18 June 2009

Nizar - Got to rely on 5 minute oral judgement when filing an appeal.........

Bukit Gantang MP Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin today lamented that the Court of Appeal had yet to release its written judgement after reversing the High Court ruling that he was the legitimate Mentri Besar of Perak.

"Pakatan Rakyat is thus forced to submit an appeal to the Federal Court on the status of the Perak Mentri Besar based on the Court of Appeal's "five-minute oral judgment".

"The Court of Appeal had made a quick decision to reverse the High Court's ruling which found me to be the legitimate Mentri Besar.

"The Court of Appeal had promised to produce the written judgment in seven days after the hearing on May 22 and my lawyers had also sent three letters to get the written judgment so that we can file our appeal.

"(But) until today, we have not received anything and we have to submit our application latest tomorrow as the 30-day deadline for appealing to the Federal Court expires on Monday.

"How are we going to frame our questions without the written grounds of judgment? he asked, adding that PR would appreciate if the written grounds of judgment from the Court of Appeal had been produced quickly.

"I have difficulty reading what was in the minds of the (Court of Appeal) judges when they gave me a five-minute oral judgment," he told reporters in Parliament lobby today.

On allegations that his show of protest during his swearing-in ceremony as MP on Monday was an act of hooliganism, Nizar said: "There are more Barisan Nasional MPs who acted rowdy, including insulting their female colleagues.

"I had only chanted Hidup Rakyat (long live the people) Bubar DUN (dissolve the state assembly). Was that an act of hooliganism?" he asked.

source:the Sun

Meanwhile, Chief Justice Zaki Tun Azmi said that a judge who finds difficulty in making a decision as soon as possible is not a good judge.

He said one of the factors in considering the ability of a good judge was how up to date he was with his grounds of judgement, and trial judges should make their decisions as early as possible and thereafter write their grounds of judgement.

He said the delay whether in commencing a case, calling for defence, making the decision at the end of trial or writing grounds of judgement, may cause injustice.


So what do you call a judge who promise a written judgement after 7 days, suddenly failed to fulfill his promise?

Maybe, the judge couldnt come out with a concrete ground of judgment on the status of the Perak Mentri Besar case.

cheers.

17 June 2009

Nasharuddin, tak payah tidoq sebantal,dakap UMNO terus..........

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa timbalan presidennya Nasharudin Mat Isa meninggalkan parti itu dan meletakkan ahli parlimen Bachok jika masih ingin kerajaan perpaduan.

"Isu kerajaan perpaduan bukannya datang daripada PAS, ia adalah lontaran (idea) peribadi. Perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam kertas sebagai agenda PAS mahupun dalam kertas Pakatan Rakyat.

"Kalau benar Nasharuddin nak setuju (dengan kerajaan perpaduan) lebih baik dia masuk Umno, letak jawatan timbalan (presiden PAS) dan di Bachok.

"Apa buat sampah, menyusahkan," menteri besar Kelantan dipetik berkata selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Kota Bharu hari ini.

Nik Aziz diminta mengulas kenyataan Datuk Seri Mohd Najib Razak semalam yang yakin terhadap keikhlasan PAS berhubung cadangan tersebut seperti yang dicetuskan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini, lapor Bernama.

Kenyataan tokoh ulama PAS ini yang paling keras pernah dikeluarkan selepas menuduh beberapa pemimpin atasan PAS yang bersetuju dengan idea tersebut sebagai "boneka Umno."

Khamis lalu, mengulas isu kerajaan perpaduan yang semakin bercelaru dalam PAS susulan kemunculan semula isu tersebut ketika muktamar awal bulan ini, Nik Aziz berkata:

"Saya tak boleh lari daripada keputusan Muktamar PAS di Ipoh tahun lalu... keputusannya ialah menyokong Pakatan Rakyat.

"(Yang sokong) perpaduan ini boneka Umno, terang dan jelas.

"Suara sumbang dari PAS untuk buat kerajaan perpaduan ini adalah boneka Umno."

Dalam kenyataannya hari ini, Nik Aziz dilaporkan berkata "beliau kesal dengan pendirian Nasharuddin kerana PAS Kelantan menerimanya sebagai calon di parlimen tersebut" pada pilihanraya umum 2008.

Menurut agensi berita itu lagi, beliau juga berkata PAS dan Pakatan Rakyat kini "telah masuk perangkap Umno" berhubung isu berkenaan sehingga menimbulkan pecah-belah dalam kalangan mereka.

"Orang Umno sekarang ini sedang berpesta kerana PAS sedang berpecah dan Pakatan Rakyat sedang berpecah," katanya.

Beliau juga dilaporkan berkata jika agenda kerajaan perpaduan itu benar-benar ingin dijadikan satu realiti, BN seharusnya melantik pemimpin daripada gabungan pembangkang untuk jawatan menteri.

"Kalau semua setuju...PAS jadi menteri, DAP jadi menteri dan Keadilan jadi menteri," katanya.

source:malaysiakini

Cadangan Tuan Guru tu bagus sekali. Since, Nasharuddin terlalu gian sangat nak bentuk kerajaan perpaduan, tak payahlah melibatkan PAS. Elok Nasharuddin mohon masuk UMNO terus.

Lepas itu kalau Nasharuddin anak jantan, letak jawatan sebagai MP Bacok dan bertanding atas tiket UMNO. Tentu brother Najib akan calon Nasharuddin sebagai calon UMNO dan bertanding dalam PRK Bacok nanti.

Kalau Nasharuddin menang dia bolehlah bawa PAS join UMNO tapi kalau kalah, nyatalah dalam PAS dia seorang saja yang dok galak nak berdakap dengan UMNO.........

cheers.

UMNO nak tidoq sebantal,kena ajak PKR & DAP sekali.......

Perbincangan mengenai kerajaan perpaduan antara PAS dengan Umno akan melibatkan juga dua lagi rakan kongsinya dalam Pakatan Rakyat, kata setiausaha agung PAS.

Jika Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Razak tidak bersedia dengan syarat terbaru itu, "kami tidak akan mengadakan perbincangan dengan Umno," kata Datuk Mustafa Ali.

Kenyataan PAS ini dilihat sebagai usaha meredakan bantahan daripada PKR dan DAP yang sebelum ini menyatakan idea tersebut tidak pernah dibangkitkan dalam mesyuarat gabungan pembangkang dan juga menolak saranan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Bantahan terhadap cadangan kerajaan perpaduan juga muncul dalam PAS, khususnya Mursyidul Amnya Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Mustafa mengumumkan sikap terbaru PAS dalam satu sidang media khas bagi menjawab kenyataan Najib, yang juga perdana menteri, semalam yang menyatakan beliau percaya parti Islam itu ikhlas untuk berbincang.

source:malaysiakini

Baca di sini dan sini.

Sementara itu laporan daripada mStar online menyebut bahawa Datuk Nik Abduk Aziz Nik Mat menggesa Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa keluar parti itu dan sertai UMNO ekoran isu perbincangan kerajaan perpaduan PAS-UMNO-BN.

Sama-sama kita tunggu reaksi daripada Naj......oooops.......
Nasharuddin Mat Isa, maksud aku!

Satu lagi berita hot daripada mStar online ialah tentang gomen mengharamkan 39 laman web dan blog. Baca di sini, mana tahu U all punya blog atau website terlibat.

cheers.

Najib dan Nasharuddin Mat Isa setuju tidur sebantal..........

Sekarang giliran Najib pula mendendangkannya. Najib mengatakan beliau melihat PAS ikhlas dalam cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan seperti yang disuarakan oleh presiden parti itu Hadi Awang.

Katanya, beliau melihat PAS ikhlas dalam cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan seperti yang telah disuarakan oleh Abdul Hadi.

Ditanya sama ada beliau yakin dengan cadangan itu, Najib berkata ini adalah satu titik permulaan tetapi beliau perlu juga melihat terlebih dahulu bentuk kerjasama yang sesuai antara kedua-dua parti itu.

"Kita kena risik-risik dulu. Macam kita nak kahwinlah, kena risik-risik dulu. Jadi tak jadi, kita tengoklah. Takdir menentukan, apa bentuk kita tak tahu lagilah.

"Kita tengok pada bentuk kerjasama yang sesuai. Selepas itu, kita boleh bincang. Tak ada masalah," katanya.

Perdana menteri berkata beliau tidak menolak sebarang kerjasama yang boleh memberi kebaikan untuk negara.

Nasharudin Mat Isa menyifatkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berhubung kesediaan Umno untuk bekerjasama dengan dengan PAS sebagai perkembangan serius menyelesaikan isu-isu nasional.

Nasharudin berkata, PAS mengalu-alukan maklum balas Perdana Menteri dan beliau akan memaklumkan perkara itu kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kini berada di luar negara.

"Respons ini adalah kali pertama secara agak serius daripada Perdana Menteri dan saya akan bawa kepada Presiden.

"Kita sedia berbincang dengan sesiapa sahaja dan sudah tentu kita tidak akan tutup ruang sedangkan kita ada peranan yang boleh dimainkan untuk membantu negara ini," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Berhubung kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang menyifatkan mana-mana ahli PAS yang menyokong cadangan kerajaaan perpaduan sebagai boneka Umno, Nasharuddin berkata:

"Kalaulah ada persepsi cadangan kerajaan perpaduan untuk bawa PAS masuk Umno dan BN, saya katakan tidak ada sebarang niat (ke arah itu)."

Meanwhile ,former PAS vice-president Husam Musa said that if Umno is so keen on pursing ‘unity talks’ with PAS, it should not contest in the upcoming Manek Urai by-election. “What is the point of having ‘unity talks’ and yet wanting to fight against us?”

“If Umno is sincere, the first thing they have to do is not contest against PAS (in Manek Urai). But I don’t believe Umno is ever sincere.

“If they are serious about ‘unity talks’, the onus is for the top leaders of both parties to work out a no-contest situation. If that cannot be done, how can the ‘unity talks’ resolve bigger issues?”

Betoikah Najib kata PAS ikhlas? Nampak Najib begitu teringin sangat nak PAS masuk BN untuk perkukukhkan kedudukan UMNO sebagai parti orang Melayu. PAS pula janganlah terperangkap dengan janji manis UMNO. Biaq pi seekoq dua barua yang ada...kalau depa nak sangat masuk UMNO biaq depa masuk saja.........

cheers.

16 June 2009

Adnan Yaakob dulu kini dan selama-lamanya..........

Zaid Ibrahim who recently joined PKR, was responding to Pahang Menteri Besar Adnan Yaakob who alleged that the former law minister was corrupt. This is what he wrote in his blog........

Adnan Yaakob, Menteri Besar Pahang, sering membuat tuduhan yang berat dan menghina terhadap saya. Ada orang memberitahu saya yang dialah yang menyokong kuat supaya saya dipecat dari UMNO dulu. Saya tidak pun kenal atau ada-apa hubungan dengannya.

Tak pernah saya minta apa-apa dari nya atau pun berselisih faham. Saya juga tidak terlibat dalam apa-apa kes penyelewengan tanah atau balak di Pahang. Jadi hairan juga dari mana timbul kebenciannya yang begitu meluap terhadap saya.

Hari ini akhbar the New Straits Times menyiarkan kenyataan Adnan bahawa saya ini musuh dalam selimut UMNO sejak dulu atau pun “wolf in sheep’s clothing”. Agaknya bagi orang macam ini, sesiapa juga dalam UMNO yang mahu membuat perubahan seperti menghapuskan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa serta menghapuskan undang-undang zalim seperti ISA, maka dia adalah musuh kepada UMNO.

Dia juga merungut bahawa UMNO/BN telah banyak memberi habuan kepada saya sehingga saya menjadi kaya. Semua tuduhan ini dibuat kerana saya masuk Parti Keadilan Rakyat. Tak apalah. Peguam saya akan menghubungi beliau dalam masa yang terdekat ini.



Bila pemimpin UMNO nak memalukan saya atau marah tentang sesuatu pendirian saya, mereka sering kali berkata saya ini kaya kerana UMNO. Dan saya telah sering kali menjelaskan saya tidak kaya dan UMNO tidak membuat saya kaya. Tetapi tuduhan ini terus berulang.

Jadi saya ingin cadangkan supaya kerajaan declassify atau buang peruntukan Akta Rahsia Rasmi (Official Secrets Act) supaya semua rekod kontrak kerajaan dan projek serta saham yang diberi oleh kerajaan (UMNO) kapada semua Menteri, bekas Menteri, Menteri Besar dan pemimpin UMNO yang lain serta ahli keluarga mereka dapat didedahkan kepada orang ramai.

Ini saja cara rakyat boleh tahu siapa kaya dan siapa tidak, dan kalau kaya dari mana punca dan sumber kekayaan tersebut. Saya harap pemimpin UMNO terutamanya yang selalu membuat tuduhan liar terhadap saya setuju dengan cara ini.

Saya teringat semasa Pak lah mencadangkan supaya Menteri-Menteri isytihar aset dan pendapatan mereka, saya turut mencadangkan kepada Pak Lah supaya borang deklarasi itu dipermudahkan mengikut contoh borang yang digunakan oleh kerajaan Australia supaya tidak terlalu susah diisi. Tapi kita semua maklum cadangan itu tidak dapat dilaksanakan kerana bantahan dari pemimpin kanan UMNO. Jadi usah tuduh dan memburukkan orang lain kecuali kita sendiri sanggup terbuka untuk memberi peluang kepada rakyat membuat penilaian terhadap pemimpin mereka.

Selagi pemimpin-pemimpin UMNO bergelumang dengan penyelewengan dan rasuah, dan mengajak rakyat benci-membenci antara kaum, tak usahlah mereka buang masa memburukkan orang lain yang berusaha menjalin perpaduan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.

source: myzaidibrahim.wordpress.com

cheers.

15 June 2009

LK Yew berjinak-jinak dengan gomen PR...............


Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew membuat kunjungan bersejarah ke Kelantan dan bertemu dengan rakan sejawatnya dalam PAS iaitu Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Lee yang turut disertai oleh anggota kabinet Singapura menemui Nik Aziz di pejabat Menteri Besar Kelantan, Kota Darul Naim.

Mereka bertukar-tukar fikiran di samping bertanya khabar antara satu sama lain. Fokus utama Lee nampaknya adalah apa akan berlaku kepada rakyat berbilang kaum di negara ini jika parti Islam itu memerintah.

Nik Aziz menjelaskan, PAS akan menjadi pembela kepada semua kaum kerana itulah slogan PAS iaitu "PAS untuk semua".

Rasa ingin tahu Lee mungkin sejak akhir-akhir ini semakin menjadi-jadi ekoran kemenangan besar PAS bersama rakannya dalam Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum lalu.

Tambahan pula Umno sejak akhir-ahkir ini dilihat semakin hilang pengaruhnya. Muktamar PAS baru-baru ini pula semacam mengambil pendekatan untuk PAS memimpin perubahan bersama Pakatan Rakyat.

Kata Nik Aziz, rakyat pelbagai bangsa di negara ini akan mendapat layanan sama rata dari pemimpin PAS sekiranya parti itu menguasai negara pada masa akan datang.



Pada masa yang sama, hubungan antara kerajaan dengan Republik Singapura juga akan berjalan baik sebagaimana biasa walaupun negara pada waktu itu ditadbir oleh pemimpin yang mentadbir secara Islam.

Jaminan yang diberikan Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan itu diberikan apabila Lee mahu mendengarnya sendiri dari mulut pemimpin utama PAS itu sekiranya PAS menguasai pucuk pimpinan negara pada masa akan datang sempena lawatan rasminya hari ini ke negeri itu.

Nik Aziz memberitahu, contoh harmoni yang dilaksanakan terhadap masyarakat minoriti di negeri ini seperti Cina dan India serta lain-lain bangsa sudah cukup menjadi bukti.

Katanya lagi, kehadirannya ke rumah ibadat masyarakat Buddha sebelum ini termasuk menerima rombongan pemimpin pelbagai agama termasuk Kristian di negeri itu juga turut menjadi bukti dasar hubungan baik dan mesra menurut Islam telah diamalkan oleh parti Islam itu di negeri berkenaan hampir 20 tahun lalu.

source:the malaysian insider

Dia dah tahu usia UMNO sebagai pemerintah Malaysia dah tak lama, bukankah prophesy R.A.H.M.A.N berakhir dengan huruf N? Jadi dia kenalah berjinak-jinak dengan PR.......

Baca di sini, sini dan sini.

cheers.

13 June 2009

Give sand get bridge,but we have been giving them water....

Lee Kuan Yew has expressed guarded optimism for future cooperation between Singapore and Malaysia, after four days of meetings with top leaders in Kuala Lumpur. He found members of the Malaysian Cabinet solidly behind Prime Minister Najib Razak's new policy of cooperation with Singapore.

Mr Lee impressed on the Malaysian leaders that such cooperation must be long-term and across the board as massive investments are involved.

The two iconic projects that Prime Minister Lee Hsien Loong and Datuk Seri Najib agreed to cooperate on when they met in Singapore last month, are the Iskandar Malaysia economic zone and a third bridge from Changi to Desaru in east Johor.

The final balance of outcomes must also be fair on both sides, MM Lee said.

For Singapore, it does not make sense to cooperate on the third bridge if Johor does not lift its ban on the export of sand to the Republic, which has been in place since 1997, he said.

'The third bridge from Changi, it's for technical discussions. It does not make sense to us if at the same time, they punish us by making us barge sand from Vietnam.

'It's no benefit to them; it's just to cause us extra losses. So if it is cooperation, it must be across the board and the final balance must be fair on both sides and not just in specific, selective areas.'

source: the straits times

Najib thinks that building a third bridge on the eastern side of Johor is something worthwhile and Singapore is quite keen. According to Najib with the third bridge, Malaysia can develop the whole of eastern Johor up to Mersing and onwards to Desaru.

But,building this third bridge comes with a price, as Lee Kuan Yew put it, "you give us sand we will cooperate" And Najib must be a damn fool if he agrees.

Najib must play his card well not to be fooled by the Singaporeans, unless big Mama gives her blessing its another story to tell.

Heran bin ajaib dalam tempoh tak sampai sebulan hubungan Malaysia dan Singapura mekar. Setelah lawatan Najib ke Singapura,datang pula sifu mereka untuk kecek Najib untuk jual pasir semula. Malah dalam suasana seloroh ugut "kalau nak jambatan ke-3, jual lah pasir kepada kami" Wow sakan betul sifu mereka, sampai sifu kita,Mahathir pun terpegun tak terkata apa.

Fikir habis-habis Najib ooi, dah air kita bagi dengan harga konsesi yang paling murah termetrai perjanjiannya sampai tahun 2061 dan 2062. Depa dapat air dengan harga termurah,rakyat kita menderita kerana pihak-pihak berkuasa air nak naikkan harga. Masa itu Najib masih ada lagi atau tidak, allahu a'alam

Johor provides 350 million gallons of water per day to Singapore at $0.007 per 1000 gallons, while Singapore has to resell a minimum 17 million gallons per day of treated water to Johor at $0.13 per 1000 gallons.

Ingat jangan jadi bodoh macam pemimpin-pemimpin UMNO dulu yang beri air dengan harga yang paling murah dan buat perjanjian ibarat selagi ada bulan dan matahari. Jangan jadi kera di hutan disusukan,anak dibuaian mati kelaparan.

Read here.

cheers.

12 June 2009

Kerajaan perpaduan - Hadi letak syarat;Tok Guru pula menyifat mereka 'boneka UMNO'.........

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang membangkitkan semula idea kerajaan perpaduan dalam ucapan dasarnya di Muktamar Tahunan Pas ke-55, minggu lalu, kini mengenakan syarat kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) jika mahu meneruskan perbincangan dengan parti itu.

Antara syarat itu ialah kerajaan BN perlu bersedia melaksanakan pemulihan terhadap demokrasi negara, sistem kehakiman, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kebebasan media.

Bagaimanapun beliau enggan menyatakan sama ada Pas akan bersetuju meneruskan perbincangan, khususnya dalam isu kerajaan perpaduan, jika kerajaan BN mematuhi syarat ditetapkan.

Sementara itu, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membidas lagi pemimpin parti itu yang mempertahankan saranan membentuk kerajaan perpaduan dengan menyifatkan mereka "boneka Umno".

Beliau juga dilaporkan tidak bersetuju dengan kenyataan Datuk Mustafa Ali, hari ini dilantik setiausaha agung PAS, supaya semua pemimpin parti itu dan Pakatan Rakyat berhenti membuat kenyataan umum berhubung isu tersebut bagi mengelak kekeliruan.

"Saya tak boleh lari daripada keputusan Muktamar PAS di Ipoh tahun lalu... keputusannya ialah menyokong Pakatan Rakyat.

"(Yang sokong) perpaduan ini boneka Umno, terang dan jelas.

"Suara sumbang dari PAS untuk buat kerajaan perpaduan ini adalah boneka Umno," Nik Aziz dipetik berkata selepas meraikan rombongan guru fardu ain dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di kediaman rasminya di Kota Bharu hari ini.

Nik Aziz berkata jika ada pihak yang memperkatakan mengenai kerajaan perpaduan, lapor agensi berita itu lagi, "ia sebenarnya adalah ilham Umno".

sumber:Bernama.

Baca di sini dan sini.

cheers.