18 November 2009

Bekas ADUN Kota Siputeh Fail Rayuan..........

Bekas Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Kota Siputeh Datuk Abu Hassan Sarif hari ini memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan kerusi itu kosong dan beliau tidak lagi wakil rakyat kawasan itu. Abu Hassan memfailkan notis rayuan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada 1.35 tengah hari melalui peguam yang mewakilinya Datuk Mohd Hafarizam Harun.

Salinan notis rayuan itu akan diserahkan kepada peguam yang mewakili Speaker Kedah Datuk Dr Abdul Isa Ismail dan Pejabat Peguam Negara, kata Mohd Hafarizam semasa dihubungi di sini hari ini.

Semalam, Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin, semasa membenarkan semakan kehakiman oleh Abdul Isa, memutuskan kerusi itu kosong berikutan kegagalan Abu Hassan menghadiri dua sidang dewan pada tahun ini. Berikutan keputusan itu, Abu Hassan dari Barisan Nasional, dilarang menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah hari ini.Mahkamah juga memerintahkan pilihan raya kecil diadakan bagi kawasan Kota Siputeh yang terletak dalam kawasan Parlimen Jerlun di Kedah.

source:bernama

Ini sekoq Adun UMNO yang bodoh. Dah tau peraturan DUN,kalau tak hadir 2 kali berturut-turut tanpa sebab,speaker boleh isytihar kerusinya kosong. Dia berani,mungkin Adun ini rasa kerana dia orang UMNO dia boleh buat ikut suka hatinya.

Inilah akibat UMNO yang selama 50 tahun tak pernah menjadi pembangkang,tiba-tiba bila jadi pembangkang,mereka jadi tak tentu arah macam orang mabuk todi. Mungkin Adun UMNO ini merasakan Mahkamah Rayuan akan memihak kepadanya seperti keputusan yang dibuat di Perak. Bukankah mahkamah rakyat itu lebih bermakna?

Nampaknya Adun ini nak jadi Adun pilihan mahkamah seperti 3 Adun katak dan seorang MB pilihan mahkamah di Perak........

cheers.

1 comment:

Anonymous said...

Memang bodoh pun Adun-adun UMNO bukan nak buat kerja tapi setakat nak balun duit saja.