
Dia dituduh melakukan pecah amanah itu membabitkan RM254 juta. Tuduhan terhadap Phang - yang ditahan polis pagi tadi - dibaca di hadapan Hakim Yong Zaridah Sazali.Phang yang diwakili peguam Ng Aik Guan, dibenarkan ikatjamin sebanyak RM350,000 dengan seorang penjamin.Kesnya ditetap untuk mula didengar pada 12 Januari ini di mana Phang diarah menyerahkan pasportnya pada tarikh yang sama.
Dua lagi individu yang ditahan bersama Phang pagi tadi - iaitu ketua pegawai operasi Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB), Steven Abok dan seorang arkitek, Benard Tan Seng Swe - turut dihadapkan di mahkamah yang sama.

Tan turut didakwa bersama-sama seorang lagi yang masih bebas terhadap 24 tuduhan membuat tuntutuan palsu berjumlah RM122.27 juta.Kedua-duanya juga tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan.
Steven dibenarkan ikatjamin sebanyak RM200,000 manakala Tan dibenarkan ikatjamin RM250,000. Kes mereka ditetapkan untuk didengar pada 4 Februari.
Projek PKFZ menimbulkan kontroversi apabila kosnya melambung daripada RM2 bilion kepada RM4.6 bilion. Ia dibina di satu kawasan seluas 400 hektar sebagai hab penghantaran kargo bersepadu.
source:malaysiakini

Percayakah anda bahawa OC Phang,Steven Abok dan Bernard Tan ini boleh songlap duit rakyat berbilion-bilion secara sendirian? Apa yang jelas OC Phang dan gang ini adalah proksi bagi penyamun-penyamun tarbus yang dok bersandiwara di Putrajaya.
Apa halnya dengan dua orang Menteri Pengakutan yang telah menandatangani surat gerenti secara haram? Bukankah mereka ini bapa jerung sebenarnya? Begitu juga dan orang kuat Kuala Demensi,MP sombong dari Sarawak itu serta beberapa ekoq penyamun UMNO yang turut terlibat dalam perancangan asal PKFZ ini? Bukankah mereka ini juga merupakan pemain-pemain utama dalam skandal PKFZ?
Kalu nak cekup...cekup semua sekali, tak kira siapa dan apa pangkat mereka, ini main otek..otek kononnya nak tunjuk gomen perihatin, pooooooodah!!!!!!
Jangan dok main sandiwara..................
cheers.
No comments:
Post a Comment