09 December 2009

Isu royalti minyak - Nazri suruh Kelantan bawah ke mahkamah......

Kerajaan PAS Kelantan dicabar membawa kes tuntutan royalti minyak ke mahkamah daripada berbuat sesuatu yang bersifat retorik dan tidak boleh membawa perubahan kepada status quo.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, membawa isu tuntutan itu ke mahkamah merupakan langkah paling tepat berbanding usaha retorik iaitu Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berdoa yang bukan-bukan terhadap Perdana Menteri dan Kerajaan Pusat.

“Saya pun hairan mengapa mereka tak bawa kerajaan pusat ke mahkamah... daripada mereka buat benda-benda yang tidak boleh datangkan apa-apa perubahan kepada status quo, baik pergi ke mahkamah terus.

“Daripada berdoa yang bukan-bukan...minta diturunkan bala ke atas Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) yang saya kira itu kerja bodoh. Baik terus bawa ke mahkamah kerana itu lebih dapat menyelesaikan masalah dan bukannya retorik sahaja,” kata beliau dipetik Bernama.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya mengenai tindakan kerajaan negeri Kelantan yang dilihat lebih berunsurkan retorik berhubung isu tuntutan royati minyak selepas melancarkan Ensiklopedia Hansard Parlimen terbitan Yayasan Pembangunan Buku Negara dan Penerbitan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di lobi Parlimen hari ini.

Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS sebelum ini dilaporkan mendoakan supaya pemimpin kerajaan Barisan Nasional (BN) yang bertanggungjawab tidak memberi royalti minyak supaya “pecah perut” sebagai reaksi terhadap keengganan Kerajaan Persekutuan menyerahkan bayaran royalti minyak kepada Kelantan, sebaliknya sekadar memberikan wang ihsan.

Pada Nov 4 lalu Najib mengumumkan pembayaran wang ihsan daripada kerajaan pusat kepada Kelantan yang bermula tahun depan.

source:malaysianinsider


Bukan tak mahu bawa ke mahkamah, tapi sama ada mahkamah itu adil atau tak adalah satu isu lain pula. Dalam isu gomen haram negeri Perak pun mahkamah kerap suka putar belit buat keputusan tak ikut perlembagaan sebenar, inikan pula isu royalti minyak.

Selain daripada itu keputusan penghakiman pula mengambil masa bertahun-tahun.

Lebih baik bawa ke mahkamah antarabangsa lagi bagus.........

cheers.

1 comment:

affandimotivator said...

Nazri kata kerja yg Tok Guru buat (berdoa) adalah kerja bodoh?..Berdoa itu kerja bodoh?..Berdoa kepada siapa?..Berdoa kepada Allah kerja bodoh?? Tunggulah apabila manusia mempersenda2kan agama, tunggulah bala yg Allah akan turunkan..