21 March 2011

Campur tangan Najib dan Rais cemar institusi perundangan...

Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof Dr Abdul Aziz Bari menyifatkan campur tangan Perdana Menteri Malaysia dan Menteri yang turut serta mendesak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sampel DNA beliau sebagai mencemar institusi undang-undang.

Dr Aziz ketika dihubungi Tv Selangor berkata, campur tangan menteri dalam perbicaraan kes fitnah ke atas Ketua Umum PKR yang sedang berlangsung kini, sebagai menunjukkan usaha berterusan kerajaan untuk menjatuhkan seteru politik mereka.

"Nampak sangat mereka telah terdesak, sepatutnya sebagai individu yang faham undang-undang, menteri berkenaan tidak sepaatutnya berbuat sedemikian kerana ia menganggu undang-undang sekaligus menyebabkan sistem undang-undang kita tercemar dan tercabar seolah-olah ia tidak berintegriti dan tidak mampu menangani masalah," katanya ketika diminta mengulas berhubung komentar Najib dan Rais Yatim berhubung kes Anwar.

Najib ketika turun ke Sarawak untuk kempen Barisan Nasioanal semalam mencabar Anwar untuk menyerahkan spesimen DNA beliau dalam usaha menggoyah keyakinan rakyat yang sudah bertunas kepada Pakatan Rakyat. Malah walaupun tarikh penamaan dan pembuangan undi bagi pilihanraya negeri itu belum diumumkan, Najib turut mengumumkan peruntukan RM252.85 juta untuk penduduk parlimen Serian dan parlimen Mambong untuk projek kemudahan asas yang sepatutnya telah lama dinikmati penduduk.

Desakan sama turut diulang oleh Menteri Penerangan, Kebudayaan dan komunikasi,Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim. Rais yang juga bekas menteri undang-undang menggesa Anwar untuk menyerahkan sampel DNA beliau sebagai kesinambungan demo-demo yang dilakukan oleh pertubuhan bukan kerajaan pro Umno mutakhir ini.

"Perkara ini harus ditangani di mahkamah dan bukannya dipolitikkan, kalau mereka tuduh Anwar mempolitikkan kes perbicaraan ini, tetapi sekarang mereka pula beria-ia mahu berbuat begitu jadi jelas mereka terdesak," katanya lagi. Aziz yang kesal dengan tindakan pucuk pimpinan negara turut memberi peringatan kepada barisan kabinet Najib bahawa setiap kenyataan yang dikeluarkan mereka melambangkan pendirian negara.

"Kalau menteri sendiri sudah berbuat begitu, ini mengambarkan sikap kerajaan, kerana menteri adalah sebahagian dari kabinet dan kabinet itu adalah kerajaan, jadi adakah menteri tersebut berbuat demikian kerana disuruh kerajaan? Tetapi apapun ia mengambarkan sikap sebenar kerajaan,"katanya lagi.

source:tvselangor

'Najib: Anwar should provide DNA sample'

'Najib 'Lewat' Tiga tahun Menawarkan Sampel DNAnya'

'Gani Dalangi Pemalsuan Bukti Terhadap Anwar, Kata Bekas Pegawai Polis'





"Kita ada bukti sekarang yang disahkan di mahkamah, budak Saiful ini dah berjumpa Timbalan Perdana Menteri pada masa itu, Najib Tun Razak, juga dengan Rosmah Mansor. Mula-mula Najib menafikan, kita kena ingat itu, lepas itu, Najib terpaksa mengakui, kata, Saiful berjumpa untuk bincang pasal biasiswa. Itu membohong, satu pembohongan. Lepas itu Najib tukar cerita dan kata Saiful datang laporkan tentang satu insiden liwat," jelas peguam Sivarasa.

Malah tambahnya, terdapat banyak lagi kesangsian yang boleh dipersoalkan dari segi teknikal berkenaan kejadian sebenar pada hari Saiful mendakwa dirinya diliwat, dengan hanya menilai bukti DNA yang kononnya milik Anwar yang ditemui pada tubuh pengadu.

Soalan untuk renungan....

1. Kalau sudah ada bukti kukuh seperti yang didakwa pihak pendakwa, kenapa perlu DNA lagi?

2. Kalau pertuduhan terhadap Anwar adalah sahih seperti kata Saifool dan rakan Umno-BNnya, kenapa pihak pendakwa begitu takut hendak berikan dokumen pertuduhan terhadap Anwar serta bahan2 buktinya sekali? Sebagai,orang yang kena tuduh, Anwar berhak mengetahui butiran pertuduhan dan bukti2 itu.

3. Saiful kata dia membuat pemeriksaan doktor pada 28 Jun. Ini bermakna pada 28 Jun juboqnya diperiksa dan spesimen DNA yang didakwa milik Anwar diambil.Tetapi mengapa sampel DNA yang dikatakan milik Anwar, disimpan dalam almari (tidak di dalam peti sejuk), oleh Jude Blacious Prereira,ditanda pada 26 Jun 2008? Aneh juga spesimen Anwar boleh wujud dua hari lebih awal?. Macam cerita "Twilight Zone" saja.....

cheers.

No comments: