindakannya itu juga telah mengundang teguran-teguran daripada Mufti-mufti kita.

Apakah tindakan Sharifah Armani itu semata-mata untuk mendapatkan publisiti murahan macam Britney Spears,yang akhirnya di masukkan ke dalam hospital sakit jiwa seketika,atau sebaliknya? Terpulanglah kepada anda semua untuk membuat interpretasinya masing-masing.

Aku pun dah hampir botak tapi itu natural kerana usia.....


cheers

14 June 2007

Universiti Malaya kena lelong....

GUOCOLAND (Malaysia) Bhd, a property developer controlled by Tan Sri Quek Leng Chan, has made a bid to relocate University Malaya from Petaling Jaya to Sepang, sources said yesterday.As part of the plan, GuocoLand will then own the land in Petaling Jaya and develop it into a commercial and residential township. The proposal is based on a private finance initiative.A company source said such a development is estimated to have a gross development value of RM10 billion.GuocoLand officials declined to comment on the plan.If the bid is approved, the development in Petaling Jaya will complement GuocoLand's planned RM1.2 billion Damansara City development project.GuocoLand is registered in Singapore, the property developer recently announced plans to invest US$5.4 billion in China -Business Times, June 12 2007

Laporan berita Business Times di atas,seandainya benar,bererti Universiti Malaya yang penuh dengan sejarah itu akan berpindah ke tapak baru di Sepang. Aku pun hairan kenapa gomen kita ini tak habis-habis nak gadai atau jual tanah-tanah utama kepada syarikat-syarikat Singapura? Aku nak tanya Pat Lah,bekas graduan Univeristi Malaya,gomen hang tak sedaqkah konspirasi ini yang mungkin berpunca dari orang2 Tingkat 4 di Jabatan you(Jabatan Perdana Menteri)?

Motif sebenar transaksi ini boleh kita lihat seperti mana yang dijelaskan oleh Dr.Syed Husin Ali. Katanya, “Apparently, the plan aims to kill two birds with one stone, one, to maximise profits from the development of the present university site and, two, the sale of these bungalows and villas to university staff, which it would otherwise face great difficulty to dispose of.Presumably, it hopes to sell these to the university staff, if it succeeds in relocating UM.”

Universiti Malaya sudah lama wujud sebagai gedung ilmu ulung yang penuh dengan sejarah dan tradisi keilmuannya. Ramai pemimpin2 negara adalah anak didik universiti tersebut dan jika benar mereka(gomen) restu perpindahan ini bererti mereka(gomen) rela korbankan maruah negara demi mengaut keuntungan berjuta-juta.

Aku 104% TIDAK sokong dengan langkah itu.....bak kata Dr.Syed Hussein lagi,“Universiti Malaya and Lembah Pantai are one, the same and inseparable. There should be no attempt to separate them, especially if entirely for commercial purposes that will enrich only a handful few who are already extremely rich.”

cheers.

09 June 2007

Selamat Pengantin Baru Pat Lah.....

Pat Lah cakap "a woman completes a man" dan berpegang pada kata itu hari ini,Sabtu,9 Jun 2007 Pat Lah menamatkan zaman dudanya.

Minah(Jeanne Abdullah) yang dipilihnya itu tak lain tak bukan,"ex-girlfriendnya dalam diam2 tulah" ketika bini pertamanya masih bersamanya.
Jeanne ni bekas bini adik Allayarhammah Hendon,yang telah bercerai 20 tahun lalu dan ada 2 orang anak.

Dengar cerita Allayarhammah Hendon dah bagi "greenlight" lama daaaah... Kisah romance Pat Lah dah lama tersebar luas,tapi Pat Lah cuba menafikannya...tulah Pat Lah ooi..bangkai badak sumbu nak ditutup dengan rambut palsu Samy Velu cam mana!!! lambat laun orang terhidu juga jawabnya.


Tapi..oklah Pat Lah,sekurang-kurang Pat Lah berani cerita kat orang ramai,bukan macam si dia tu yang dalam diam pergi ke Port Dickson dengan penyanyi yang top seketika dulu dan kena tangkap basah tapi diselamatkan oleh......


Aku nak ucapkan selamat pengantin baru kepada Pat Lah dengan bini baru dia dan kalu U rasa tak larat,pukoi-pukoi mai talipon boleh aku nak kasi nasihat. Sebagai hadiah hari pernikahan U saksikan videoclip2 ini...
http://www.youtube.com/watch?v=GUxO88nd7us&mode=related&search=
http://www.youtube.com/watch?v=M32jy2XlAa0&mode=related&search=
http://www.youtube.com/watch?v=787cEyXBRTQ&mode=related&search=
http://www.youtube.com/watch?v=k66epna2Sss

Selamat Pengantin Baru..........

cheers.

04 June 2007

Need a break....


Soli, need a break now.....coz my head is cracking !!

See U around soon.

cheers.

Indelible ink,how true can it be?.....

The usage of indelible ink in elections, has finally reached the Malaysian shore.The Election Commission (SPR) finally decided on it. The usage of indelible ink in elections will in a way help prevent multiple voting, and deters the possibility of ‘pengundi hantu’ waking up from their graves to cast their votes illegally.

However doubts whether it can implemented immediately remains uncertain,based on what the EC chairman said. The Election Chairman, Abdul Rashid Abdul Rahman said, “In principle, yes, the commission has agreed to the proposal pending further research on two issues.”

The two issues are whether there is a need to amend the relevant legislation such as the Election (Conduct of Elections) Regulations 1981 and the material (ink) to be used in implementing the proposal. With regard to this ,the EC Chairmann has this to say,
“If the need to amend the law arises, then it will takes time (to implement the proposal). If we can, we will do it in the coming general election, otherwise it will be later.”

However,according to rumours,UMNO,MCA and Gerakan are against such
move.

The time has come for the whole electoral system to be overhauled and be made more transparent, if the Election Commission wants to gain the confidence of the rakyat and be respected as an independent body. However other mitigating issues like the postal votes, excessive
expenditures, equal access to media are not address.


I still have doubts about it and such changes are not going to happen soon.
At least,for now,the pengundi hantus will still have their chance to wakeup from their graves to vote.

cheers.

03 June 2007

Bila kes Razak Baginda dibuka,si anak Razak pula cam mana?...

Pada 4 Jun 2007 ini bermulalah perbicaraan kes pembunuhan, Altantuya Shaariibuu. Altantuya Shaariibuu adalah part-time model yang boleh bertutor dalam berbagai bahasa. Altantuya Shaariibuu ditembak mati dan mayatnya diletupkan hingga berkecai di kawasan Puncak Alam. Pembunuhan ini dikaitkan dengan penganilisa politik A.Razak Baginda,bersama-sama dua orang pegawai pengiring kanan si anak Razak,orang ke-2 terkuat dalam gomen Malaysia.

A.Razak Baginda dikatakan menjalinkan hubungan intim selama 8 bulan dengan Altantuya dan pernah bersama-samanya di Hong Kong, Shanghai, Singapura, France dan Kuala Lumpur pada tahun 2004 and 2005.

Kes high profile ini menarik minat orang ramai di dalam dan luar negara.
Adalah dipercayai bahawa Altantuya Shaariibuu memainkan peranan sebagai seorang juru bahasa dalam pembelian senjata dan kapal selam di antara Kementerian Pertahanan dengan sebuah syarikat Perancis.

Kes pembununhan berunsur politik ini sudah akan menjadi satu lagi kes sesnsai yang mungkin menentukan nasib masa depan si anak Razak kita.

Sama-samalah kita tunggu dan lihat prosidingnya dan berharap mahkamah kita bersikap adil. Jangan jadi macam mahkamah kangaroo yang mengadili saudara Anwar Ibrahim dahulu sudah.

cheers.