11 October 2007

Peniup wisel dihukum,pesalah dilindung.....

Hampir 3 minggu berlalu,panel penyiasat Video Lingam masih meraba memikirkan bagaimana siasatan video tersebut hendak dilakukan.
Setakat ini panel ini hanya merayu agar mereka yang terlibat tampil ke hadapan bagi memberi keterangan. Helooo,sibiul mana yang sanggup datang ke depan untuk berbuat demikian?

Apa yang panel perlu buat ialah siasat video itu daripada aspek teknikalnya,iaitu dengan cara menganalisa gaya dan suara percakapan orang yang dikatakan VK Lingam itu dan ini boleh dilakukan dengan mudah dengan menggunakan pelbagai teknologi moden masa kini. Jangan dok harap sesiapa akan sua muka mereka di depan panel.

Apa yang jelas sekarang ialah VK Lingam dan KHN yang dikatakan terlibat dalam video tersebut mendiamkan diri,seolah "they are guilty". Mungkin depa dah terasa kepanasan tersebut kini sedang menyucuk punggung mereka.

Kini,2 ahli PKR yang telah diberi kata-dua oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) supaya mendedahkan sumber klip video perbualan peguam Datuk VK Lingam, akan mengetahui nasib mereka hari ini. Sekiranya mereka tidak menyatakan siapakan peniup wisel yang terlibat dalam pengambilan video Lingam itu mereka akan dikenakan hukuman penjara 2 tahun dan denda RM10,000,kerana melanggar Seksyen 29 (c) Akta Mencegah Rasuah 1997.

Ini menunjukkan betapa jahilnya sistem perundangan kita yang menghukum peniup wisel sedangkan pesalah pula dilindung secukup-cukupnya.

Saya nak tanya saudara/ri, apakah orang dalam gambar-gambar di bawah ini merupakan orang yang sama?

Your guess is as good as mine.


Gambar 1994



Gambar 2002






Gambar 2002



Gambar kini









(gambar2 ehsan Malaysiakini)



cheers.

10 October 2007

Getting closer to God in space.....

Malaysian astronaut Sheikh Muszaphar Shukor said he hopes to get closer to God when he ventures to the stars this week during the Muslim holy month of Ramadan.The voyage was "a small step for me but definitely a great leap for the Malaysian people," he told a news conference conducted from behind a glass screen to prevent pre-launch infection."To be close to God's creation - I will feel more spiritual and I do hope to come back and share all my feelings with other Muslims all over the world," he said. -Malaysiakini.

My dear Sheikh Muszaphar Shukor,you need not go to space to be close to God. Probably Islam Hadari thought you so. God is always there for you,no matter where you are.

You are the first Malaysians to step into space but not the first muslim to do so.

Anyway I wish you a happy journey.......

cheers.

09 October 2007

Angkasawan atau "Space Participants"......

Angkasawan Malaysia yang terpilih menyertai misi Soyuz TMA-11 Rabu ini bakal diterbangkan dengan kapal angkasa esok. Tahukah anda bahawa program angkasawan negara itu merupakan persetujuan timbal balik pembelian 18 jet pejuang Sukhoi SU-30 MKM bernilai RM3.4 bilion dari Rusia yang ditandatangani pada 5 Ogos 2003. Dan berapakah jumlah timbal balik pembelian yang dibayar gomen untuk program ini? - RM 95 juta !

RM 95 juta bukanlah sikit,sebaliknya kita boleh guna wang tersebut untuk membantu gulongan miskin bagi mendapatkan rumah kos rendah atau membantu pelajar-pelajar miskin yang tidak mampu untuk belajar di IPTA dan IPTS.

Tahukah anda bahawa angkasawan kita ini berstatus 'Space Participant' macamlah kalau kita nak pergi ke Singapura dengan kapalterbang,kita hanya perlu beli tiket dan terus menaikki kapalterbang yang menghala ke Singapura itu. Tetapi,menaikki ke angkasa lepas tidak semudah menaikki kapalterbang dengan sekeping tiket saja,perlu ada latihan dan sebagainya. Program sebegini sudah ada di USA dan siapa saja yang berminat menjadi "space participant" ini boleh bayar antara USD8-10 juta untuk melawat ke angkaslepas.

Aku tak sanggup bayar RM95 juta untuk terbang ke angkasa,pasal RM10.00 pun tak ada dalam poket aku....

cheers.

08 October 2007

Video Lingam dan persepsi seorang bekas hakim.....

Bagaimanakah persepsi masyarakat terhadap pita video Lingam ini? Rata-rata orang yang saya tanya sedar tentang wujudnya video ini tetapi masih blur tentang ceritanya dan mempersoalkan kenapa gomen tubuhkan panel penyiasat,why not a royal commission?

Apa yang jelas scandal sebegini besar, gomen tidak sepatutnya tutup dengan laporan sebuah panel yang tak berkuasa.

Mingguan Malaysia(MM),7 Oct.2007,telah menemuramah seorang bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Shaik Daud Md.Ismail dan cuba kita lihat apa komen Datuk Shaik Daud Md.Ismail berhubung dengan pita video Lingam ini;

MM: Baru-baru ini kita juga dikejutkan dengan isu klip video perbualan dua pihak berkaitan pelantikan hakim, apa yang dapat Datuk simpulkan?

SHAIK DAUD: Mula-mula saya terkejut juga, tidak sangka ini boleh terjadi. Dalam institusi kehakiman, perkara ini serius. Nampak cara pelantikan itu terancam. Banyak orang sekarang berfikir kalau perkara begini boleh berlaku, bagaimana dengan keputusan-keputusan yang telah diberikan? Boleh diterima atau tidak? Kesannya sangat besar, bukan sahaja hakim itu yang dicemar, keputusan yang dia beri selama ini sejak tahun 2002 juga tercemar. Kalau hendak membuat semakan kes, ini akan mendatangkan masalah. Saya sudah mula mendengar ada orang mempertikaikannya walaupun sehingga kini kita belum dapat memastikan kesahihannya lagi.

MM: Isunya sekarang, perbicaraan terus berjalan di mahkamah. Dalam soal ini bagaimana kita mahu meyakinkan kesahihan keputusan itu sendiri?

SHAIK DAUD: Jika berlaku begitu memang sukar untuk kita mengesahkan keputusan itu. Walaupun keputusan itu dibuat dengan baik berdasarkan merit, orang masih tetap tidak percaya. Sekarang mungkin mereka ke mahkamah hanya disebabkan terpaksa pergi. Kalau keputusan itu kita tidak boleh terima, di mana integriti mahkamah dan hakim yang membicarakan kes itu? Saya tidak mengatakan semua hakim begitu. Ada hakim yang baik, seratus peratus mengikut prinsip keadilan. Tetapi kerana segelintir, seluruh sistem kehakiman menerima kesannya.

MM: Penubuhan sebuah panel khas oleh kerajaan, mungkin dapat mengurangkan persepsi itu tadi?


SHAIK DAUD: Saya fikir banyak orang ragu dengan panel ini. Mereka mengharapkan Suruhanjaya Diraja, kerana ada undang-undang di belakangnya. Orang yang dilantik mempunyai kuasa tertentu seperti memanggil saksi. Jika saksi tidak datang boleh diambil tindakan dan sebagainya. Panel begini tiada kuasa, pengerusi sendiri kata, kami tidak boleh buat ini, itu, jadi apa guna panel?

MM. Bagi Datuk, penubuhan panel ini tiada makna?

SHAIK DAUD: Kalau hanya untuk menentukan kesahihan, lebih baik serahkan sahaja kes ini kepada pihak polis atau Badan Pencegah Rasuah (BPR).

MM. Isu ini akan menjadi lebih rumit?

SHAIK DAUD: Memang rumit. Kalau daripada mula kita ada Suruhanjaya Diraja, kebenarannya akan keluar. Contoh yang baik, semasa kes ‘mata lebam’ (Datuk Seri) Anwar Ibrahim, mulanya tiada sesiapa mahu bercakap. Pegawai polis yang nampak tindakan Ketua Polis Negara pun tidak berani. Tetapi bila Suruhanjaya Diraja ditubuhkan, mereka tampil dan memberikan bukti-buktinya. Maknanya, selain panel khas, jika kita mempunyai Suruhanjaya Diraja, ini adalah lebih baik.

MM. Adakah badan kehakiman kita telah tercemar?

SHAIK DAUD: Kalau kesahihan klip video ini ditentukan, memang tercemar.

MM. Persepsi yang wujud sekarang?

SHAIK DAUD: Sudah tercemar dari pandangan rakyat biasa. Baru-baru ini saya pergi sembahyang tarawih ada orang yang bertanya kepada saya, ‘‘Awak dilantik oleh siapa?”

MM. Bila ditanya begini apa perasaan Datuk?

SHAIK DAUD: Saya malu. Walaupun bergurau, tetapi persepsi itu telah ada. Mereka ingat semua hakim begitu. Ini satu persepsi yang sangat buruk kepada institusi kehakiman terutama bagi Mahkamah Tinggi, Persekutuan dan Rayuan. Majistret tidak terlibat kerana mereka dilantik bukan oleh seseorang tetapi suruhanjaya tetapi pelantikan hakim oleh Ketua Hakim Negara.

Apa lagi yang gomen mau......

cheers.

07 October 2007

Pat Lah sedia dengar apa saja kelohan, kecuali "royal commission".....

Pat Lah meminta semua pemimpin politik dan ahli Kabinet supaya memberitahu perkara sebenar kepadanya walaupun ia mungkin sesuatu yang sukar untuk diterima oleh beliau.Pat Lah berkata, beliau bersedia untuk mendengarnya walaupun cerita yang paling teruk sama ada berkaitan negara atau dirinya sendiri.

Nah,berikut parti komponen BN telah memberitahu…..

“Parti Gerakan today called on the government to “seriously consider” the setting up of a royal commission to investigate the explosive ‘judicial appointments fixing’ video clip.Koh - who is also the Penang chief minister - stressed that the integrity of the judiciary is important because it is perceived as the “very custodian and dispenser of justice”.“Moreover, a sound legal system with independence of the judiciary is one of the most important factors in attracting and sustaining investor confidence, both foreign and domestic,” he noted.”

Pat Lah, yang berada semasa Dr.Koh Ksu Khoon membuat ucapan tersebut, tapi dia buat don’t know saja…..

Gomen sedar bahawa jika ia membentuk "royal commission" untuk menyiasat sistem kehakiman,maka lebih banyak jerangkong dalam almari akan terhuban keluar.

Gomen cuba memutarbelitkan keadaan dengan menubuhkan satu panel penyiasat yang tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menyiasat dan sebaliknya perlu buat laporan kepada Najib dalam tempoh masa 30 hari. Bila panel yang dibentuk itu tiada berkuasa,panel nak siasat apa? Panel ini sekadar mengharap ehsan mereka yang terlibat datang ke depan untuk memberi keterangan. Heloooo....! kalu orang berak atas jalan, U ingat dia nak mengakukah?

BPR pula begitu obsessive dengan siapa yang keluarkan video tersebut, bukan kepada isi perbualan dalam video itu.Lebih malang lagi,jika mereka tidak mengesan puncanya cukup sekadar tangkap orang yang buat laporan. Apa punya mangkok...!!

cheers.

05 October 2007

Kandungan video Lingam tak penting,orang yang melapor diugut....

Seperti yang dijangkakan BPR sebenarnya tidak begitu berminat untuk menjalankan siasatan rasuah berdasarkan kepada video Lingam yang telah diserahkan kepada mereka. Sebaliknya BPR mencari jalan mudah dengan mengugut Naib Presiden PKR, R Sivarasa dan pekerja parti itu, Sim Tze Tzin supaya mendedahkan sumber klip video perbualan peguam VK Lingam atau berdepan dengan kemungkinan hukuman dua tahun penjara atau denda sehingga RM10,000.

Taktik ugut mengugut adalah sinonim dengan agensi ini dan juga gomen amnya. Oleh kerana mereka sudah tersepit,maka jalan begini adalah cara yang paling logik bagi mereka. Sikap begini membuat semakin ramai orang akan hilang kepercayaan mereka terhadap badan tersebut.

Sikap BPR yang beginilah yang membuat ramai kawaq dan penyamun terlepas lari sedangkan orang yang buat report kena tahan dan masuk lokap.

ehsan malaysiakini

cheers.



04 October 2007

Panel Penyiasat Video Lingam - a lame duck & tak bermaya!

Malaysiakini melaporkan bahawa panel penyiasat kesahihan video 'V K Lingam' mengatakan bahawa bidang kuasa mereka adalah terhad dan tidak mempunyai kuasa-kuasa khas untuk memaksa saksi-saksi tampil memberi keterangan.

Sebaliknya panel yang terdiri daripada bekas Hakim Besar Malaya,Tan Sri Haidar Mohd Noor,Tan Sri Tan Sri Lee Lam Thye dan bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mahadev Shankar meminta mereka yang boleh membantu mengesahkan kesahihan klip video tersebut supaya tampil 'secara sukarela'.Sama ada panel tersebut akan memberi perlindungan kepada para saksi,Shankar menjawab; "Kebenaran adalah senjata terbaik. Keadilan adalah perlindungan terbaik".

Tetapi, apakah gomen ini sensitif terhadap kebenaran dan keadilan? Sejarah membuktikan bahawa kawaq dan penyamun terlepas lari sedangkan orang yang buat report kena tahan dan masuk lokap.

Nampaknya,penubuhan panel penyiasat ini hanya bertujuan untuk menutup kesalahan gomen saja dan gomen tidak mengambil kisah sama ada kandungan dalam video Lingam itu benar atau tidak. Macam juga dengan Laporan Audit 2006 yang penuh dengan kepincangan,kebebasan Eric Cheah,kes Datuk Zakaria,kes Altantuya,skandal PKFTZ,kes rasuah beberapa orang menteri dan sebagainya semua diperam dan dibuang dalam tong taik belaka.

If the panel is just a lame duck without any power, then why bother to even investigate? It's a waste of everyone's time and taxpayers' money.

cheers.

03 October 2007

Ayoo...yoo...tol naik lagi kah......

Hadiah terbaik daripada gomen Malaysia untuk tahun baru 2008 ini telah diumumkan oleh Menteri Tol kita, Datuk Samy Velu yang mengatakan bahawa tol bagi lebuhraya-lebuhraya berikut;

a.Projek Lebuhraya Utara Selatan (Plus),
b.Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur,
c.North South Expressway Central Link (Elite),
d.Lebuhraya Seremban-Port Dickson,
e.New North Klang Straits Bypass (Shahpadu),
f.Link Kedua Malaysia-Singapura,
g.Butterworth-Kulim Expressway dan
h.Jambatan Pulau Pinang.

akan dinaikkan sebanyak 10% mulai 1 Januari 2008 ini.

Kalau kenaikkan 10% ini diluluskan oleh gomen maka sudah tentu harga barangan pula akan naik,termasuklah barangan yang tidak diangkut melalui lebuhraya atau jambatan tersebut di atas.

Samy Vellu pernah berkata,"Toll naik sikit,manyak marah saya. You ingat semua ini toll saya punya bapa punya kah!" Bukan U punya bapa punyalah Samy tapi itu rakyat juga ada kasi bayar,tapi mestilah berpatutan bukan cekek orang sampai mampus!

Harga petrol pun juga dijangka naik 1 Januari 2008 ini. Harga petrol gred RON97 dijangka naik sehingga RM2 seliter berbanding dengan harga sekarang RM1.92 seliter.

Apa nak buat,gomen ini dipilih oleh saudara/ri semua,maka sama-samalah kita menikmati kenaikkan ini.

cheers.