20 May 2009

Elak Penanti,pertahankan Perak...........

Khabar-khabar angin bahawa DUN Perak akan dibubarkan bertiup kencang baru-baru ini. Beberapa SMS yang saya terima daripada rakan-rakan dari Perak sibuk menjaja cerita yang sama. Namun demikian,khabar-khabar angin ini tinggal khabar-khabar angin saja. Segala tekaan dan ramalan adalah tidak benar.

Najib Tun Razak dalam mengumumkan bahawa UMNO tidak akan bertanding dalam PRK Penanti, juga telah ditanya pemberita bilakah BN akan bertemu pembangkang bagi membincangkan masalah di Perak, Najib berkata,

"Both sides must respect the process of law so that we will not create any confusion which will affect the public order."

Pendek kata Najib lebih suka tunggu keputusan mahkamah yang dijadualkan pada Khamis(21/5/09) ini dulu,sebelum mengambil tindakan seterusnya. Oleh itu, soal pembubaran DUN Perak tidak timbul lagi sehingga selepas hari khamis ini.

Semalam BN memutuskan bahawa walaupun keputusan mahkamah rayuan khamis ini memihak kepada parti itu, Sultan Perak akan tetap dipohon membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu supaya pilihan raya semula dapat diadakan mengikut laporan Malaysian Insider semalam.

Sebelum ini,Najib Tun Razak berkata, terserah kepada Sultan Perak Sultan Azlan Shah untuk memutuskan sama ada DUN Perak harus dibubarkan atau tidak.

Sementara itu, Haji Mahfuz Omar berkata,"Jangan bebankan Sultan untuk menanggung kesan politik gangster yang menakut-nakut serta memperalatkan orang yang menghadapi tuduhan rasuah, menyekat ADUN di tengah jalan kononnya kerana Raja Muda hendak berjumpa dan mengumpan rasuah. Jika benar Najib dan BN bersedia berhadapan dengan rakyat dan akan memohon Sultan membubarkan DUN, ia sepatutnya dilakukan lama dahulu dan bukan bertindak memburukkan lagi krisis politik di Perak.”

Najib dan UMNO tahu bahawa peluang mereka untuk merampas Penanti dan Perak adalah sifar. Najib rela korbankan Penanti, sambil menunggu keputusan mahkamah Khamis ini. Jika Zamry berjaya dalam rayuannya,Najib akan minta Zambry perkenan Tuanku Sultan agar DUN Perak dibubarkan. Dengan cara begini, Najib dan UMNO sekurang-kurangnya akan ‘score some political mileage’ Dengan berbuat demikian setidak-tidaknya nampaklah konon-konon Najib dan UMNO mengamalkan demokrasi.

Dengan secara tak langsung Najib dan UMNO berharap rakyat Perak tidak akan menuduh mereka mabuk kuasa..............






cheers.

No comments: