03 August 2017

"Baik...baik" kerajaan ada makna tu...

PAS berkata, kerajaan mempunyai helah apabila menangguhkan beberapa cukai dan kenaikan yang sebelum ini dirancang untuk dikenakan kepada rakyat walaupun di atas kertas mereka boleh melakukannya.

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata keadaan itu berlaku ketika kemarahan rakyat kepada kerajaan kian memuncak.

Antara yang ditangguhkan, kata Tuan Ibrahim, ialah cukai barangan dan perkhidmatan (GST) ke atas 60 jenis bahan makanan yang sepatutnya dikuatkuasakan tahun ini.

"Kedua, cukai pelancongan yang meluas, termasuk kepada pelancong tempatan.

"Kini cukai tersebut hanya dikenakan pada pelancong luar negara," katanya.

Contoh ketiga dipetik Tuan Ibrahim ialah kenaikan tarif elektrik.

"Tarif elektrik di Semenanjung Malaysia ditetapkan menerusi sistem kawal selia berasaskan insentif (IBR) yang merangkumi mekanisme Pelepasan Kos Ketidakseimbangan (ICPT) dilaksanakan pada Januari 2014.

"Melalui sistem ini, kerajaan boleh menyemak semula kadar tarif setiap enam bulan berdasarkan perubahan harga bahan api dan penjanaan.

"Tempoh untuk pelarasan itu tamat pada 30 Jun 2017 tetapi kerajaan menangguhkan penyelarasan itu setakat ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.



Mahu mandat baru

Tuan Ibrahim(atas) yang kini menjalankan tugas presiden PAS menambah, laporan Ketua Audit Negara 2017 menyatakan pungutan hasil kerajaan pada tahun lalu merosot sebanyak RM6.7 bilion, iaitu daripada RM219.1 bilion kepada RM212.4 bilion.

"Jadi tidak hairanlah mengapa wujud cadangan pelaksanaan cukai daripada kerajaan pada tahun ini.

"Mekanismenya sama, iaitu menghisap duit rakyat bagi meningkatkan pendapatan negara sementara kebocoran dan ketirisan terus berlaku," katanya.

Apa yang membingungkan rakyat, katanya, ketika penjawat awam bergelut dengan pemotongan belanjawan, kerajaan terus memberikan hadiah dan ia ditegaskan bukan gula-gula politik sempena pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Contohnya, kata Tuan Ibrahim, ganjaran kepada peneroka Felda yang dianggarkan melebihi RM1 bilion, serta insentif kepada tentera, terutama kepada yang tidak berpencen dan dalam kumpulan B40.

"Semua hadiah ini datang di sebalik keperluan 1MDB membayar IPIC sebanyak AS$1.2 bilion dalam dua ansuran sebelum 31 Disember 2017," katanya.

Namun, menurut beliau, apa yang berlaku itu adalah kerana PRU14 semakin hampir dan BN sedang bergelut untuk mendapatkan mandat baru daripada rakyat.

"Oleh itu, wahai rakyat Malaysia yang belum merdaftar sebagai pengundi, daftarlah sebelum terlambat. - mk

Image may contain: 1 person, text
Bon bernilai 2.5 bilion dikeluarkan 
BNM untuk apa...

Pengeluaran bon berjumlah RM 2.5 billion hari ini oleh Bank Negara berbetulan dengan janji 1MDB lewat semalam bahawa bayaran kepada IPIC akan dibuat pada bulan Ogos ini juga.

Tarikh pembukaan bon oleh BNM ini ialah pada 1 Ogos dan tarikh pengeluaran adalah 4 Ogos, sehari sebelum lima hari masa sambungan diizinkan oleh Mahkamah Arbitrasi London untuk 1MDB melunaskan bayaran sejumlah RM 2.585 billion untuk pusingan pertama.

Kod tender bagi bon itu adalah 201700001701 dan maklumat mengenainya boleh dibaca di laman Bank Negara: https://fast.bnm.gov.my/fastweb/public/mainpage.do.

1MDB kata nak bayar Ogos

1MDB dalam satu kenyataan media mengumumkan bahawanya pihak syarikatnya akan mula membuat bayaran kepada IPIC bermula Ogos ini.

Kelewatan bayaran kepada IPIC adalah berpunca dari dana yang sepatutnya diterima oleh 1MDB pada Julai belum diterima masuk lagi. 

Beberapa syarat tambahan diperlukan bagi meluluskan proses kemasukan dana tersebut dan 1MDB telah pun menulis kepada IPIC berhubung kelewatan tersebut dan menjelaskan bahawanya bayaran hutang kepada IPIC akan dibuat bermula Ogos ini lapor kenyataan itu lagi.

Kementerian Kewangan Malaysia adalah penjamin bagi syarikat 1MDB. Oleh itu seandainya 1MDB gagal melunaskan kewajipannya, kementerian kewangan akan dipertanggungjawabkan untuk menyelesaikan urusniaga-urusniaga berkenaan.- amenoworld

Confirmed Folks.We Are Paying RM2.6b
Hutang 1MDB To IPIC...

The cure period is FIVE business days. So minus Saturday and Sunday, I believe 1MDB has until Monday August 7th to pay up that RM2.6 BILLION.

Here is where the money is coming from:




The gomen is issuing bonds in a super duper hurry to raise RM2.5 BILLION.

Bond opening date (for sale aka for "tender") is 1st Aug 2017.
Closing date is 3rd August 2017. 
Issue date is 4th August.

Look at the dates. Opening date was 1st August. Two days ago.
Closing date is today ie 3rd August 2017.
Issue date is tomorrow 4th August.

This is an RM2.5 BILLION bond issue. It is supposed to be opened to everyone including international buyers. 

Yet they have given only 48 hours between opening and closing for buyers to subscribe. Isnt this too little time - for an RM2.5 BILLION issue?

Why so little time?

Most likely because they already know who the buyers are. 
The buyers are already waiting to buy the bonds. 
Most likely the usual culprits, the local funds players. 

Who are the local players???

As usual lah - EPF,KWAP,Tabung Haji,Petronas,ASNB and others...

Will govt now use EPF funds to help 1MDB???

Also if they open it to international buyers,  they suffer the risk and the embarrasment of NOT HAVING ENOUGH BUYERS ! !

So just call the local players and tell them, 'Aslimu' (submit yourself). 

And they will meekly reply "Aslamtu" (I submit myself to you). 

Thats your money again folks. - ostb

Najib, can I use ‘technical’ defence if I pay my taxes late?

Gagal tepati janji bayar IPIC 
bukti 1MDB seleweng...

1MDB telah mengumumkan bahawa ia gagal membayar hutang International Petroleum Investment Corporation (IPIC) mengikut jadual yang telah dipersetujui antara kedua-dua pihak dalam penyelesaian mahkamah timbangtara pada 24 April 2017.

1MDB memberikan alasan bahawa “1MDB masih lagi menunggu dana yang sepatutnya diterima pada Julai 2017. Berikutan keperluan mendapatkan kelulusan kawal selia tambahan (‘additional regulatory approvals’), penerimaan dana itu ditangguhkan kepada Ogos, 2017.”

Menurut kenyataannya sebelum ini yang bertarikh 24 April, 1MDB berkata “these obligations will be met by 1MDB, primarily via monetization of 1MDB-owned investment fund units”. Ini bermaksud bahawa bayaran pertama berjumlah US$602,725,000 (RM2.58 bilion) sepatutnya dibayar pada tengahari semalam dengan wang penebusan pelaburan ‘unit’ 1MDB.

Adalah jelas bahawa 1MDB telah gagal menebus pelaburan ‘unit’nya sejak hujung tahun 2014 hingga hari ini walaupun pihak pengurusan utama 1MDB telah berkali-kali berjanji kepada Lembaga Pengarah 1MDB bahawa pelaburan tersebut akan ditebus.

Malangnya, kegagalan 1MDB untuk menebus ‘pelaburan’ ‘unit’ tersebut tidak lagi memeranjatkan kerana para pelabur Malaysia dan antarabangsa telah lama mengesyaki bahawa ‘pelaburan’ tersebut sama ada tidak wujud atau merupakan satu kepalsuan.

Kes saman Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) terkini bertarikh 15 Jun telah mendedahkan secara terperinci bahawa ‘unit-unit’ tersebut yang sebelum ini diurus oleh syarikat pelaburan di Cayman Islands merupakan pelaburan palsu untuk menyembunyikan penyelewengan wang 1MDB yang sepatutnya dilabur bersama Petrosaudi International Limited. (Mukasurat 45-51 dokumen saman DOJ)


Image may contain: text

Apatah lagi Bank BSI di Singapura yang merupakan bank pemegang amanah (“custodian bank”) pelaburan ‘unit’ tersebut telah ditarik lesen perbankannya oleh pihak berkuasa Singapura kerana memudahkan pengubahan wang haram yang berpunca daripada 1MDB. Umum tidak mengetahui siapa atau Bank mana yang sebenarnya menjadi bank pemegang amanah pelaburan tersebut kerana segala soalan berkaitan dengan ‘unit’ ini tidak dijawab di Dewan Rakyat, malah soalan-soalan berkait 1MDB ditolak Speaker Dewan Rakyat.

Apa yang jelas sekarang ialah pengesahan DOJ bahawa pelaburan ‘unit’ tersebut telah menjejaskan segala percubaan dan tindakan 1MDB dan Kementerian Kewangan untuk terus ‘menutup’ penipuan dan penyelewengan pelaburan 1MDB.

Jika benar ada pihak yang sedang diatur untuk ‘membeli’ ‘unit’ tersebut daripada 1MDB, bank yang terlibat untuk menyalurkan pembayaran akan membuat siasatan ke atas transaksi ini supaya tidak terperangkap dalam skim pengubahan wang haram. Oleh kerana kesemua bank seluruh dunia telah diberi amaran supaya berwas-was dengan segala transaksi yang melibatkan 1MDB, terutamanya pelaburan ‘unit’ palsunya, 1MDB terpaksa memberi alasan bahawa ‘kelulusan kawal selia tambahan’ diperlukan.

Kegagalan 1MDB dan Kementerian Kewangan untuk menepati janji kepada syarikat kerajaan Abu Dhabi dalam satu penyelesaian yang telah direstui Mahkamah Timbangtara di London merupakan satu perkara yang bukan sahaja amat memalukan negara, tetapi juga membuktikan bahawa penyelewengan yang ketara telah berlaku di bawah pimpinan Dato’ Sri Najib Razak.

Pakatan Harapan menyeru agar Bank Negara Malaysia, Polis DiRaja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia segera menjalankan siasatan selanjutnya berkaitan isu ini dengan lebih telus, cekap, cepat dan paling penting sekali, bersungguh-sungguh supaya kepentingan rakyat dapat diutamakan. - roketkini

Three questions 1MDB has to answer over IPIC payment default

Photo published for Submarine purchase never discussed in Cabinet, says Dr Mahathir
What's in a name...

In the world of Malay politics, a person's background has always been something ultra sensitive.

DPM Ahmad Zahid flashed his handphone days ago, telling Umno delegates that he had the picture of Mahathir's IC in his phone, and that his real name was "Mahathir Anak Lelaki Iskandar Kutty".

The delegates were taken aback, and when the news was spread, the entire Malay society was hit by the shockwave.

Pakatan Harapan and PPBM vowed to take legal actions against Ahmad Zahid and JPN for disclosing confidential information, while Mahathir himself challenged Ahmad Zahid to show the IC picture.

Indeed, it is a matter of confidentiality, and the government is duty-bound to protect such private information. But, what comes more crucial is that the factional fights in the Malay politics have now been elevated to a level involving purity of blood

Everyone knows Mahathir has Indian blood, and the name he has been using is "Mahathir bin Mohamad". From his autobiography A Doctor in the House, and Malaysian Maverick by Australian journalist Barry Wain, I came to know that indeed Mahathir's father was hailing from India -- most probably the state of Kerala -- and was married to a local Malay woman after he settled down in Kedah.

As an Indian Muslim, and the fact one of his parents being a Malay, Mahathir is veritably a mamak, one type of Malays. Even though mamaks are generally perceived as half-bred by the mainstream Malay society, at least they are still accepted into the league.

Under such circumstances, it doesn't come as a problem for Mahathir's background and the word "bin" in his name to reflect his Malay identity. But, if he is "Mahathir a/l Iskandar Kutty", the "a/l" (anak lelaki) acronym being a standard for the name of male Indian Malaysians, it shows that he is the son of Iskandar Kutty. And the name "Kutty" itself is unmistakably Indian.

We can deduce from here that Mahathir's identity is one of an Indian man, or perhaps he is more Indian than Malay. What Ahmad Zahid was trying to imply was that Mahathir himself is not that "Malay" after all, but has exploited his Malay identity to join Umno to advance his own motives.

Going forward, the PPBM and Pakatan Harapan Mahathir is leading is not led by a "real" Malay, and will therefore not fight for the interest of the Malay people. Ahmad Zahid's action has drawn the ire of Pakatan and PPBM which have dismissed the act as a wicked personal attack meant to divide the Malay society.

Personally I do not think making an issue out of a person's identity is anything respectable.

Having said that, the issue of Mahathir's background was already raised by the opposition when he was Umno president and prime minister. Semangat 46, PKR and PAS all made a big fuss before over Mahathir's Indian descent.

The thing is, Mahathir is now a member of the opposition, and it is now the ruling party's turn to play up this issue, and to a much bigger and wilder extent. - Sin Chew Daily

Why now Zahid?

Isu Ketua Hakim,Persembah Warkah Kepada Agong
Story kat SINI SINI dan SINI  

Photo published for Mahathir says Scorpene deal not discussed in Cabinet
Saya tak tahu mengenai pembelian Scorpene - Dr Mahathir
Story kat SINI dan SINI  

Photo published for Fuel prices higher for next week


UITM ditubuhkan dengan 
duit UMNO ke?

Image may contain: one or more people, meme and text

cheers.

No comments: