27 December 2008

PPSMI: Gapena Beri Gomen Tempoh Sehingga 31 Disember........

Mungkin tindakan daripada GAPENA ini agak terlewat,namun sekurang-kurangnya sekarang ini baru depa sedar bahawa PPSMI ini adalah satu dasar yang sememangnya gagal dari mula ianya dilaksanakan dan bertentangan dengan perlembagaan negara.

Tidak ada satu teori pun yang mengatakankan bahawa kaedah mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris boleh menyebabkan murid-murid berjaya menguasai BI dengan baik. Hanya Mahathir seorang saja yang pikiaq macam itu.

Malah sebelum ada PPSMI keputusan Sains dan Matematik di kalangan pelajar-pelajar luar bandar adalah teruk.

PPSMI ini hanya semata-mata gimmik Mahathir hendak memperkayakan kroni-kroni serta menonjolkan egonya saja.......

cheers.

No comments: