17 December 2015

PAS-UMNO ibarat merpati dua sejoli...



Selepas menawarkan kerjasama dengan PAS pada Perhimpunan Agung Umno lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilihat sekali lagi mengulangi pelawaannya itu hari ini.

Berucap semasa merasmikan Majlis Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia, presiden Umno itu turut membacakan ayat dari Surah Al-Imran dalam Al-Quran bagi menyokong kenyataannya.

"Dalam ayat Al-Quran ini dengan jelas kita perlu tunjuk sikap perpaduan.

"Ini bukan pilihan, ini wajib. Bila mana Allah perintah, hukummnya adalah wajib," katanya semasa merasmikan multaqa itu di Kuala Lumpur hari ini yang menyaksikan perhimpunan bekas pelajar Universiti Al-Azhar, Mesir dari Malaysia dan Indonesia. 



Dalam ucapannya, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata kerajaan sewajarnya memanfaatkam kepakaran ulama negara ini daripada mengambil atau mendengar nasihat daripada barat.

Ketika menyampaikan ucaptama di Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 hari ini, beliau berkata ramai ulama lepasan Al-Azhar ini boleh diketengahkan untuk dimanfaatkan kerajaan dalam mentadbir negara ini.

"Zaman penjajah sudah tidak ada lagi di negara ini. Kita sendiri (tadbir negara). Ulama-ulama dan ustaz kita yang belajar agama ramai di negara kita.

"Bila kekuatan secara berkumpulan ia sukar untuk dilumpuhkan," katanya yang turut disambut tepukan gemuruh para peserta alumni yang memenuhi ballroom sebuah hotel di sini petang ini.

Malah katanya, ilmu daripada barat boleh dimanfaatkan tetapi ketepikan nasihat mereka.

Tuan Guru Abdul Hadi juga berharap agar negara ini tidak menjadi seperti negara Arab yang bertelingkah sehingga mengundang peperangan sesama umat.

"Kita berbeza pendapat dan berkelahi tetapi tidak sampai macam negara Arab," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang.

Multaqa Serantau hari ini dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selepas ucaptama yang disampaikan oleh Presiden PAS itu.

Ramai pimpinan tertinggi kerajaan dan pimpinan utama PAS hadir ke majlis itu, antaranya Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob dan timbalannya Datuk Mohd Amar Abdullah, Ketua Dewan Ulamak PAS Malaysia Datuk Mahfodz Mohamed, Ketua Penerangan PAS Nasruddin Hassan, Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz dan Ketua Muslimat Nuridah Salleh. - harakahdaily/tmi

Najib, Hadi emerge in matching pink after olive branch offer

 Rahsia sebenar kerjasama UMNO-PAS...

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang melihat langkah ‘salam perdamaian’ yang dihulur UMNO kepada PAS sebagai jalan terakhir Barisan Nasional (BN) untuk terus kekal di tampuk kuasa.

Menyifatkan langkah itu sebagai terdesak, katanya, Kerajaan BN memerlukan majoriti dua pertiga di Parlimen dengan sokongan PAS untuk meminda perlembagaan seterusnya memberi laluan kepada persempadanan semula dengan menambah kerusi demi kepentingan mereka.

Berucap pada ceramah Pakatan Harapan di Taiping semalam, beliau berkata, BN sanggup melakukan apa sahaja untuk terus berkuasa walaupun terpaksa mengabaikan suara rakyat yang semakin terhimpit dengan kos sara hidup yang tinggi.

“Perhimpunan Agung membuktikan UMNO melakukan penipuan, menakut-nakutkan, dan menyebarkan api perkauman dan kebencian untuk terus kekal memerintah tanpa mengendahkan krisis sosio-ekonomi,” katanya

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamid mengakui BN dalam keadaan tertekan kerana tidak ada majoriti dua pertiga parlimen bagi mengubah sesuatu hal sesuka hati.

Justeru, Kit Siang menyeru rakyat supaya terus menyokong perjuangan bagi menumbangkan Kerajaan BN di bawah Pakatan Harapan yang terdiri daripada DAP, AMANAH dan PKR.

“Cabaran yang dihadapi rakyat Malaysia bukanlah untuk menyelamatkan UMNO atau PAS, sebaliknya untuk menyelamatkan negara,” katanya. - roketkini


Penganalisis: Bukan UMNO yang terdesak tapi Pas

Yang mana satu gentleman Najib...

Sehingga ini tidak ternampak tanda-tanda Tun Mahathir Mohamad mahu  mengendur atau ingin mengalah daripada terus mendesak pengunduran Najib Razak sebagai Perdana Menteri.

Dalam catatan terbarunya di blog chedet yang mengulas mengenai ucapan penggulungan Najib dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini, beliau sekali lagi mencadangkan Perdana Menteri hanya akan dilihat "gentleman" dan berjiwa besar jika sedia meletakkan jawatannya.

Daripada isu gagal mentadbir negara, 1MDB, derma RM2,600 juta, kejatuhan ringgit,  masa depan yang lebih baik untuk negara, kemungkinan kalah dalam PRU 14 dan berbagai lagi, solusinya bagi Tun Mahathir ialah hanya dengan perletakan jawatan Najib saja.

Barangkali sudah beratus kali gesaan dan desakan pengunduran Najib dilakukan oleh Tun Mahathir sejak beliau menarik balik sokongannya lebih setahun yang lalu. 

Berdasarkan kekentalan jiwa dan semangat melawannya pula, pasti Tun Mahathir akan terus menekan Najib dengan gesaan meletakkan jawatan itu, tidak kira apa pun tindakan yang akan dikenakan kepadanya.



Tetapi di ketika yang sama, Ketua Polis Negara, Khalid Abu Abu Bakar juga mengumumkan siasatan terhadap Tun Mahathir berhubung kenyataannya yang mendakwa pemimpin UMNO mengambil rasuah daripada Najib, sedang dikemaskini dan akan disiapkan tidak lama lagi.

Kata beliau, pihaknya sekarang sedang berbincang dengan Peguam Negara dan siasatan dijangka siap dalam waktu yang terdekat ini.

Apakah nasib Tun Mahathir dalam kes ini?

Mungkinkah beliau akan didakwa di mahkamah atas tuduhan fitnah? Apakah apabila didakwa di mahkamah nanti, Tun Mahathir akan berhenti mendesak pengunduran Najib atau beliau menjadi semakin agresif lagi?

Makin selamat atau makin bergoyangkah kedudukan Najib selepas tindakan mengheret Tun Mahathir ke mahkamah itu?

Di sebalik banyak persoalan terus terapung tanpa jawapan jika kerajaan benar-benar nekad untuk mengambil tindakan terhadap Tun Mahathir, kepercayaan umum ialah ia sukar dipisahkan daripada kaitannya dengan gesaan serta desakan berterusan bekas Perdana Menteri itu yang mahukan Najib berundur daripada jawatannya.

Adakah Tun Mahathir akan diambil apa-apa tindakan jika dalam membuat dakwaan ada pemimpin UMNO mengambil rasuah itu, beliau dalam masa yang sama masih menyokong dan berdiri teguh mempertahankan Najib?

Daripada sekian ramai ahli UMNO dan rakyat Malaysia yang meluahkan perasaan perlunya Najib meletakkan jawatan, kenapa hanya Tun Mahathir dijadikan sasaran?

Dalam tulisan terbaru di blognya, Tun Mahathir nyata amat menyedari perkara itu dengan menulis, "Sekarang Zahid sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri akan berusaha untuk saya disoal lagi oleh polis kerana ucapan-ucapan dan tulisan saya dalam blog. Di bawah undang-undang apakah yang saya hendak disoal?



"Menegur Presiden Parti atau Perdana Menteri bahkan mendesak supaya PM letak jawatan tidak salah dalam negara demokratik. Kenapa daripada ribuan rakyat yang meminta Najib undur (sepanduk oleh penonton bolasepak Kedah VS Selangor yang menyuruh Najib letak jawatan) saya sahaja yang hendak disoal oleh polis? Prinsip keadilan berkehendakan undang-undang dikuatkuasakan kepada semua orang tanpa diskriminasi."

Dalam semua keadaan itu, tidak dinafikan bahawa mengambil tindakan terharap Tun Mahathir akan membuakkan lagi sokongan dan simpati rakyat terhadapnya.

Namun, jika didapati tiada kes pula, ia bukan saja suatu kemenangan kepada Tun Mahathir, bahkan mungkin lebih bertali arus dan sesiapa saja jadi tambah berani meminta Najib meletakkan jawatan.

Meletakkan jawatan demi menyelamatkan parti adalah "gentleman", tetapi di sisi kelompok yang lain berani bertindak terhadap Tun Mahathir juga adalah sikap "gentleman".

Yang selebihnya mungkin mengatakan tidak menggunakan undang-undang dan berlawan secara politik dengan Tun Mahathir turut memperlihatkan sikap "gentleman" Najib.

 "Gentleman"  manakah jadi pilihan Najib? - Sahbuddin Husin

ariff
UMNO delegates don’t really ‘understand’ 1MDB...

Raub MP Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz reckons that although the twin mega scandals were not allowed to be brought up during the just-concluded Umno General Assembly, equally pertinent was that perhaps some 90 per cent of the delegates don’t really understand what the 1MDB scandal in particular was all about although it’s the main issue. “This explains why Prime Minister Najib Abdul Razak has been able to explain the twin mega scandals behind closed doors to Umno leaders and members and get away with it. They have just been fed lies and they are not any wiser.”

The MP laments on the moral values of Umno members and their “spiritual poverty” pointed out by the poet Zaaba in the 1920s. “If the members are in cahoots with the leadership which has allegedly engaged in wrongdoing, they can be held party to illegalities,” said Ariff. “Loyalty to leadership cannot be blind. There must be accountability by the party leadership.”

“It’s not quite right to say that Najib can be forgiven for his wrongdoing since he’s a fellow Malay and in the same party.”

Ariff wonders whether Umno members will forgive their leaders who enter their homes and sleep with their wives and children. “Must they be forgiven because they are fellow Malays, in the same party, and having the same religion and Rulers?”



“So, we have the spectacle where an Umno delegate was more concerned with the uniforms of female Malaysia Airlines’ cabin crew than the really important issues of the day,” said Ariff. “Others were more concerned with an Umno leader, enriched by APs and quotas and the like, getting on their chartered bus and sharing some of her good fortune with them in the form of RM50 notes.”

Taking a leaf from Ahmad Maslan and Hassan Malik who urged people to stop eating chicken if they think it was expensive and use bicycles to avoid paying toll, added the MP, it can be argued that if someone doesn’t like the uniforms of female Malaysia Airlines cabin crew, then they should avoid flying that airline. “The people are more concerned with the rising cost of living and how the economy is being managed.”

Najib’s biggest achievement, since becoming Prime Minister in 2009, said Ariff, was the payment of BR1M which next year would go up from RM300 per person to as much as RM1,050. “7.4 million people would get RM5.9 billion. That’s comes to only 20 per cent of the 1MDB debt.” - fmt

Perwakilan UMNO 'blur'tentang 1MDB.


C.k. Foo's photo.

Memang benar Najib, semuanya bukan duit rakyat tetapi bila berlaku permasalahan HUTANG yang dicipta sendiri dan gagal membayar mengikut waktu yg ditetapkan serta FAEDAH yang perlu ditanggung berjuta2 ringgit maka solusinya korek duit daripada rakyat melalui CUKAI seperti GST bagi menyelesaikan permasalahan HUTANG 1MDB dan ASET terpaksa dijual bagi mengurangkan bebanan HUTANG! jadi akhirnya wang siapa yg menyelesaikan permasalahan ini Najib?..Rakyat dibebankan dengan HUTANG yang dicipta sendiri oleh PM sedia ada, tanpa rasa bersalah dan prihatin tentang bebanan Rakyat...


Bauxite mining in Kuantan,Pahang...

source - steadyaku47

cheers.

No comments: