11 May 2017

Hadi belajaq dari Najib...



Selepas orang yang dekat dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dipilih sebagai pengarah pilihan raya pusat, pelantikan seorang lagi tokoh yang hampir dengan presiden PAS itu untuk jawatan sama di Selangor menarik perhatian banyak pihak.

Walaupun di Selangor keputusan itu dibuat oleh kepimpinan negeri, kedudukan Roslan Shahir Mohd Shahir sebagai pengarah pilihan raya PAS boleh ditafsir dengan pelbagai kemungkinan.

Bagi Ahli Jawatankuasa DAP Selangor, Edry Faizal Eddy Yusof, pelantikan Roslan Shahir itu menampakkan bagaimana Abdul Hadi berniat meneguhkan pengaruhnya di semua peringkat, terutama di negeri yang dilihat kurang padu menyokongnya.

"Saya fikir Abdul Hadi belajar daripada Datuk Seri Najib Razak, iaitu tukar semua pemimpin di bawahnya dengan orang yang boleh wala dengan dia.

"Dalam situasi hari ini, ketaatan kepada Abdul Hadi mengatasi yang lain-lain," katanya.

Pada 6 Mei lalu PAS mengumumkan senarai anggota jawatankuasa pusatnya yang memperlihatkan tokoh kanan dan berpengalamannya, Datuk Mustafa Ali, digantikan dengan Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai pengarah pilihan raya peringkat nasional.

Ahmad Samsuri sebelum ini ialah setiausaha politik Abdul Hadi.

Dalam pengumuman dibuat oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan itu, jawatan Datuk Iskandar Abdul Samad yang sebelum ini dilantik sebagai pesuruhjaya PAS Selangor digantikan oleh Anggota Dewan Undangan Negeri Sabak, Sallehen Mukhyi.

Roslan Shahir pula pernah berkhidmat sebagai setiausaha akhbar Abdul Hadi, selain dilantik sebagai ketua penerangan PAS Selangor ketika Datuk Hasan Ali menjadi pesuruhjaya di Selangor.

Jawatan pengarah pilihan raya PAS Selangor sebelum ini disandang Anggota Dewan Undangan Negeri Tanjung Sepat, Mohd Haslin Hassan, yang kini diletakkan sebagai timbalan pesuruhjaya II PAS negeri.

Kata Edry Faizal, tindakan Abdul Hadi itu juga boleh dibaca sebagai keraguannya terhadap beberapa pemimpin PAS di Selangor. Baca seterusnya...


New PAS line-up will be best 
at protesting concerts...

The new PAS leadership would be better at protesting Selena Gomez's concert than to take on the federal ruling coalition, mocked Parti Amanah Negara's Sepang MP Hanipa Maidin.

"When I look at the new PAS cabinet, I'm sorry to say, I do not see a cabinet that can steer PAS in the 14th general election.

"When I see the new PAS cabinet, it seems more suitable for protesting against Selena Gomez's concert and not to fight BN in the 14th general election - that is if they even want to fight BN," he said in a Facebook posting today.

Specifically, Hanipa commented on the move to replace PAS veteran Mustafa Ali with PAS president Abdul Hadi Awang's political secretary Ahmad Samsuri Mokhtar, which he described as a loss to PAS.

"My friends and I in Amanah know of Mustafa's capabilities compared to the political secretary of the PAS president.

"Sorry to say, it's like heaven and earth," said Hanipa, who was a PAS member and is now part of Amanah, a splinter party of PAS.

PAS deputy president Tuan Ibrahim yesterday denied that Mustafa was being sidelined, insisting that the latter was only giving opportunities to new people.

The replacement of the PAS election director came slightly more than a year before the general election is due.

Apart from Mustafa's replacement with a close ally of Abdul Hadi, similar moves were also observed in the new Selangor PAS lineup with Roslan Shahir Mohd Shahir, another close ally of Hadi, taking over as Selangor PAS election director.

Selangor senior exco Iskandar Samad was also replaced by Sallehen Mukhyi as Selangor PAS commissioner.

Selangor DAP committee member Edry Faizal Eddy Yusof views the shakeup in the state as an attempt to Abdul Hadi to consolidate his power.

"To my mind, Abdul Hadi is learning from Prime Minister Najib Abdul Razak by changing all those below with people who is loyal to him.

"In the current situation, loyalty to Abdul Hadi trumps all else," he told Malaysiakini.

He added that it would appear Abdul Hadi did not trust a number of Selangor PAS leaders. - mk

Pelan menyelamat 1MDB gagal 
bila projek China bermasalah...

Pembatalan perjanjian penjualan Bandar Malaysia akan menjejaskan pelan menyelamatkan 1MDB dan memberi isyarat bahawa projek-projek kepentingan China di negara ini tidak seindah dibayangkan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Naib presiden PKR Rafizi Ramli berkata, pentadbiran Najib akan terus menemui jalan buntu untuk menyelesaikan masalah hutang 1MDB terutama bila projek-projek yang disusun dengan pembiayaan dana Kerajaan China mula bermasalah.

"Ini bermakna, Datuk Seri Najib akan terus dihantui oleh masalah hutang akibat 1MDB yang akan mengheret beliau dan rakyat Malaysia terus berdepan dengan risiko kehilangan berpuluh bilion ringgit untuk menutup lubang hutang tersebut," katanya.

Rafizi yang juga ahli parlimen Pandan merujuk kepada laporan-laporan media mengenai pengumuman tarikh luput tempoh masa memenuhi syarat-syarat perjanjian jual beli tanah-tanah Pangkalan Udara Sungai Besi yang kini dipanggil 'Bandar Malaysia'.

Ia membabitkan TRX City Sdn Bhd, iaitu syarikat milik Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) yang mengambil alih projek itu dari 1MDB.

Pengumuman itu menyatakan syarikat usahasama milik Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd dan anak syarikat Kerajaan China, China Railway Engineering (M) Sdn Bhd telah gagal membeli pegangan 60% di dalam pembangunan Bandar Malaysia, projek yang diumumkan bernilai RM7.42 bilion.

"Ini bermakna pengumuman-pengumuman sebelum ini bahawa kononnya pentadbiran Datuk Seri Najib Razak telah berjaya menstrukturkan kembali hutang-hutang 1MBD dengan sendirinya terbatal.

"Secara langsung, ia mengesahkan hakikat bahawa pentadbiran Datuk Seri Najib masih belum ada jalan untuk menyelesaikan masalah hutang 1MDB yang kini ditanggung oleh rakyat dan bakal diwariskan," tegas Rafizi.



Menurutnya, penjualan 60% pembangunan Bandar Malaysia pada hujung 2015 telah mengundang kemarahan rakyat kerana tanah pangkalan udara yang sangat strategik dan bersejarah dijual kepada syarikat asing.

"Alasan yang diberikan oleh pentadbiran Datuk Seri Najib pada ketika itu ialah keperluan nasional untuk menstrukturkan semula hutang-hutang 1MDB.

"Walau bagaimana pun, terbatalnya penjualan tersebut bermakna hutang yang ditanggung oleh Bandar Malaysia Sdn Bhd (anak syarikat 1MDB) dan 1MDB keseluruhannya masih kekal tidak diselesaikan.

"Ini termasuklah sejumlah RM1.55 bilion yang perlu dibayar kepada Tabung Haji akibat kertas hutang sukuk yang diterbitkan Bandar Malaysia Sdn Bhd dan dibeli oleh Tabung Haji dalam tahun 2014," jelas Rafizi lagi.

Bayaran pokok pertama yang perlu dibuat kepada Tabung Haji, ujar beliau adalah pada 2021 dan bakinya pada 2024.

Sehubungan itu, beliau menggesa peneraju Tabung Haji memberi maklum balas kepada para pendeposit berhubung pembelian sukuk tersebut memandangkan belum ada tanda-tanda dana Tabung Haji berjumlah RM1.55 bilion itu akan dapat dibayar sepenuhnya tanpa melibatkan penggunaan dana awam.

Beliau menambah, pembatalan urusniaga syarikat usahasama IWH-CREC ini juga mempunyai kesan yang lebih besar kepada masa depan politik Najib.

"Pemerhati politik dan ekonomi sedia maklum bahawa kekuatan kewangan syarikat milik kerajaan China (iaitu CREC) adalah sebab utama kenapa tanah yang begitu strategik dijual kepada satu syarikat usahasama asing.

"Malah kebelakangan ini, Datuk Seri Najib dilihat cukup akrab dengan kerajaan China sehingga menimbulkan spekulasi sebahagian besar dana yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah kewangan akibat 1MDB berkemungkinan datangnya dari China," ujarnya.

Beliau yakin pembatalan jual beli melibatkan syarikat gergasi milik kerajaan China itu menandakan hubungan di antara pentadbiran Najib dan kerajaan China tidaklah sebaik yang diuar-uarkan.

"Jika ada perbezaan besar mengenai jual beli Bandar Malaysia hingga menyebabkan pertikaian terbuka di antara anak syarikat kerajaan China dengan kerajaan Malaysia, itu bermakna hubungan yang mendingin itu akan turut terpalit kepada projek-projek besar yang lain seperti pembinaan Projek Keretapi Pantai Timur (ECRL)," katanya. - otaibersih


Image result for I,trump fire you comey


Photo published for RON95 and RON97 prices down 10 sen

cheers.

No comments: