24 September 2008

Pat Lah sibuk jaga periuk nasinya nak jumpa cam mana..........

Anwar berkata,"Saya tidak faham mengapa sukar bagi Dollah untuk bertemu.

"Pertemuan antara kerajaan dan pembangkang adalah urusan biasa. Di mana-mana negara, ia selalu berlaku," kata beliau selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

"Saya menggesa Abdullah agar mempertimbangkan kedudukannya sebagai Perdana Menteri dan menghormati sistem demokrasi.

"Beliau seharusnya tidak takut dengan ahli-ahli parti beliau. Gunakan kedudukan beliau untuk memanggil sidang khas Parlimen," kata beliau lagi.

"Saya tidak boleh pergi dan mengetuk pintu di Putrajaya, mengatakan saya mempunyai jumlah wakil yang mencukupi. Ini merupakan proses perundangan dan perlu mematuhi Perlembagaan Persekutuan, justeru ia akan mengambil sedikit masa tetapi akan bermula dengan pertemuan bersama Dollah (Abdullah)," katanya.

Kata Anwar, bagi mengelakkan ketidakstabilan politik, pembentukan kerajaan persekutuan pimpinan Pakatan akan dibuat menerusi Parlimen.

"Saya masih berharap untuk menemui Abdullah untuk perundingan.

"Kerajaan (pimpinan BN) lemah dan kini mengenakan undang-undang kejam ke atas rakyat. Ekonomi berada dalam krisis.

"Saya mahu bertemu dan berkongsi idea bagaimana hendak membincangkan masalah-masalah negara. Beliau tidak akan mengalami kerugian jika bertemu kami," katanya.

Sementara itu, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur akan mendengar hujah berhubung permohonan pendakwaan untuk memindahkan kes liwat terhadap Anwar ke Mahkamah Tinggi.

"Mahkamah akan mendengar hujah kedua-dua pihak untuk mementukan permintaan memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi," kata salah seorang peguam Anwar, Sankara Nair ketika dihubungi.

Bagaimanapun beliau tidak pasti sama ada mahkamah akan membuat keputusan esok ataupun sebaliknya kerana ia bergantung kepada mahkamah selepas mendengar penghujahan kedua-dua pihak.

"Sukar untuk dikatakan sekarang... kami ada banyak perkara untuk dihujah," katanya.

Pada 10 September lalu, Hakim S.M. Komathy Suppiah menetapkan esok ekoran bantahan terhadap permohonan itu oleh peguam Anwar, Sulaiman Abdullah.

source : www1.mstar.com.my

Bukankah Pat Lah selalu kata gomen mengamalkan demokrasi,terbuka,bekerja bersama saya bukan untuk saya?

Tapi bila mai peringkat ini hang pi kecut teloq buat apa Pat Lah ooi........

Sementara itu, gomen BN telah mengurung blogger Raja Petra Kamarudin di Kamunting. Dengan itu gomen BN adalah merupakan gomen pertama dalam dunia yang menahan seorang penulis blog tanpa pembicaraan...........

Tengku Razaleigh said, "The use of the Internal Security Act and of Sedition Laws to target particular individuals further erodes the credibility of the government. Our actions exacerbate rather than calm the fear that stokes civil and racial strife. In the present context of a leadership struggle within Umno and against a strong Opposition it is impossible to dispel the notion that these extreme measures are calculated to maintain certain individuals in power rather than to address verifiable threats to national security."

Dr.Mahathir Mohammad said, “This time around it is not going to be any different. When faced with a tricky problem Abdullah would consult his family members, usually his son and son-in-law but now also his wife.” To know what really happened in the UMNO's Supreme Council meeting read here.

Moga keluarga RPK sabar menghadapi dugaan ini. What to do we still have a sleepy head as PM with a bunch of corrupted 'lembu pawah' running the country................

Baca di sini dan sini.


cheers.

No comments: