09 December 2015

Najib mahu PAS selamatkan UMNO...


Pas tidak akan menyelamatkan UMNO...

Pas tidak mahu menjadi penyelamat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini dibelit kebobrokan politik Umno.

Timbalan Presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menepis kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak semalam yang mendakwa parti Islam itu menunjukkan tanda-tanda mengalakkan ke arah permuafakatan dengan Umno.

Menurut Tuan Ibrahim, Najib cuba mengalihkan isu sebenar yang melanda dirinya.

“Pas kekal dengan dasar Islam yang bercanggah dengan dasar pragmatisme dan nasionalisme yang menjadi dasar perjuangan UMNO.

“Tidak mungkin Pas akan bekerjasama dengan UMNO yang sejak ditubuhkan sehingga kini masih menjalankan penindasan dan kezaliman kepada ahli dan kepimpinan Pas,” katanya menerusi kenyataan di Facebook miliknya.

Najib dalam temubualnya berkata, langkah sebahagian besar wakil rakyat Pas yang berkecuali semasa Rang Undang-undang Perbekalan 2016 pada persidangan Dewan Rakyat 16 November lalu menggambarkan tanda-tanda menggalakkan ke arah kerjasama antara kedua-dua parti orang Melayu itu.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim turut memberi contoh penindasan dan kezaliman yang ditunjukkan oleh UMNO dan BN terhadap kepimpinan parti itu.

“Terengganu di saat Pas menang terus dinafikan hak royalti. Enakmen Jenayah Syariah yang dijanjikan akan disokong terus dinafikan untuk dibentang.

“Apakah PAS akan percaya di saat UMNO tertekan mereka mencari Pas,” soalnya. - fmt

UMNO telah melakukan terlalu banyak dosa terhadap PAS

PAS denies again any possibility of cooperating with UMNO...

PAS deputy president Tuan Ibrahim Tuan Man has insisted the Islamist party will not be the saviour of crisis-stricken Umno.

In a statement today, Tuan Ibrahim said the differences of the Islamic policies that both parties subscribed to made it impossible for them to cooperate politically.

“It is impossible for PAS to work with Umno, a party that since its inception up to now is still oppressing and inflicting injustices on PAS members and its leadership,” he said in a statement today.

He was responding to a statement by Umno president Najib Razak during an interview with TV3 yesterday, in which the prime minister said PAS had shown encouraging signs of a possible collaboration with Umno, judging from some of its actions in supporting the Malay party’s policies.

Najib cited PAS’s decision to refrain from rejecting the Supply Bill 2016 at the Dewan Rakyat on November 16 that he regarded as an encouraging sign of the possibility of future cooperation between the two parties.

“Although they did not vote in our favour, they did not reject it either. These are encouraging signs to me,” Najib said in the interview last night.

However Tuan Ibrahim dismissed Najib’s statement, saying instead that until now, Kelantan and Terengganu was still deprived of their oil royalty while hudud law that PAS was proposing, had still not been tabled at Parliament despite open support for it. -fmt

1MDB: Pengakuan Muhyiddin bukti kesahihan dakwaan pembangkang...

Pengakuan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membuktikan pembangkang bukan membuat fitnah.

Merujuk ucapan Muhyiddin di Kampung Baru malam tadi berhubung skandal itu, Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang menyifatkan kenyataan itu sebagai perakuan kukuh betapa pembangkang tidak menyebar fitnah.

Justeru, beliau berkata, kenyataan Timbalan Presiden UMNO itu membersihkan nama pembangkang yang sebelum dituduh Najib sebagai penyebar fitnah terhadap skandal 1MDB melalui media tempatan kawalannya.

“Ucapan Muhyiddin di Kuala Lumpur semalam mematahkan tuduhan Najib bahawa pembangkang hanya menabur fitnah mengenai skandal berkenaan,” katanya pada ceramah “Solidrati bersama Lim Kit Siang dan Mana RM2.6 billion” di Batu Uban di sini, semalam.



Sebelum ini, Najib terpalit dengan pelbagai skandal termasuk penyelewengan dana 1MDB dan derma RM2.6 bilion hingga isu itu mendapat perhatian pada peringkat antarabangsa.

Perdana Menteri itu juga tidak hadir ke sidang Parlimen bagi menjawab isu berkenaan sebaliknya menugaskan Datuk Seri Zahid Hamidi membuat kenyataan tiga minit.

Dalam pada itu, Kit Siang menyuarakan sokongan padu terhadap cadangan Muhyiddin supaya Najib berundur bagi membenarkan siasatan dilakukan tanpa sebarang campur tangan.

Selaras dengan desakan pembangkang, katanya, Muhyiddin mencadangkan Najib mengambil cuti sebagai Perdana Menteri berikutan penangguhan siasatan terhadap 1MDB bagi memastikan Najib tidak campur tangan.



“Muhyiddin juga bersetuju dengan pembangkang bahawa jika Najib tidak terlibat, beliau boleh meneruskan tugasnya sebagai Perdana Menteri semula,” katanya.

Kit Siang juga bersetuju dengan persoalan yang dibawa Muhyuiddin berkaitan kenyataan tiga minit Zahid hingga mengundang kemarahan pelbagai pihak sama ada pembangkang mahupun penyokong kerajaan.

“Muhyiddin bertanya soalan tepat: Mengapa tidak Perdana Menteri sendiri menjelaskan skandal terbabit, mengapa timbalannya pula yang berbuat demikian?” katanya. - roketkini


Kat TV3/4 cakap beria-ia,tapi kat Parlimen dia cabut lari..

.




cheers.

No comments: