28 April 2019

Tukaq Mora atau tukaq PM...



Video di atas memaparkan Tunku Ismail sedang beredar meninggalkan Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos Stadium di Larkin, Johor selepas pasukan bola sepak JDT 1-0 tewas kepada Shandong Luneng pada perlawanan Kejuaraan Liga AFC pada malam Rabu. 

Ketika kenderaan SUV berwarna hitam yang membawa TMJ lalu, peminat JDT melaungkan "hidup TMJ" tetapi ada seorang yang berkata "tukar Mora" merujuk jurulatih JDT, Benjamin Mora. 

Tunku Ismail duduk di bahagian depan kenderaan SUV yang kemudiannya tiba-tiba berhenti dan pewaris takhta kesultanan Johor itu mengeluarkan kepala baginda dan bertitah: "Daripada tukar Mora baik tukar Perdana Menteri."

Image may contain: 3 people, people smiling, text

Ini mengundang tawa peminat JDT, yang mana Tunku Ismail ialah pemilik kelab bola sepak itu.

Dalam suatu kenyataan, Mohd Rafiq berkata pihak istana akan dihormati sekirangnya menghormati hasrat rakyat.

"Parti-parti politik yang menang pilihan raya berkuasa dan berhak memutuskan kedudukan perdana menteri.

"Semua orang, termasuk institusi diraja perlu menghormati pilihan rakyat pada pilihan raya lalu," katanya. - mk

Dr.M - TMJ pun boleh ditukar, tapi 
hanya rakyat boleh tukar PM...

Hanya rakyat boleh memutuskan untuk menukar perdana menteri Malaysia, kata Dr Mahathir Mohmad.

Dr Mahathir juga mengimbas peristiwa Allahyarham Sultan Mahmud, yang pernah ditarik status Tunku Mahkota Johor.

"Dulu kita ingat, pada suatu masa dulu, ada Tunku Mahkota Johor (TMJ) yang telah ditukar,

"Dulu la, bagi kepada adik dia (untuk menjadi Tunku Mahkota Johor).

"Jadi TMJ boleh tukar. Perdana menteri cuma rakyat saja boleh tukar," kata Dr Mahathir pada sidang media ketika kunjungan rasmi di Beijing hari ini.

Dr Mahathir membuat kenyataan itu sebagai menjawab soalan pemberita yang bertanya berhubung klip video yang tular di media sosial (di atas) baru-baru ini yang memaparkan Tunku Ismail menyebut: "Daripada tukar Mora baik tukar perdana menteri." Mora yang dimaksudkan dipercayai adalah Benjamin Mora, iaitu jurulatih JDT.

Klip video itu dirakam ketika Tunku Ismail beredar meninggalkan Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos Stadium di Larkin, Johor selepas pasukan bola sepak JDT tewas 1-0 kepada Shandong Luneng pada perlawanan Kejuaraan Liga AFC pada malam Rabu.



Dr Mahathir pula dipercayai merujuk peristiwa melibatkan Allahyarham Sultan Mahmud pada 1961, yang ketika itu merupakan Tunku Mahkota Johor ditarik statusnya dan digantikan oleh adiknya.

Ayahandanya, Sultan Ismail bagaimanapun mengembalikan semula status Tunku Mahkota Johor kepadanya pada 1981 sejurus sebelum meninggal dunia, dan seterusnya membolehkan Sultan Mahmud menjadi pengganti Sultan Johor. Sultan Mahmud merupakan datuk kepada Tunku Ismail.

Dalam sidang media itu juga, Dr Mahathir berkata, Tunku Ismail boleh cuba mengundi jika mahu menukarnya sebagai perdana menteri.

"Dia (Tunku Ismail) bukan orang besar, dia orang kecil. Kalau dia boleh nak undi, dia undi lah bagi saya jatuh," katanya. - mk

Image may contain: 1 person, text
Only rakyat can decide who will be PM

Image result for Campur tangan diraja dalam politik, ekonomi dan perniagaan di malaysia
Campur tangan diraja dalam politik, 
ekonomi dan perniagaan semakin luas...

Ahli politik veteran dan bekas pemimpin PKR mendakwa campur tangan institusi diraja dalam perkara berkaitan politik, perniagaan dan ekonomi di negara semakin luas sehingga menyebabkan ia ditentang pihak tertentu.

Syed Husin Ali berkata, disebabkan keadaan itu instititusi diraja pada ketika ini akan menyokong mana-mana pihak yang dilihat masih berpegang pada kepercayaan feudal dan mengangkat golongan berkenaan.

“Raja sekarang ini makin banyak menentang dan menceroboh perlembagaan, sedangkan raja tidak boleh campur tangan dalam politik, perniagaan dan ekonomi, tetapi itulah yang banyak dilakukan. Makin bertambah campur tangan politik.

Syed Husin mengingatkan, berdasarkan keadaan tersebut semakin ramai dalam kalangan generasi muda yang mempersoalkan keperluan institusi beraja di negara ini.

Berucap pada forum awam bertajuk “Malaysia dan Statut Rom” di Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya (UM), Syed Husin berkata, sebahagian masyarakat Melayu juga bimbang dengan kedudukan mereka sebagai golongan majoriti di negara ini akan tergugat.

“Perkara ini tertanam dalam diri kita dan disebabkan itu kita percaya kepada kuasa raja-raja. Tentang perkauman, kita dapati walaupun orang Melayu paling ramai, tapi malangnya mereka dalam keadaan ketakutan.

“Segelintir pemimpin terkapai-kapai untuk beri kekuatan kepada rakyat dan juga dirinya sendiri. Itu sebab mereka gunakan isu perkauman, agama dan sekarang ini soal Statut Rom. Mereka gunakan ini untuk kuatkan raja dan diri mereka,” katanya.

Jelas Syed Husin, penentangan di antara rakyat biasa terhadap golongan beraja bukanlah perkara baru dan bukan dilakukan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad seorang, sebaliknya pernah dilakukan pemimpin terdahulu.

“Penentangan raja dan menteri besar sudah berlaku di Johor. Apabila Onn Jaafar tidak setuju, penentangannya menyebabkan beliau dilucutkan kerakyatan dan dibuang negeri ke Singapura.

“Di Pahang, menteri besar Abdul Rahim Bakar tidak bersetuju dengan sultan berhubung isu balak. Beliau menentangnya dan sultan pula cuba menyekat bajet kerajaan. Apabila Dr Mahathir jadi perdana menteri, dia lucutkan jawatan Abdul Rahim.

“Di Perak, menteri besar Ghazali Jawi pula tidak disukai sultan. Sultan memutuskan untuk menyimpan janggut dan tidak akan mencukurnya kecuali Ghazali meletakkan jawatan,” katanya.

Bagaimanapun, Syed Husin berkata, tentangan Dr Mahathir terhadap golongan diraja lebih memberi impak, sehingga Mahkamah Khas bagi membicarakan kesalahan dan salah laku kerabat diraja ditubuhkan.


Image result for pm dengan raja on tumpang sekole

“Tentangan Dr Mahathir lebih besar kesannya. Dahulu Mahkamah Khas sudah dibentuk untuk raja-raja. Kemudian misalnya kalau ada keputusan Parlimen yang ditolak raja, ia akan dihantar semula ke Dewan Rakyat.

“Kemudian apabila ia dihantar semula kepada raja, sama ada raja terima atau tidak, ia akan menjadi undang-undang yang dikuatkuasakan. Ertinya, kuasa raja semakin kurang,” katanya.

Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebelum ini lantang mempersoalkan kewajaran penyertaan Malaysia dalam Statut Rom yang dikhuatiri boleh menggugat kedudukan Yang di-Pertuan Agong selaku pemerintah tertinggi di negara ini.

Tambahnya, Putrajaya melakukan perkara yang tidak berperlembagaan berhubung isu ratifikasi Statut Rom apabila instrumen itu ditandatangani tanpa mendapat perkenan Majlis Raja-Raja.

Sehubungan itu, pada 4 Mac Dr Mahathir memaklumkan bahawa kerajaan Persekutuan pimpinan Pakatan Harapan (PH) menarik diri daripada meratifikasi Statut Rom yang telah ditandatangani.

Bagaimanapun Kementerian Luar Negeri berkata, kerajaan masih belum mengalah dalam usaha meratifikasi Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) meskipun terdapat pihak yang cuba memanipulasi perjanjian tersebut.

Menteri Luar Negeri, Saifuddin Abdullah berkata, kementeriannya akan mendedahkan usaha pihak terbabit yang menakut-nakutkan masyarakat dengan menyebarkan fakta yang salah mengenai perjanjian itu.

Dalam perkembangan berkaitan, sekumpulan aktivis pelajar mendedahkan imej satu dokumen yang dikemukakan kepada Raja-raja Melayu yang menurut mereka mungkin bertanggungjawab menggagalkan langkah kerajaan meratifikasi Statut Rom.

Imej didedahkan pelajar berkenaan dikatakan menunjukkan kandungan satu memorandum 10 halaman yang disediakan oleh 4 ahli akademik yang menggariskan peranan dan fungsi Yang di-Pertuan Agong serta liabiliti baginda di bawah Statut Rom.

Empat penulisnya mendakwa, ratifikasi Statut Rom akan menyebabkan Agong boleh didakwa di Mahkamah Jenayah Antarbangsa atas peranan sebagai pemerintah tertinggi tentera Malaysia.

Menurut mereka, Agong memegang tanggungjawab operasi sebagai pemerintah tertinggi tentera dan melampaui peranan sebagai ketua lambang atau istiadatnya. - fmt

Rome Statute cannot be used against constitutional monarch

BN started Rome Statute ratification process 8 years ago

4 academician mislead the king...
Queen Elizabeth not blamed for 'war crimes'...

Attorney-General Tommy Thomas today said that the Yang di-Pertuan Agong, though the supreme commander of the armed forces, would not be held responsible for any decision by the prime minister, the Cabinet and defence ministry on a declaration of war.

Thomas said this in reference to a British inquiry into the Iraq war where former British prime minister Tony Blair was called up instead of Queen Elizabeth II, the constitutional monarch and the commander of the armed forces.

“So, if war is declared, although the Agong is the supreme commander of armed forces, the decision to go to war is always made by the prime minister, the Cabinet and the minister of defence and, operationally, the general who runs the war or the admiral in the navy.

“If Malaysia commits a war crime, the people who are vulnerable to ICC (International Criminal Court) prosecution will be the prime minister, the Cabinet, the minister of defence, the generals but never the King because he is a constitutional monarch,” he said at a public forum on Malaysia and the Rome Statute.

Earlier this month, Prime Minister Dr Mahathir Mohamad said Malaysia would withdraw from ratifying the Rome Statute because of political confusion among the people.

The ICC is aimed at ending immunity to the most serious criminal offenders considered a threat to the international community involving genocide, war crimes and crimes against humanity and crimes of aggression, such as invasion.

The forum featured prominent panellists such as G25 member Noor Farida Ariffin, constitutional law expert Emeritus Professor Shad Saleem Faruqi and lawyer Lim Wei Jiet.



None of the four academics - International Islamic University Malaysia (IIUM) law professor Shamrahayu Abdul Aziz, Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) law lecturers Fareed Mohd Hassan and Hisham Hanapi, as well as Universiti Teknologi Mara (UiTM) law professor Rahmat Mohamad - were present during the half-day forum.

Responding to a question from the floor during the Q&A session, on why he could not convince the Conference of Rulers to support the government decision, Thomas said that he was not in the same room with four academicians who presented a memorandum on the Rome Statute to the Rulers.

“If the five of us were in the room, the way the dialogue would happen is each of us would have commented on the other, and if I heard the arguments of the other four, I would have the chance to comment on them and they have the chance to comment on mine…but that opportunity did not happen,” he said.

The four academics have been partly blamed for allegedly misleading the Conference of Rulers on the Rome Statute with a biased paper on the treaty.  - fmt

Image may contain: one or more people and text
Image may contain: 2 people
cheers.

No comments: