13 June 2008

Dua Ahli Parlimen SAPP nak tinggalkan BN........

Cerita lompat parti muncul kembali…kali ini khabar terbaru yang tersebar ialah dua Ahli Parlimen dari Parti SAPP, pimpinan Yong Teck Lee telah membuat keputusan untuk meninggalkan Barisan Nasional (BN).

Menurut seorang yang rapat dengan kalangan Ahli Parlimen yang memberitahu Agendadaily, cerita mengenainya kini tersebar luas di kalangan Ahli-Ahli Parlimen.

Malah, dua Ahli Parlimen dari parti SAPP disebut secara terbuka merupakan mereka yang akan mengucapkan selamat tinggal kepada BN.

Kedua-duanya ialah Ahli Parlimen Sepanggar, Enchin Majimbun dan Ahli Parlimen Tawau, Datuk Chua Soon Bui.

Bagi mendapatkan penjelasan mengenai perkara itu, Agendadaily telah menghubungi kedua-dua Ahli Parlimen berkenaan.

Majimbun yang menolak khabar kononnya beliau telah meninggalkan BN berkata, sehingga kini mereka masih lagi kekal bersama parti itu.

“Tapi kita tidak tahulah di masa depan macam mana,” katanya.

Sambil menyifatkan berita yang tersebar itu sebagai khabar angin, beliau berkata, apa yang penting beberapa perkara yang disampaikan kepada kerajaan Pusat untuk negeri Sabah hendaklah ditunaikan.

“Kita ucap terima kasihlah kepada beberapa perkara yang telah diberikan seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri tapi kita masih tungu perkara-perkara lain yang belum dipenuhi,” jelasnya.

Kenyataan beliau dipercayai berkaitan dengan beberapa isu yang dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Parlimen Sabah termasuk soal pembangunan di negeri berkenaan kepada kerajaan Pusat.

Bulan lalu, dalam temurahamah dengan Agendadaily Yong Teck Lee memberikan isyarat ada dua pintu sebagai pilihan kepada mereka dalam mencari penyelesaian isu-isu yang berkaitan dengan negeri Sabah.

Katanya, pintu pertama ialah menyelesaikan semua tuntutan yang dibuat atau jika tidak pintu kedua ialah keluar meninggalkan BN. Beliau memberikan tempoh sehingga Ogos depan untuk penyelesaian dibuat. - Agenda Daily 12/6/08

cheers.

No comments: