cheers.
nasi kandaq kedai mamak, anak mami juai pesemboq, lepaih baca jangan dok syiok, kalu-kalu SB jengok kot dapoq...
05 October 2010
PKR boleh diterima jika......
Rencana di bawa aku petik daripada Aspan Alias blogspot,nampaknya menarik.....Pakatan Rakyat mampu berkuasa selepas pilihanraya umum yang akan datang jika perkara-perkara dan elemen-elemen penting dapat diketengahkan. Saya lebih bermaksud untuk memberi teguran kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam tulisan saya kali ini. Saya secara peribadi melihat PKR mesti memberikan keutamaan kepada beberapa perkara pokok didalam menghadapi pilihanraya umum yang akan datang. Ramai khuatir jika PKR merasakan parti itu mendapat sokongan dalam pilihanraya yang lalu adalah kerana sokongan kuat rakyat kepada parti itu kerana kekuatan parti itu. Jika itu pandangan pucuk pimpinan PKR maka itu merupakan pandangan dan penerimaan yang agak salah.
Rakyat telah menerima parti-parti dalam PR adalah semata-mata kerana kemarahan rakyat terhadap UMNO dan sekutu-sekutunya dalam BN dan sesiapa sahaja yang diletakkan oleh PKR didalam pilihanraya itu mendapat undi rakyat. Kesangsian mereka kepada BN terlalu tinggi maka parti alternatiflah menjadi pilihan mereka. Tetapi jika PR mahukan mandat rakyat untuk berkuasa kali ini PKR terpaksa menurunkan calun yang baik, setidak-tidaknya calun yang bernama dan mempunyai sedikit sebanyak pengalaman politik. PKR tidak lagi boleh meletakkan calun sembarangan seperti yang berlaku semasa pilihanraya yang lalu. Oleh kerana kemarahan rakyat yang memuncak maka rakyat memberikan undi kepada calun-calun PKR yang tidak berkebolehan dan elok dipandang orang ramai.
Tetapi jika PKR masih mengekalkan calun-calun yang menang dikalangan mereka yang diambil secara tangkap muat dulu maka PKR tidak akan sampai hajat dan cita-cita untuk menjadi parti yang berkuasa selepas PRU yang akan datang. Kali ini PKR memang sebuah parti yang diminati oleh ramai orang maka kali ini memilih calun yang boleh dibawa ketengah wajib dilakukan. PKR mesti lakukan seperti yang dilakukan oleh DAP dan PAS. Parti-parti DAP dan PAS merupakan parti-parti yang serius, maka itulah sebabnya mereka diwakili oleh ramai pemimpin yang berkaliber tinggi dan tidak seperti calun-calun PKR. Orang ramai banyak yang beranggapan yang ‘personality’ pemimpin Melayu PKR jauh lebih berkurangan jika dibandingkan dengan ‘personality’ pemimpin-pemimpin PAS dan DAP.
Saya telah pun menyentuh sedikit sebanyak tentang isu ini seminggu dua yang lepas apabila saya membuat kenyataan yang jika PKR NS telah menurunkan seorang dua calun yang berkaliber dalam pilihanraya yang lepas PKR dan PR memang sepatutnya telah menguasai kerajaan NS. Tetapi keadaan semasa itu menyebabkan ramai yang tidak berminat untuk bertanding kerana mereka tidak menyangka yang PKR dan PR mampu untuk memenangi 14 kerusi Dewan Undangan Negeri walaupun calun-calun PKR dipilih secara tangkap muat sahaja. Kali ini jika diturunkan juga beberapa orang yang lemah yang menang kerana tsunami politik BN dulu, maka saya percaya PR khususnya PKR belum tahu lagi akan mencapai matlamat menubuhkan kerajaan Negeri. Mereka akan hanya dipilih semula oleh rakyat jika berlaku tsunami pilitik diNS kerana tidak ada perubahan kepada kepimpinan UMNO dan BN NS.
PKR dan siapa juga sedang memerhatikan apa yang berlaku didalam kepimpinan UMNO NS. Seandainya UMNO NS boleh mencadangkan seorang tokoh baru yang diyakini maka PKR akan susah untuk menyaingi imej penampilan didalam PRU nanti. Tetapi jika UMNO NS tidak nampak serius untuk mencari seorang tokoh yang tidak terlibat dalam rasuah dan salahguna kuasa maka PKR/PR mungkin boleh membawa kemenangan. PKR sepatutnya mengambil kesempatan dalam pemilihan diperingkat Cabang dan Pusat kali ini untuk memilih tokoh-tokoh yang terbaik dari ramai yang baik itu. Perubahan dalam PKR bukan sahaja patut berlaku diperingkat cabang-cabangnya, tetapi juga diperingkat pusat bagi menaikkan imej parti itu dipandangan rakyat yang akan mengundi.
Diperingkat pusat Zaid Ibrahim telah memberikan pilihan untuk jawatan kedua tertinggi kepada parti dan ini merupakan penawaran yang sangat baik bagi parti itu untuk menjadi parti yang kuat dan bukan lagi parti yang dikuasai oleh segelintir pemimpin yang rapat dengan kelurga Anwar Ibrahim sahaja. Mahu tidak mahu kita mesti akur kepada kenyataan yang hakiki; jika sesebuah parti itu diwujudkan kerana kekecewaan seorang dua pemimpin diatas kesilapan mereka sendiri, parti itu tidak akan kekal relevan dalam jangka masa yang panjang. Jika hakikat ini dapat diterima, insyaallah PKR akan menjadi relevan kerana kewujuddan parti itu adalah diatas dasar perjuangan yang baik.Jika parti dipergunakan untuk Azmin Ali sahaja maka PKR tidak akan menjadi parti untuk orang ramai tetapi ianya akan menjadi parti untuk Anwar Ibrahim sahaja. Saya ada sikit-sikit intuition didalam saya; saya rasa jika Wan Azizah ada sedikit peluang utuk menzahirkan perasaan sebenar yang ada didalam jiwanya, saya merasakan beliau akan memilih Zaid Ibrahim. Tidak ada sesiapa yang memberitahu saya tetapi oleh kerana lamanya diri saya ini menghampiri politik maka saya ada sedikit pengalaman untuk membaca naluri pemin wanita yang tahan lazak ini. Saya selalu sebutkan yang saya boleh ‘menyelam air dalam tunggak’. Saya percaya jika ini dapat dibaca oleh ahli-ahli PKR maka tidak mustahil kemenangan akan berada dipihak Zaid Ibrahim didalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden PKR November ini.
PKR masih boleh memperbaikki keadaan. PKR patut belajar dari kesilapan dalam UMNO kerana pemimpin tidak boleh dipilih dengan bebas kerana banyak halangan yang diletakkan oleh mereka yang berkuasa. Didalam UMNO apa-apa ‘arbitration’ tidak boleh dibawa kemahkamah dan UMNOlah satu-satunya pertubuhan dalam negara maju dan sedang membangun dimana masalah ‘arbitration’ tidak boleh dibawa kemahkamah diatas alasan takut perpecahan dalam parti. Carilah dimana-mana negara jika ada pertubuhan tidak boleh pergi kemahkamah jika kedapatan masalah pelacuran keadilan.
Belajar dari kesilapan orang lain adalah cara pembelajaran yang terbaik. Tetapi jika PKR masih hendak belajar melalui kesalahan dan pengalama mereka sendiri, terpulanglah kepada mereka. Saya hanya setakat memberikan pandangan sahaja. Saya tidak pun ahli kepada parti itu. - aspan alias
source:aspanaliasnet.blogspot.com
Nasihat ini berguna dan ambillah iktibar darinya.......
cheers.
04 October 2010
Anwar waves his magic and and thrills European audiences....

I have had to come all the way to Brussels and Berlin to discover a side of Anwar Ibrahim that I was wrong about.
Reading the Barisan Nasional-owned newspapers that consistently portrayed him as a “traitor to Malaysia” who exaggerated the situation obtaining in the country given half a chance, I have, I must admit, tended to view him as a self-serving political demagogue who could not care less about the fate of his country as long as he achieved his ambition of becoming prime minister.
Anwar spoke last Monday evening (28 September 2010), on “Liberal Values in the Muslim World – Why Islam and Democracy are Destined to Coincide” to a packed hall of some of Europe’s powerful decision makers. These were men and women with wide international experience and could not be easily hoodwinked even if he had tried. It was vintage Anwar, perfect smooth as silk delivery of a complex, serious subject to a critical audience. He knew his stuff. His was more than a speech; it was an intellectual journey mapped out by someone who knew the area traversed like the back of his hand.
There he stood, under the spotlight, his charming and quietly confident self as always, speaking without a note for a full hour. Earlier in the day, when he said to me he had to go back to his hotel room to give his speech the once over, I told him half in jest that he could make his speech standing on his head. He did just that and more. He successfully won the audience over with his argument, supported by historical antecedents and more recent examples that completely demolished the conventional wisdom in non-Muslim circles that Islam and democracy were somehow incompatible bed fellows. He challenge the unfounded belief that it was against the order of nature for Islam to embrace democracy as seriously flawed because of the underlying assumption that Muslims, unlike others, were not born free to exercise their democratic rights.
As I sat listening to the prime minister Malaysia never had, thanks to Mahathir the Maverick, and who might yet take the country by storm, Anwar, I mean, not Mahathir, I could not help thinking how utterly sad and absurd for Najib, whose articulation of his 1Malaysia slogan invariably finishes in a cul-de-sac, offering his services to Obama to help bring about greater understanding of Islam, the religion of peace, among the majority American non-Muslims. My dear fellow, charity begins at home.
The only Malaysian politician, who can, without making a fool of himself, stride the world stage with the right combination of strong intellectual credentials and honesty, is not to be found within the serried ranks of the BN, but in the person of Anwar Ibrahim, Malaysia’s iconic liberal democrat. As I saw here in Brussels, he had the European parliamentary leadership, figuratively speaking, eating out of his hands. Many have already put the champagne on ice; they clearly see this victim of a rotten political system as the next man to lead the country.
For all our sakes, I hope they are right. Malaysia needs a thorough overhaul and Najib whom we need like we do a great big hole in our head is unlikely to understand the dynamics of change for the great leap forward. Even if he understands the urgent necessity for change, would he be allowed to by the reactionary forces with the party ever so gingerly as the prospect of a palace coup remains a distinct possibility? He is not only busy watching over-sized baggage, but also his back with the sort of loyal friends he has had foisted on him. There simply isn’t much time for anything else while the ship of state springs more leaks by the day.
I was asked by a senior European Parliament bureaucrat over coffee what the Pakatan Rakyat coalition’s priorities would be on taking over the federal government? In brief, I said revamp institutions of state that have been virtually destroyed and have, in many cases, been rendered dysfunctional, overhaul policies, systems and procedures that have tended to divide rather than unite Malaysians, pay special attention to economic policies centred on orderly growth and sustainable development, and generally to put things right and undo the excesses and abuses of that began under Mahathir so that democratic principles and practices may have a real chance of taking root. A tall order but with fairness, and integrity grounded in the rule of law, God willing, we will get there.- Tunku Abdul Aziz
source:mySinchew
cheers.
Parang-wielding robbers rob Rasah MP.......

Rasah MP Anthony Loke was rudely awakened early this morning by five parang-wielding robbers who broke into his Seremban home and tied him up, along with his elderly parents.
The 4am incident took place after the robbers cut through the front door lock, and awakened the occupants by switching on the lights.
“They barged into my bedroom and switched on the lights. They pounced on me and tied me up. My mother and father, who are in their 70s and were sleeping in another room, were also rudely awakened and brought into my room,” Loke said.
“They spent about 30 minutes ransacking my house,” he said. The robbers, he added, took away about RM3,000 in cash, a television set, his laptop, Blackberry and liquor. Loke estimated his total losses to be RM10,000.
(Ahli parlimen Rasah, Anthony Loke dikejutkan awal pagi ini oleh lima perompak yang bersenjatakan parang di rumah teres dua tingkatnya di Taman Yoon Chan, Seremban. Beliau dan dua ibubapanya yang uzur kemudiannya diikat.
Loke yang dihubungi Malaysiakini berkata, kejadian 4 pagi tadi itu berlaku apabila perompak berkenaan memotong mangga pintu depan.
“Mereka masuk dan ke bilik sya dan menghidupkan suis lampu. Mereka kemudiannya dengan terus mengikat saya. Ibu bapa saya yang berusia dalam lingkungan 70an yang sedang tidur di bilik bersebelahan juga dikejutkan dan perompak mengarahkan mereka ke bilik saya.
“Mereka menghabiskan kira-kira 30 minit untuk gelidah rumah saya,” katanya.
Menurut ahli parlimen DAP itu, perompak berjaya melarikkan RM3,000 wang tunai, televisyen, komputer peribadinya, blackberry dan beberapa botol arak.
Loke berkata kerugian ditaksirkan berjumlah hampir RM10,000.
"Ibu saya kemudian berjaya melepaskan dirinya. Dia kemudiannya membebaskan saya dan ayah saya," katanya.
Loke berkata sejurus dibebaskan beliau membuat laporan polis di ibu pejabat polis Seremban.
Katanya, beliau terkejut dengan kejadian berkenaan kerana kawasan perumahannya dianggap sebagai kawasan yang selamat. Namun Loke berkata beliau berpendapat rompakan itu tidak bermotifkan politik.)
source:malaysiakini
cheers.
03 October 2010
UMNO Penang kata haram, Mama Bik kata tidak.....
UMNO kata wang ehsan warga mas Pulau Pinang adalah haram,kononnya berpunca daripada hasil judi. Pak Cik dan Mak Cik di bawa sibuk memulangkan balik wang RM1oo itu.....

Kalau haram pasal apa Mama Bik, bini PM 1Malaysia,merangkap Presiden UMNO terima sumbangan daripada pusat judi 1Malaysia, Genting Sdn. Bhd.?......

Bukankah PM merangkap Presiden UMNO, Najib Tun Razak yang meluluskan lesen judi ini, itu tak haramkah?.....

termasuk judi bola, yang ditarik balik baru-baru ini..

mana para ustaz dan mufti UMNO, tolong komen mai......

Kalau UMNO cakap semua wang termasuk RM100 haram, maka, gaji dan elaun yang diterima wakil-wakil rakyat,menteri,TPM dan PM UMNO juga adalah haram.....
Alahai UMNO meroyan lagi !!!!!!!
Ini adalah jawapan Najib 1Malaysia ketika menjawab soalan ahli parlimen dari Rasah iaitu YB Loke.....
“untuk makluman Yang Berhormat, buat masa ini, hasil daripada aktiviti perjudian adalah dikategorikan sebagai hasil cukai kepada kerajaan... bagi semua hasil daripada bayaran cukai ia akan dimasukkan ke dalam akaun Hasil Disatukan sama seperti semua hasil kerajaan yang lain dan digunakan untuk tujuan belanja mengurus dan pembangunan negara.”
Maksud Najib ialah, hasil cukai negara telah bercampur aduk dari yang halal kepada yang haram. Jadi apakah perbezaannya antara dua kerajaan ? Mungkin Azhar,Reezal Merican dan penyamun2 UMNO Penang ni dah buta perut kot?
cheers.
02 October 2010
Mahukah Ku Li menggalas tanggungjawab di N45 Galas....
Soalan siapa akan mengetuai jentera pilihan raya BN semasa kempen di dewang undangan negeri Galas terus menjadi teka-teki apabila pemimpin veteran Umno yang dipertanggungjawabkan tugas itu, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, beliau belum berkata 'ya ataupun tidak'. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Selasa lalu mengumumkan bahawa Tengku Razaleigh telah bersetuju memikul tugas itu, tetapi ahli parlimen Gua Musang - hari ini pada halaman Twitter - menafikan perkara itu."Rakan, rakan, saya tidak berkata ya ataupun tidak. Saya akan menjelaskan berhubung Galas apabila saya pulang ke Malaysia,” tulisnya pada jam 6.35 waktu tempatan.
Tengku Razaleigh kini berada di Ireland, bagi melawat universiti di mana beliau mendapat pendidikannya - Queen's University di Belfast. Beliau dijadualkan pulang pada 9 Oktober ini. Namun pada awalnya, tidak dapat dipastikan sama ada Tengku Razaleigh merujuk kepada pengumuman kenyataan Muhyiddin atau cadangan dari pihak lain yang beliau dilantik sebagai pengarah pilihan raya BN.
Bagaimanapun, gambaran semakin jelas, apabila seorang daripada pengikutnya mengemukakan soalan di Twitter kepadanya: "Harap maaf Tengku, tetapi kenapa TPM asyik berkata bahawa anda telah persetujui? Bukan sekali tetapi hampir setiap hari.”
Menjawab soalan itu, Razaleigh menyerahkan perkara berkenaan kepada Muhyiddin dengan berkata beliau belum memberi sebarang persetujuan berhubung jawatan berkenaan.
"Itu, kita kena tanya beliau. Saya setakat ini belum membuat sebarang kenyataan,” jawab Razaleigh.
Baca 'Tengku Jangan Terperangkap Untuk Kali Ketiga' di sini.
Baca 'Tengku Razaleigh-berguna masa terdesak, dilupakan setelah selesa' di sini.
Read 'Tengku Razaleigh and Galas' here.
(The question of who will lead BN's campaign during Galas by-election appears to be in limbo, following an apparent denial by Umno stalwart Tengku Razaleigh Hamzah that he had taken up the job. Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin had said on Tuesday that Tengku Razaleigh had agreed to the task, but the latter appeared to have denied this on his Twitter page."Dear friends, I have not said yes or no. I will clarify regarding Galas once I'm back in Malaysia," he wrote at 6.35pm, local time.
Razaleigh is currently in Ireland, visiting his alma mater Queen's University in Belfast. He is expected to return on Oct 9. It is unsure if Razaleigh was referring to Muhyiddin's announcement, or proposals by certain quarters that he be made BN's by-election candidate.
However, the picture gets slightly clearer when one of his followers on Twitter asked him:
"No offence Tengku, but why does the DPM keep on saying you already agreed? Not once but almost everyday."
To that, Razaleigh threw the ball back into Muhyiddin's court when he revealed that he has not agreed to any postion.
"That we must ask him. I for one have not said anything," Razaleigh replied.
Razaleigh, better known locally as Ku Li, has been mooted to spearhead the BN campaign in Galas due to the continued loyalty shown by Gua Musang's constituents towards him. He was also voted in as MP when he was the leader of Semangat 46, a splinter party from Umno, during the 1990 and 1995 general elections.
Razaleigh's posting on Twitter has also caught his aides off-guard when they too had assumed that the nine-term MP had accepted the position.
"He wrote this? Are you sure he wrote it?" exclaimed an aide close to him when contacted for clarification.)
source:malaysiakini

Selama ini UMNO ketepikan Ku Li,tak beri apa-apa peranan walaupun pengalamannya lebih banyak daripada Najib atau Mahyuddin. Tapi,tiba-tiba Mahyuddin pandai-pandai pula melantik Ku Li sebagai pengarah PRK Galas. Nampaknya Muhyiddin cuba lari dari tanggungjawabnya apabila menghulurkan jawatan itu kepada Tengku Razaleigh.
Lebih baik Ku Li tolak saja tawaran itu, sebaliknya jadi calon PAS untuk menentang UMNO di Galas, dan biarlah Najib dan Mahyuddin ternganga......
cheers.
01 October 2010
Najib says only BN can rule Malaysia,Poooorah....
PM Najib Razak has reminded the people that the country’s development programmes and people’s welfare will be adversely affected if the Barisan Nasional (BN) government loses the power to rule.Therefore, he said, the people must use wisely their voting power in the elections.
“We should remind ourselves that ‘if the calamansi loses its fragrance’ (taken from rocker Ramli Sarip’s song rendered earlier at the function)... if we lose our power, even noble projects can be rejected outright.
“Let’s not allow history to repeat itself (referring to the result of the 2008 general election). We have the choice to change,” he said in his address at a dinner organised by the Poverty Eradication Foundation (YBK) here last night.
Najib also expressed regret over the rejection by the Selangor government of YBK’s plan to build a Universiti Teknologi Mara (UiTM) campus in Serendah.
“My dream is to see the YBK site to still be developed even if the project is not a UiTM campus. It can be developed to help the poor. But this can materialise if Selangor is ruled again by BN,” he said.
source:malaysian insider
(Najib reminded the people that the country’s development programmes and people’s welfare will be adversely affected if the BN government loses the power to rule.) Pooooorah, macamlah tak ada orang lain boleh jadi pemerintah!!! Tengok Kelantan, 30 tahun di bawah PAS, rakyat tak compaint pun.... Kini Penang,Selangor dan Kedah kerajaan di bawah Pakatan Rakyat lebih baik daripada gomen BN dulu, yang dok complaint adalah ahli2 UMNO yang hilang mata pencarian mereka dan kini dok gila meroyan.........
(Najib also expressed regret over the rejection by the Selangor government of YBK’s plan to build a Universiti Teknologi Mara (UiTM) campus in Serendah.) Pooooodah, sebenar Najib punya kroni dan penyamun2 UMNO tak akan dapat habuan setelah permohonan YBK direject padan muka!!!!............
Najib juga kata,minta nak guna itu dan ini di Selangor semuanya ditolak. Apa kurang dengan gomen BN Selangor dulu dan kerajaan pusat sekarang? Kalau pembangkang minta guna PWTC untuk bermesyuarat atau Mesjid Negara bagi program2 dakwanya, sanggupkah Najib membenarkannya?
Pikiaq2 mai Najib ooi.....hang tu PM........
cheers.
UMNO tipu warga emas pasal RM100 wang ehsan.....

Lebih 40 warga emas hari ini memulangkan semula wang ehsan yang diberikan kerajaan negeri Pulau Pinang kepada mereka selepas berasa curiga dengan sumber wang tersebut. Seorang daripada mereka, Saidin Chik, 72 berkata dia bertindak demikian selepas mendengar laporan media bahawa wang ehsan itu dipercayai datang dari sumber tidak halal.
"Pak cik terima wang RM100 dalam tahun ini, bila dengar di televisyen dan baca di akhbar yang wang berkenaan dari sumber judi, terus rasa sebak dan terkilan dengan kerajaan negeri.
"Kami tiap-tiap hari melakukan ibadat tiba-tiba dapat duit dari sumber haram dan gunakannya untuk perbelanjaan...apa jadi dengan amalan kami, kerajaan negeri tak patut buat macam ini," katanya kepada pemberita di Kepala Batas semalam.
Saidin dan kumpulan warga emas tersebut sebelum itu menyerahkan wang berkenaan kepada Setiausaha Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Azhar Ibrahim untuk dikembalikan kepada kerajaan negeri. Saidin yang juga seorang imam di Pulau Mertajam di Kepala Batas berkata semua mereka bertindak demikian atas kerelaan hati. Seorang lagi penerima Rosnani Mohd Rashid, 62, berkata dia berasa lega dapat memulangkan semula wang itu dan berharap kerajaan negeri tidak mempermainkan rakyat terutama orang Islam dengan memberikan sumbangan yang berasal dari sumber haram.
Saad Akbar, 77, dari Kuala Muda pula berkata sekalipun kerajaan negeri menafikan umat Islam diberi sumbangan daripada sumber tidak halal, dia tetap berasa curiga. Sementara itu Azhar yang juga ADUN Penaga berkata Umno menganjurkan majlis ini selepas diminta oleh warga emas sekitar kawasan parlimen Kepala Batas yang mahu memulangkan wang ehsan berkenaan."Bukan Umno yang suruh mereka (warga emas) bagi balik duit berkenaan sebaliknya mereka yang hubungi saya untuk minta pulangkan wang itu kerana tidak sanggup guna wang dari sumber haram," katanya. Azhar juga berkata lebih ramai warga emas akan berbuat demikian dalam masa terdekat dan pihaknya akan mengumpulkan semua wang tersebut sebelum menyerahkan kepada Pemuda Umno Pulau Pinang untuk dikembalikan kepada ketua menteri Lim Guan Eng.
Media baru-baru ini melaporkan Pemuda Umno negeri sebagai mendakwa kerajaan Pulau Pinang menggunakan sumbangan sebuah syarikat perjudian sebagai wang ehsan kepada warga emas negeri itu. Dakwaan itu berdasarkan sepucuk surat yang dikeluarkan Pejabat Ketua Menteri kepada Pengurus Besar Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang, Leow Khin Ming berhubung baki sumbangan cek bernilai RM500,000 untuk program tersebut. Dalam kenyataannya selepas itu, Lim yang mengakui menerima sumbangan tersebut berkata ia digunakan bagi program membasmi kemiskinan tegar, bukan untuk penghargaan warga emas. source- Bernama
Baca 'Toke judi kembalikan wang judi' — Khalil Idham Lim' di sini.
Baca 'Umno Pulau Pinang Lebih Islamik?' di sini.
Baca 'Warga emas pulang wang 'haram' hanya sandiwara' di sini.
Baca'BOMOH BUAT DUIT LAGI' di sini.
source:malaysiakini

UMNO juga menerima berbillion ringgit daripada Berjaya Toto, Genting, Magnum 4-D, lumba kuda Da Ma Cai dan lain-lain, kenapa Azhar dan Rizal Merican tak buat heboh? Duit dalam poket kita tu pun tak tahu datang daripada punca mana haram atau halal, tapi kenapa UMNO tak persoalkannya?
Semua kaki tangan kerajaan yang di bayar gaji dan elaun,duitnya datang dari kumpulan wang yang di satukan dengan wang judi, riba, arak, jualan babi dan sebagainya. Bukankah gomen UMNO/BN yang meluluskan lesen judi?
Kalau nak pulangkan duit kenapa nak bagi kat UMNO,bagi saja kat Guan Eng atau wakilnya? Ini publisiti murahan ala UMNO!!!!
Azhar dan Reezal Merican janganlah jadi hipokrik! Macamlah hampa tak pernah makan duit judi........
Sementara itu, mengulas perkara yang sama, bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin pula berkata wang yang diterima daripada bantuan kewangan kerajaan yang hasilnya diperolehi dari sumber perjudian adalah tidak haram.
“Rakyat yang mendapat bantuan kerajaan tersebut tidak haram. Sebabnya mereka bukan berjudi, mereka mendapat bantuan atas kemiskinan mereka.Transaksi itu atas bantuan, bukan atas judi,” katanya. Menurut Dr Asri, kesalahan ditanggung oleh kerajaan dan syarikat judi.
“Sama dengan mereka yang mendapat gaji dari kerajaan atau penjual yang menjual makanan lalu dibayar dengan wang judi. Wang itu halal kerana dia tidak berjudi tetapi berniaga makanan.”
cheers.
Subscribe to:
Posts (Atom)