05 March 2008

Anwar menyegat lagi........

Kelmarin saya tak update blog kerana saya telah turun melawat beberapa kawasan pilihanraya di Parlimen Kulim-Bandar Baru,Bagan Serai,Parit Buntar dan Nibong Tebal. Dari segi perang poster,tidaklah sehebat tahun 2004,kecuali di kawasan-kawasan kampung lambang dacing,bulan,mata dan roket nampak berkibaran pada tiang lampu dan di atas pokok. Sedangkan di kawasan-kawasan bandar pula poster-poster dacing tersidai di merata-rata tempat diselang seli dengan poster-poster parti pembangkang.

Rata-rata tempat yang saya lawati, 'confidence level' parti- parti pembangkang yang bertanding adalah tinggi,terutamanya bagi DUN Bandar Baru,Parlimen Bagan Serai dan Parit Buntar. Bagi Parlimen Kulim-Bandar Baru,peluangnya masih 50-50. Sambutan ceramah parti pembangkang sememangnya begitu menggalakkan tambah-tambah lagi bila icon pembangkang saudara Anwar turut bersama-sama di pekan Sungai Acheh malam tadi.



Anwar tiba untuk berceramah di Sungai Acheh lebih kurang pada pukul 12.00 malam, setelah singgah di Gopeng,Tapah, Taiping,dan Bagan Serai dan di Sungai Acheh beliau berucap selama 40 mininit. Dalam ucapannya,Anwar menyelar pihak SPR yang dengan tiba-tiba telah menolak penggunaan dakwat hitam dalam pilihanraya kali ini dengan alasan masalah keselamatan. Katanya lagi,penolakkan penggunaan dakwat hitam bukan kerana masalah keselamatan tetapi kerana SPR begitu bimbang keselamatan BN akan terjejas akibat daripada bangkitan rakyat. Lepas ini SPR nak batalkan pilihanraya pulakah?, sambil menerima tepukan gemuruh daripada lebih daripada 5000 orang berbilang kaum yang hadir pada tengah malam itu.



Di samping itu juga,Anwar menyelar UMNO dan parti-parti serta tokoh-tokoh tertentu seperti Chandra Muzaffar yang telah membuat berbagai tuduhan dan fitnah terhadapnya. Namun demikian,tegas Anwar,bahawa dia tidak ingin menjawab tuduhan dan fitnah ini kerana beliau yakin rakyat tahu menilai yang mana satu benar dan yang mana satu fitnah.

Anwar juga berjanji,jika pakatan pembangkang berjaya,beliau akan berusaha untuk menurunkan harga minyak petrol dengan meningkatkan subsidi terhadap bahan api tersebut. Katanya,oleh kerana harga minyak dunia meningkat,Pertronas telah mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda. Adalah bodoh bagi pihak Pat Lah untuk mengatakan bahawa harga minyak di Malaysia masih lebih murah jika banding dengan Singapura,sambil memberi satu anolgi,harga durian di Malaysia adalah murah daripada harga durian di Jepun,kerana Jepun tidak ada pokok durian,sudah tentu harga durian mahal di Jepun,sambil disambut dengan tepukan gemuruh oleh lebih daripada orang ramai yang hadir pada malam itu.



Pekan Sungai Acheh yang senantiasa sunyi sepi selepas waktu maghrib,berubah menjadi sebuah pekan yang riuh rendah dengan deruan kereta and motosaikal serta orang ramai berpusu-pusu ke tempat ceramah tersebut.Hampir semua sudut yang kosong digunakan sebagai tempat meletakkan kenderaan. Suasana pada malam itu sungguh meyakinkan, tetapi seperti mana saya berkata dulu,apakah ribuan orang yang hadir pada malam itu layak mengundi atau hanya sekadar untuk meluangkan masa mengisi waktu kosong mereka. Sekiranya, kehadiran ribuan orang itu boleh di"translate" kepada undi maka peluang PKR untuk memenangi sungai Acheh dan Nibong Tebal adalah terserlah. Selamat mengundi.






cheers.

No comments: