05 December 2008

Klip video Lingam: Sandiwara Nazri, Jabatan Peguam Negara, BPR & Polis.........

Jabatan Peguam Negara telah mengarahkan Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan polis menjalankan siasatan terhadap hasil laporan Suruhanjaya Diraja mengenai klip video V.K Lingam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz.Nazri berkata BPR sudah menjalankan siasatan lanjut terhadap beberapa individu seperti disyorkan suruhanjaya itu daripada aspek kesalahan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

"Siasatan BPR tertumpu kepada dua perkara iaitu percutian Tun Eusoff Chin (bekas Ketua Hakim Negara ketika itu) di New Zealand bersama V.K Lingam (peguam)dan perkara berhubung pelantikan hakim.

"Siasatan mengenai percutian itu sudah selesai dan kertas siasatan sudah dihantar ke Jabatan Peguam Negara untuk kajian dan keputusan," katanya dalam jawapan bertulis kepada Wee Choo Keong (PKR-Wangsa Maju).

Wee ingin tahu sehingga 17 Ogos lalu, apakah tindakan yang sudah diambil oleh Pejabat Peguam Negara dan BPR terhadap cadangan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai klip video V.K Lingam. Beliau berkata BPR telah selesai menjalankan siasatan berhubung pelantikan hakim dan kertas siasatan itu sedang diteliti oleh Peguam Kanan Persekutuan BPR.

source:BERNAMA

Nampaknya masih tindakan terhadap mereka yang terlibat dalam isu klip video Lingam yang mendedahkan bagaimana seorang peguam boleh menentukan perlantikan seseorang hakim yang begitu hangat diperkatakan pada tahun lalu. Apakah dengan secara diam-diam isu klip video ini hendak ditutup begitu saja? Mungkin kerana mereka yang terlibat adalah orang-orang kenamaan dari UMNO diantaranya Dr.Mahathir Mohamad,Tengku Adnan serta beberapa orang kroni yang berjaya mempengaruhi sistem perundangan kita. Bacalah komen berikut........

Maka video Corect, Correct, Correct ini akan terus disiasat. Tapi pelakon utamanya iaitu Mantan PM Mahathir langsung tidak disiasat atau didakwa. Bukankah semua kerja hina ini ada kaitan dengan beliau?. Bahkan namanya juga banyak kali disebut. Termasuk juga Tengku Adnan yang kini menjadi orang kanan UMNO.

Rakyat sudah boleh melihat bahawa Jabatan Peguam Negara dan BPR sebenarnya sedang mengatur strategi untuk menggagalkan kes ini. Sebab itulah mereka "persetankan" segala maklumat yang diterima. Jika berani, terus panggil semua yang disebut dan nama-nama yang telah didedahkan sebelum ini. Apa tunggu lagi?.

Jika kes melibatkan pemimpin pembangkang, berlari puak-puak Jabatan Peguam Negera, Polis dan BPR melakukan siasatan dan menangkap pemimpin pembangkang macam "penjenayah". Tapi bila terkena atas batang hidung sendiri, bukan main lagi ditangguh-tangguh, samalah juga dengan menteri bertanggungjawab iaitu Nazri Aziz.

Kalau dah dasar kaki penipu di Parlimen, maka satu dunia akan ditipu. Tapi rakyat melihat dan harus sedar semua ini. Lama kelamaan, jika kes ini terus diperap begitu sahaja, suspek yang tertuduh terutamanya Mahathir akan terlepas dari hukumannya, tambahan pula jika TPM Najib Razak mengambil alih tampuk pemerintahan negara tidak lama lagi.

Inilah trick yang sedang mereka mainkan sebenarnya. Semua ini bagi mengelirukan rakyat dan akhirnya semua yang tertuduh pasti akan terlepas daripada sebarang hukuman.

(Komen di atas ini dipetik dari Pahang Daily online)

cheers.

No comments: