16 August 2007

Syarikat bas ekspres puaka yang tak bertanggungjawab....

Perpatah Inggeris berbunyi "dead man tell no lies",sebaliknya yang masih hidup pula masih lagi terhoyong-hayang mencari siapa yang bertanggungjawab terhadap tragedy ini?

Setelah beberapa hari berlakunya kemalangan ngeri bas ekspres Super dekat Bukit Gantang,Polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) masing-masing saling menuding jari seolah-olah mahu ‘melepas tangan’

Lebih menyedihkan lagi ialah status Syarikat Kenderaan Bukit Gantang Sdn Bhd (SKBG) yang terlibat dalam nahas ngeri meragut nyawa 20 mangsa itu masih menjadi misteri apabila usaha menjejak pejabat syarikat bas itu gagal sehingga kini. Usaha demi usaha untuk mengesan syarikat bas tersebut gagal sama sekali,seolah ianya ibarat sebuah syarikat bas berpuaka yang wujud untuk meraih keuntungan semata tetapi tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku.

Lebih aneh lagi ialah,sejak 1997, syarikat bas itu tidak lagi mengemukakan sebarang laporan kepada pihak berkuasa termasuk Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) serta telah menghentikan caruman pekerja kepada Kumpulan Wang Simpanan pekerja (KWSP).

Kalau tidak ada rekod,tidak ada caruman KWSP untuk pekerja-pekerjanya,kenapa pihak-pihak yang bertanggungjawab tidak mengambil tindakan? Andaian saya mudah saja "depa tu semua dah kenyang disuap"

Sikap "ignorance" di kalangan pihak berkuasa(LPKP,Polis & JPJ) membuat penyangak-penyangak ini bermaharajalela. Saksikan saja senario dekat Hentian Puduraya tiap-tiap hari,ratusan ulat bergentayangan,berpuluhan bas sekolah,bas persiaran dan bas kilang tiba-tiba menjelma menjadi bas ekspres puaka,yang belum tentu bas-bas ini semuanya selamat dan pemandu-pemandunya berdisiplin.

Kalau seorang pemandu yang mempunyai 79 saman dan 2 waran tangkap tidak dapat dikesan oleh Polis,JPJ dan LPKP,apatah pula dengan berpuluhan bas ekpres puaka ini yang bermaharajalela di atas jalanraya?

Musim perayaan akan tiba tidak lama lagi,sudah pasti syarikat-syarikat bas puaka seperti ini akan muncul untuk meraih keuntungan yang lebih besar tanpa menghiraukan keselamatan penumpang-penumpangnya.


Kita tunggu dan lihat apa agensi-agensi seperti JPJ,Polis & LPKP akan buat? Kalau depa pun dah kenyang kena suap maka makin banyaklah nyawa akan terkorban. Apa pula pandangan pak menteri pengangkutan,YB.Datuk Seri Chan Koon Choy...baca seterusnya di sini.

Inilah budaya agensi-agensi gomen yang sedia ada. Sudahkah kita terlewat?.



cheers.

3 comments:

Anonymous said...

kerna nila setitik, rosak susu sebelanga...

semua adalah kesilapan yang tidak disangka dan tak terduga sama sekali...

kalau pun mcam tu, selepas ni, bas bukan lah lagi alternatif terbaik untuk pulang ke kampung atau kemana sahaja..disebabkan perkara yang telah berlaku...

takut..setiap kali naik bas..terutama bila bawak laju..eiii

Anonymous said...

Disini nampak dgn jelas penguatkuasaan telah dikuasai oleh amalan rasuah yg melampaui segala rona hidup dan telah menjadi sesuatu yg positif bagi mereka hingga menidakkan sifat bertanggungjawab terhadap kemanusiaan....Itu sebenarnya...PUSPAKOM akan mengenakan charge sebanyak RM10 bg setiap kenderaan utk melepasi ujian pemeriksaan...bygkan lah berapa byk kenderaan yg akan diuji & berapa banyak wang RM10 itu dalam 1 hari? Segalanya mungkin di bolehland! lawatilah sesumpahmacho.blogspot.com sekiranya berkesempatan...

Anonymous said...

Good brief and this fill someone in on helped me alot in my college assignement. Gratefulness you as your information.