11 September 2008

Depa nak lompat dah kah.............

Saya terbaca kisah ini semasa melayari blog dan ingin berkongsi bersama-sama........

PROSES MELOMPAT DIJANGKA BERMULA HARI INI?

Siasah Malaysia dijangka mengalami satu kejutan dalam sehari dua lagi. Apa yang disifatkan oleh Barisan Nasional (BN) sebagai mustahil dijangka menjadi realiti.

Datuk Seri Anwar Ibrahim amat yakin bahawa Pakatan Rakyat (PR) akan berjaya membentuk kerajaan pusat pada 16 September 2008 atau selewat-lewatnya selepas rombongan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) kembali ke tanahair daripada “lawatan sambil belajar” mereka di Taiwan.

Keyakinan ini terpancar dalam ucapan Anwar selepas majlis berterawih di kediamannya di Bukit Segambut, Kuala Lumpur, pada malam Selasa 9 September 2008.

Proses melompat Ahli Parlimen BN untuk menganggotai PR dijangka bermula sehari dua lagi. Proses ini akan dimulakan oleh seorang Ahli Parlimen yang kini menyandang satu jawatan penting dalam BN. Tindakan ini dijangka diikuti oleh banyak lagi siri lompatan seterusnya.

Selanjutnya, apa yang sedang diheboh-hebohkan sebagai “lawatan sambil belajar” ke Taiwan adalah indah khabar dari rupa.

Rombongan Ahli Parlimen BN yang berada di negara berkenaan sejak dua hari lalu tidak mempunyai apa-apa jadual dan program sebagaimana dijangkakan.

Ahli-Ahli Parlimen wanita hanya menghabiskan masa dengan membeli-belah. Kebanyak ahli yang lelaki pula hanya berbuat apa sahaja yang mereka fikirkan perlu.

Saya mempunyai beberapa maklumat terkini mengenai kemungkinan yang akan berlaku. Tetapi, biarlah maklumat ini saya rahsiakan buat sementara waktu.

Apa pun, siri lompatan ini dijangka berakhir dengan satu klimeks yang lebih menggemparkan dan di luar jangkaan ramai kebelakangan ini.

Oleh itu, sama-samalah kita nantikan saat dan ketika itu dengan penuh sabar. – Ruhanie Ahmad

source : http://kuda-kepang.blogspot.com/2008/09/proses-melompat-dijangka-bermula-hari.html

-------------------

KJ(Khairy Jamaludin) cakap sdr. jangan percaya ini hanya khabar angin saja.

Masa pemilu ke-12, 8 Mac 2008 dulu khabar angin cakap BN akan hilang kuasa 2/3 di parlimen dan beberapa buah negeri akan tumbang kepada pembangkang, KJ dan pemimpin UMNO cakap jangan percaya,khabar-khabar angin saja....

Hakikatnya keputusan pemilu ke-12,8 Mac 2008 telah membuktikan bahawa khabar angin itu bertukar menjadi realiti,5 negeri dirampas Pakatan Rakyat dan BN hilang kuasa 2/3nya dalam parlimen.Nampaknya khabar angin,sekali sekala boleh berubah menjadi kenyataan.

Jadi marilah kita berdoa agar khabar angin ini akan menjadi realiti dan lihat macam mana pula BN/UMNO menjadi pembangkang kelak..........

Cross over legal says Bar Council.Read here. Enjoy reading these too, here,here and here.

cheers.

1 comment:

Anonymous said...

Tak payah dengar sangat cerita Anwar ni. Kaki pembohong, putar belit. Nanti tengoklah, banyak alasan yang akan keluar bila tiba masa nanti.