21 March 2008

Mampukah Ku Li mencabar Pat Lah.....

Tengku Razaleigh berkata ketewasan besar-besaran Umno dan BN tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.

"Siapa yang bertanggungjawab tidak boleh terus tidur," katanya.

"Rakyat sudah beri isyarat jelas dalam pilihanraya baru-baru ini, kenapa kita masih nak buat tak tahu dengan apa yang terjadi."

Beliau berkata keputusan plihanraya umum lalu itu tidak terjadi dalam sejarah Umno dan BN.

"Hilang lima negeri bukan benda yang remeh, kalau kalah satu kerusi pun dah kita anggap serius, ini lima negeri BN hilang ... (kita) tak nak buat apa-apa," tambahnya.

Tengku Razaleigh Hamzah, telah mengisytiharkan kesediaannya untuk mencabar Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi jawatan presiden Umno. Beliau akan bertanding menentang Abdullah jika pencalonannya cukup untuk melayakkannya bersaing merebut jawatan teratas Umno.

"Terpulang kepada bahagian-bahagian Umno, kalau mereka mencalonkan saya dan cukup 30 peratus maka saya sedia untuk bertanding jawatan presiden," katanya.

-------------------

Nama Ku Li ini adalah sinonim dengan skandal RM 2.5 juta Bumiputra Malaysia Finance(BMF). Sungguhpun Ku Li tidak terlibat secara langsung, namun kroninya Lorraine Osman yang merupakan pengerusi BMF pada tahun 80'an turut terlibat secara langsung. Lazimnya dikenali sebagai skandal Carrian yang membabitkan beberapa orang personaliti yang terkemuka antaranya George Chan telah sedikit sebanyak memberi kesan buruk kepada karier politik Ku Li. Nama Ku Li juga tercemar kerana setelah dia tewas kepada Mahathir semasa perebutan kuasa dalam UMNO, dia terus keluar UMNO dan menubuhkan Semangat 46,tetapi, memandangkan sambutan terhadap Semangat 46 itu agak dingin Ku Li balik menyertai UMNO.

Tengku Razaleigh gagal mencabar Abdullah bagi jawatan presiden pada 2004 setelah tidak berjaya mencapai 30 peratus pencalonan yang diperlukan untuk melayakkan beliau mencabar jawatan presiden parti.

Senario kali ini adalah agak berlainan, setelah performance UMNO dalam pemilu 2008 sangat mengecewakan, disertai dengan laungan bantahan daripada pelbagai pihak dalam UMNO yang mendesak Pat Lah bertanggungjawab ke atas kekalahan calon-calon UMNO serta kegagalan untuk BN mendapatkan 2/3 kerusi dalam parlimen. Ada yang meminta Pat Lah meletakkan jawatan.

Kalau Ku Li hanya berharap yang dia akan memperolehi pencalonan yang mencukupi bagi membolehkannya bertanding menentang Pat Lah untuk jawatan Presiden UMNO mungkin percaturan Ku Li amat silap sama sekali, kerana Pat Lah sebagai Presiden akan lakukan apa saja untuk menghalang percubaan Ku Li itu.

Sekarang,Pat Lah ibarat seekor kuda yang sudah patah kaki sebelah dan ramai ahli- ahli UMNO sudah bosan dengan gaya kepimpinannya, tambah-tambah lagi bila Pat Lah dikelilingi oleh orang-orang tingkat 4 JPM yang diketuai oleh menantunya Khary Jamaluddin. Jalan terbaik bagi Ku Li ialah mengadakan satu "revolt" dikalangan ahli-ahli Parlimen baru yang terpilih itu dan mengenakan undi tak percaya terhadap gomen Pat Lah. Untuk melakkukan itu Ku Li perlu menyakinkan parti-parti komponen dalam BN. Satu lagi cara ialah dengan membawa usul mengadakan EGM(mesyuarat tergempar) bagi UMNO. Sama ada usaha ini boleh dilakukan,sama-samalah kita tunggu dan lihat.

Pendek kata ini merupakan peluang terbaik bagi Ku Li untuk mencabar Pat Lah. Ramai tokoh-tokoh UMNO seperti Mahathir, Mukhriz, Rafidah Aziz dan beberapa yang lain sudah bersedia untuk memberi sokongan ke arah usahanya itu. Baca di sini. Sama ada Ku Li berjaya atau tidak,ini adalah peluang terakhir baginya kerana dengan usia 71 tahun mampukah Ku Li menanggung beban yang begitu berat....?

cheers.

No comments: