25 November 2016

Khalid Samad nyaris dibalun samseng2 Pasir Salak...

video

Tajuddin akui anaknya terlibat 
'serang' Khalid...

Anggota Parlimen Umno, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mengesahkan anaknya adalah antara mereka yang 'menyerang' Anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad di hadapan lobi Parlimen pagi ini.

Bagaimanapun, beliau yang kini memegang portfolio timbalan menteri pertanian dan industri asas tani menafikan telah menaja kumpulan tersebut untuk memasuki kawasan Parlimen. 

"Mereka tidak lindungi saya. Mereka melindungi rakyat Pasir Salak. Saya wakil rakyat mereka. Apa yang salah dengan mereka (berbuat demikian)?" katanya kepada Malaysiakini. 

Beliau juga menyifatkan ia sebagai perkara 'kehormatan dan maruah; selepas Khalid memanggilnya 'sial' sambil menambah pelakuan menghina beliau dalam Dewan Raykat menyamai menghina kawasannya. 


Khalid menggunakan perkataan itu semasa perdebatan dalam Dewan Rakyat yang dicetuskan oleh kenyataan Tajuddin tentang nama Ahli Parlimen DAP, Teresa Kok.

Bagaimanapun, Tajuddin menegaskan beliau hanya merujuk kepada nama keluarga ahli parlimen Seputeh itu dengan menggelar Teresa sebagai satu-satunya perempuan yang ada “Kok”.

Ditanya tentang penaja kumpulan itu untuk memasuki kawasan Parlimen, Tajuddin berkata: 

"Bagaimana saya tahu. Anda fikir mereka bodoh? Mereka tahu bagaimana untuk melakukannya?". 


Adalah tidak jelas bagaimana kumpulan itu berjaya memasuki kawasan Parlimen, yang dikawal ketat.

Pelawat hanya dibenarkan masuk atas permintaan terlebih dahulu atau atas jemputan seorang Ahli Parlimen.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Nur Jazlan berkata pengunjung hanya boleh memasuki Parlimen jika mereka telah ditaja oleh seorang  Ahli Parlimen dan mahukan tindakan diambil terhadap Ahli Parlimen yang bertanggungjawab itu.

"Jika orang-orang ini sebenarnya dijemput oleh seorang Ahli Parlimen ke kawasan ini untuk membangkitkan huru-hara, yang boleh menyebabkan kecederaan,maka Ahli Parlimen itu juga perlu dibawa ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan," kata Nur Jazlan kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini. - mk

Violent mob called Tajuddin their ‘father’

Hadi: Jangan berlagak macam Ahok...

Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi amaran kepada anggota parlimen dan ahli politik bukan Islam supaya tidak berkelakuan seperti Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama atau lebih dikenali sebagai Ahok.

Presiden PAS itu mengulas penolakan beberapa ahli politik yang tidak bersetuju dengan pembentangan usul meminda Akta Mahkamah Syariah.

“Suka saya menjelaskan betapa perlunya perbahasaan usul ini di tangguh walaupun usul ini mengikut proses demokrasi mewakili ahli parlimen Islam sama ada PAS, Umno dan lain-lain.

“Usul ini berkait dengan agama Islam sahaja iaitu perkara agama Islam bawah bidang Duli Yang Maha Mulia, yang tidak sepatutnya diganggu oleh kalangan bukan Islam.

“Namun terdapat ahli-ahli politik bukan Islam yang saya percaya mereka tidak mewakili masyarakat bukan Islam sepenuhnya, (ia) lebih untuk mendapat keuntungan politik daripada kepentingan awam.

“Saya beri peringatan pada mereka jangan berlagak seperti Ahok(pix-bawah) di Jakarta,” tegasnya.



Ahok didakwa menghina al-Quran selepas mempertikaikan penggunaan sepotong ayat dalam surah al-Maidah yang dijadikan alasan untuk menolak kepimpinan beliau.

Ayat itu berkaitan status bukan Islam sebagai pemimpin bagi orang Islam. Ahok akan mempertahankan kerusi gabenor Jakarta yang disandangkanya.

Selain berdepan pendakwaan di mahkamah, lautan manusia memenuhi Jakarta sebelum ini bagi menyatakan bantahan terhadap gabenor pertama berbangsa Cina di Indonesia itu.

Hadi (PAS-Marang) sebentar tadi membentangkan usulnya untuk meningkatkan hukuman Mahkamah Syarikah kepada 30 tahun penjara, denda sehingga RM100,000 dan 100 kali sebatan.

Penjelasan usul akan dibuat pada sesi akan datang. - mk


Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Abdul Hadi Awang mengemukakan pindaan kepada usul asal untuk meminda Akta 355. Saya difahamkan ini hasil dari beberapa perbincangan ekoran perjumpaan yang dipanggil oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi pada hari Selasa lalu. Pindaan kepada usul asal bermakna hukuman kini ditetapkan mengikut kaedah undang-undang biasa kecuali yang melibatkan sebat (jika diluluskan had dinaikkan kepada maksimum 100 sebatan).

Prosesnya selepas ini adalah seperti berikut:

1) kami sedang menunggu keputusan Tan Sri Speaker sama ada membenarkan pindaan usul ini dibentangkan, dibahaskan dan diundi di Parlimen sekarang (sedang bersidang).

2) Jika diundi dan diluluskan, ia dikira sebagai bacaan pertama dan dipulangkan kepada kerajaan untuk dipertimbangkan. Perkara ini mati di situ sahaja sekiranya menteri tidak kembali ke Dewan Rakyat untuk membentangkan rang undang-undang ini bagi bacaan kali kedua.

Tan Sri Speaker memanggil Ahli Parlimen Marang untuk membaca usul.

Ahli Parlimen Marang membaca dan meminta untuk menghuraikan cadangan beliau itu dalam sessi yang akan datang. Maka usaha untuk membentangkan RUU355 mati begitu sahaja hari ini.

Tetapi polemiknya akan bersambung lagi hingga ke sessi akan datang. Ahli-ahli PAS akan terus diberi harapan bahawa Umno mahu bersama-sama mendaulatkan Islam melalui pindaan akta ini. Kalaulah Umno terus bermain begini sehingga ke belanjawan akan datang, adakah ahli parlimen PAS akan terus berkecuali dalam undian belanjawan akan datang?

Kali pertama saya menulis mengenai perkara ini lebih sebulan lalu, saya nyatakan secara terbuka jika usul dibentangkan dan diundi, saya tidak ada masalah menyokong kerana memang kita mahu dengar pandangan Umno dalam perkara ini.

Tetapi apabila berulang kembali perkara ini pada hari ini, jelaslah permainan Umno dalam perkara ini dan saya khuatir PAS akan terus dimain-mainkan. Akhirnya PAS akan terus dilihat berkawan dengan Umno dan memanjangkan tempoh berkuasanya Najib Razak.

Saya bersedia mengundi dan menyokong usul asal. Selepas dirunding dengan Umno Selasa lalu, usul dipinda pada saat-saat akhir hingga kaedahnya sudah menjadi takzir (kecuali sebatan) dan bukannya hudud seperti yang diwar-warkan.

Hari ini, Ahli Parlimen Marang sekali lagi menunda dari membentang dan menghuraikan usul beliau.Permainan Umno itu jelas dan saya ambil pendirian sebegini bermula dari hari ini.- Rafizi Ramli f/bk

*RUU355 DAN TARIKH PRU*

Langkah YB Marang hanya 'membaca' usul RUU 355 dengan perbahasan ditangguhkan ke sidang Parlimen akan datang, boleh diterjemah sebagai PRU akan diadakan sebelum Parlimen Mac depan dapat bersidang.

Umno berjaya menggantungkan isu 'perlaksanaan hudud' di 'titik keseimbangan' atau 'equilibrium point'.

Ia bagus untuk Pas tidak dilihat gagal dalam pendekatannya. Juga sebagai penyedap rasa untuk berterusan dalam senggama politik antara Pas dan Umno khususnya untuk PRU terdekat.

Umno pula dilihat jujur dalam memartabatkan hukum Islam. Parti komponen BN pula tidak dilihat dipermainkan. Ia resipi yang mustajab, win-win untuk tiga pihak menghadapi PRU secara 'smart partnership'.

Dengan itu, adalah selamat untuk menjangkakan:

1. Inisiatif TPM sehari sebelum YB Marang membacakan usul RUU 355 hanya berakhir dengan usul 'dibaca' semata-mata.

2. PRU adalah sebelum Ramadhan depan, samada Mac/ April depan bagi mengelakkan RUU 355 dibahaskan sehingga menganggu 'keseimbangan' yang terwujud pada hari ini.

2. PAS adalah rakan UMNO- BN dalam permainan 'segi tiga' atau 'triangle equation'' sampai PRU. Bagi mereka yang masih mengharapkan PAS bersama dengan pakatan pembangkang, akhirnya akan menggigit jari.

3. Matlamat UMNO adalah untuk mendapat majoriti dua pertiga dengan pertolongan PAS.

4. Apa akan jadi dengan RUU 355 selepas PRU adalah ditentukan selepas PRU.

5. Sebahagian rakyat khususnya pengundi Islam akan terperangkap antara sentimen RUU 355 dan isu real seperti himpitan kos hidup, rasuah, penyelewengan, hutang negara dan ancaman krisis kewangan dan implikasi pengaruh Republik Rakyat China ke atas geo politik, ekonomi, sosial dan keselamatan Malaysia. - Yb Dato Hj Husam Musa

Sah UMNO mempermainkan isu RUU355 bagi kepentingan politiknya.

'Jangan berlagak seperti Ahok' - Abdul Hadi Awang
Don't behave like Ahok, 
Hadi tells non-Muslim politicians...

PAS president Abdul Hadi Awang has called on non-Muslim lawmakers and politicians not to behave like Jakarta governor Tjahaja Purnama, better known as Ahok.

He said the motion to strengthen the syariah court concerned Islam, which is under the purview of the Yang di-Pertuan Agong and there should be no interference from non-Muslims.

He added there are some non-Muslim politicians who are using the issue for political mileage as opposed to public interest.

"I want to remind them not to act like Ahok in Jakarta," he told reporters in Parliament.

The governor, who is a Christian, is being investigated for allegedly insulting Islam, and his remarks had sparked off violent protests in the Indonesian capital.



This morning, Hadi, who is also Marang MP, tabled an amended version of his motion, which has elicited strong opposition from BN component parties and DAP.

However, the PAS president also asked the House to allow him to elaborate on his motion during the next Dewan Rakyat session in March as today was the last day of the current session. - mk

Hang Tuah PJ Hadi Awang - (1) I am a Muslim and my MP is a non-muslim and I am expecting him to reject your motion on my behalf. He is doing it for me, his muslim constituent. Comprende?  (2) Ahok did not insult Islam. He just told people to be careful of those who use religion to advance themselves. He had been cracking down on corrupt politicians in Jakarta who happened to be muslims and who are using Islam to turn the masses against Ahok. Which is what is happening here in Malaysia also, right? Even Adnan Satem has asked to reject your motion and he is also a muslim.

SusahKes - Then what do you expect us to behave as, Hadi? I don't want to comment on Ahok, but if you want us to buy into your nonsensical logic that this bill would have no effect on non-muslims, than we might as well believe that you are Brad Pitt's better-looking twin. How could the implementation of Islamic laws not end up impinging on non-muslims' daily affairs? Care to tell us then, why were many non-muslims subjected to dress codes while visiting govt agencies? Or why a word that was used for over 200 years by M'sian Christians, got banned in Bolehland? What about the division of supermarket lanes & sitting positions in cinema according to gender? Imagine a non muslim son + mother going to a supermarket, but having to queue in separate lines? Maybe you could explain to us the dismay that unilateral conversion cases have caused to non - muslim parents. I don't even want to talk about swimming pools, hot dogs, and body snatching during funeral.


Image result for hukum hudud
Hadi's Creepy Law Promotes Perversion...

“Minister in the Prime Minister’s Department Jamil Khir requested for Hadi to alter his motion so that there will be a limitation (on the punishments),” Khairuddin said.

He added that details on the various offences and corresponding punishments would be decided by the state governments. These would only apply to Muslims and involve offences such as pre-marital sex, adultery, drinking alcohol and qazaf (false accusation), he stressed.

Khairuddin also defended the proposed 100 times of whipping.

“Caning 100 times under civil and syariah law are different. Under syariah law, it’s like caning a child only. It’s just a light slap.

“A hundred strokes of the whip under syariah law is just like one stroke under civil law,” he said. 

Hadi will now have to give notice to the Parliament secretary to alter his private member’s motion, taking into account the new punishment cap. The changes came after a briefing organised by Deputy Prime Minister Ahmad Zahid Hamidi for Muslim MPs on Hadi’s motion yesterday. Read more...

Katakan 'Tidak' Kepada RUU...
Story kat SINI SINI dan SINI   



Apakah daknya,negara di bawah 
urustadbir tangan2 penyangak...



cheers

No comments: